KL CHRONICLE: Kini Hanipa Maidin Teruskan Serangan Terhadap Golongan Ulama Dalam PAS

Sunday, March 15, 2015

Kini Hanipa Maidin Teruskan Serangan Terhadap Golongan Ulama Dalam PAS


Golongan ‘ustaz bermasalah’ dikatakan wujud dalam Pas kerana mereka tidak memahami kehendak realiti sebaliknya hanya tahu menghafal al-Quran dan hadis.

Kritikan itu dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang juga merupakan pemimpin dari golongan Profesional, Mohamed Hanipa Maidin yang menyatakan bahawa golongan tersebut terlampau memberi fokus terhadap satu isu sehingga lupa kepada isu-isu lain yang hangat diperdebatkan ketika ini.



Jelas beliau, kewujudan ustaz seumpama itu dalam parti kerana mereka terlampau `sayang’ kepada Islam sehingga melahirkan golongan ekstremis yang hanya mahu menganggap Islam itu hak inklusif.

“Senjata paling ampuh untuk pecahkan pakatan adalah isu hudud, sebab apabila isu hudud dilontarkan, orang Pas lupa isu lain. Semua hanya bercakap pasal hudud membincangkan benda sama. Ini masalah apabila kebanyakan ustaz berperangai macam ini. Ustaz dalam Pas memang bermasalah.

“Ustaz-ustaz ini hanya menghafal, tidak ada pemikiran kritikal yang tidak berhubung dengan masyarakat, hanya tahu menghafal dan kemudiannya ‘muntahkan’ balik,” katanya.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget