KL CHRONICLE: Kini Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang digugurkan kerana pertahankan Hadi Awang

Monday, May 18, 2015

Kini Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang digugurkan kerana pertahankan Hadi Awang



Mohd Yusni Mat Piah, yang pernah mencetuskan kontroversi kerana memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh kerana berang dengan tindakan PKR dan DAP yang menghina Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang telah digugurkan sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang,

Beliau digantikan oleh Setiausaha Dewan Pemuda Pas negeri, Afnan Hamimi Taib.



Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat mengesahkan pengguguran Mohd Yusni itu.

Beliau berkata, pertukaran itu merupakan amalan biasa dan dibuat oleh Pemuda Pas Kawasan di negeri itu.

Tambahan pula, katanya, Mohd Yusni telah melepasi had umur yang ditetapkan bagi jawatan Ketua Pemuda.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Asrol Sani Abdul Razak menyambut baik pelantikan Afnan itu.

Katanya. pelantikan kepimpinan baru Pemuda Pas dapat mengukuhkan lagi kerjasama Pemuda Pakatan Rakyat (PR) untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Kami menyokong segala usaha Pemuda Pas Pulau Pinang bagi merealisasikan agenda yang menguntungkan Pakatan Rakyat dan tidak akan menyokong sebarang agenda bersifat peribadi yang tidak selari dengan polisi Pakatan Rakyat,” katanya dalam kenyataan media.

Dalam PRK Permatang Pauh pada awal bulan ini, Mohd Yusni enggan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan enggan untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selagi PKR dan DAP tidak meminta maaf kerana mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget