KL CHRONICLE: PM @NajibRazak & Kerajaan Barisan Nasional Jalankan Misi Bantu Pelarian #Rohingya #KekalNajib

Friday, May 15, 2015

PM @NajibRazak & Kerajaan Barisan Nasional Jalankan Misi Bantu Pelarian #Rohingya #KekalNajib

PM @NajibRazak : Malaysia akan membantu menyelesaikan krisis #Rohingya
Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi jaminan Malaysia sedang "mengambil langkah sewajarnya untuk menguruskan krisis kemanusiaan itu".

“Ini adalah isu melibatkan kepentingan antarabangsa dan serantau.

"Kita sedang berhubung dengan semua pihak berkenaan, yang kita sampaikan hasrat kita agar satu penyelesaian kepada krisis ini ditemukan," kata perdana menteri dalam kenyataan. Menurutnya, Majlis Keselamatan Negara dan Wisma Putra sedang menguruskan perkara itu.




“Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk pemerdagangan manusia. Sesiapa yang didapati melakukan kezaliman ini dan melanggar undang-undang kita akan dipertanggungjawabkan," kata Najib. 

Terdahulu, bekas menteri luar dan pemimpin UMNO Tan Sri Syed Hamid Albar merayu Putrajaya menyelamatkan pelarian Rohingya yang terkandas di pesisiran pantai Malaysia.

"Bertindak sekarang untuk menyelamatkan orang Rohingya daripada lemas. Mohon pemimpin Malaysia menyahut seruan setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan komuniti antarabangsa.

"Diam bukan pilihan," kata Syed Hamid dalam kiriman Twitter.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon turut melahirkan rasa terima kasih dan bersyukur dengan tindakan Malaysia yang mula membantu mangsa pelarian ini yang tersadai di antara Laut Andaman dan Selat Melaka itu.

Kebanjiran pelarian itu ekoran operasi besar-besaran pihak berkuasa Thailand terhadap jenayah pemerdagangan manusia, menyebabkan mereka yang terlibat jenayah itu mengabaikan pelarian yang diperdagangkan.

Ia susulan penemuan 33 mayat dipercayai pelarian Myanmar dan Bangladesh, yang ditanam berdekatan sempadan Thailand-Malaysia. – 15 Mei, 2015.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget