KL CHRONICLE: Kenyataan Media @RafiziRamli Seperti Meludah Ke Muka #PAS #P044 #PermatangPauh

Monday, April 20, 2015

Kenyataan Media @RafiziRamli Seperti Meludah Ke Muka #PAS #P044 #PermatangPauh

@RafiziRamli jelaskan sekali lagi PKR dan DAP sama sekali tidak menyokong Rang Undang-Undang Persendirian tentang Hudud

KENYATAAN MEDIA 
PARTI KEADILAN RAKYAT BERHUBUNG KENYATAAN MEDIA OLEH YDP PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Berhubung kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh YDP PAS Kawasan Permatang Pauh berkenaan hubungan kerjasama PAS - PKR dalam PRK P.Pauh, PKR ingin menegaskan perkara berikut :-



1. Menuntut PAS menarik balik kenyataan mengeluarkan kenyataan media secara terbuka tidak akan membantu PKR dalam PRK Permatang Pauh.

2. Kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah milik tradisi PKR. PAS tidak berhak  untuk mencampuri dan mempersoalkan calon yang akan dipilih kepimpinan PKR. PAS juga tidak perlu ada niat untuk meletakkan calon di kawasan tersebut. 

3. PKR ingin memperjelaskan sekali lagi bahawa PKR tetap sependapat dengan DAP dan tidak akan menyokong Rang Undang-Undang Persendirian tentang hudud oleh Kerajaan PAS Kelantan.

4. PKR dan DAP tidak akan teragak-agak untuk memutuskan segala hubungan dengan PAS sepertimana yang telah dilakukan di Sabah sekiranya kepimpinan PAS masih lagi bersikap mementingkan diri dan tidak mengikuti keputusan bersama dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

5. Kepimpinan PAS harus menerima hakikat bahawa kemenangan kerusi milik PAS dalam siri pilihanraya lepas disebabkan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. 

6. PAS dibawah kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai Presiden PAS dilihat gagal mewujudkan pentadbiran dan pengurusan negeri secara bijaksana sehingga mengakibatkan kekalahan Pakatan Rakyat di Kedah dan Perak. Sebagai bukti, Selangor di bawah PKR dan Pulau Pinang di bawah DAP tetap teguh dan memenangi lebih banyak kerusi berbanding PAS. Bukankah ini penanda aras bahawa kekuatan sebenar dalam Pakatan Rakyat ialah PKR dan DAP? 

7. Kepimpinan PAS harus menerima kenyataan ini secara terbuka bagi memastikan bahawa Pakatan Rakyat dibawah PKR dan DAP adalah jauh lebih baik berbanding PAS. 

8. PKR juga menyeru kepada semua ahli PAS agar berani membuat perubahan dalam kepimpinan PAS supaya rakyat akan kembali memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Kepimpinan PAS yang ada sekarang sudah terlalu lama memegang jawatan dan dilihat gagal menentukan halatuju PAS dalam Pakatan Rakyat. Berilah peluang kepada Dato Paduka Husam Musa sebagai Presiden PAS yang baru.

9. PKR sekali lagi menyeru kepada PAS Permatang Pauh supaya menarik balik segala kenyataan media dan membantu PKR di Permatang Pauh. Sekiranya PAS tidak mahu terlibat membantu PKR di Permatang Pauh maka PKR juga tidak akan teragak-agak untuk tidak membantu PAS di Rompin.

Sekian, terima kasih.

YB RAFIZI RAMLI
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

20 April 2015

1 comment:

jis salam said...

Wow teramat lah sobong dan bonkak nya PKR. Sebiji ciri ketum yang dalam penjara disebabkan sontot jantan. Ini macam PAS masih kerjasama ke? Statement re-affirm penghinaan dan biadap terhadap president tghh dan parti PAS seluruhnya. PAS bangun lah dan tutuh PKR dan DAP untuk buktikan PAS masih ada kekuatan dan maruah.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget