KL CHRONICLE: Selepas @anwaribrahim Buat U-Turn, PKR Sekarang Flip Flop Pula Di Sarawak

Tuesday, February 24, 2015

Selepas @anwaribrahim Buat U-Turn, PKR Sekarang Flip Flop Pula Di Sarawak


PKR nampaknya semakin hilang modal dalam mengkritik Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) apabila hari ini bersedia menarik semula injuksi mahkamah terhadap SPR bagi menghalang persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Sarawak. Bagi kami di #KLChronicle, tindakan "last minute" oleh ADUN PKR Batu Lintang, See Chee How ini adalah tindakan "desperate" apabila menyedari beliau tiada kes menentang SPR. 

See yang juga Naib Pengerusi PKR Sarawak, dan Pauls Baya Baram sebelum ini pada 28/01/2015, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi mengisytiharkan notis SPR bagi cadangan untuk persempadanan semula batal dan tidak sah. Mahkamah Tinggi Kuching telah diberi kebenaran untuk mendengar semakan kehakiman dan menetapkan 19/03/2015, bagi kes yang berkenaan akan disebut.



Namun yang menariknya, tidak sampai beberapa minggu lagi untuk kes dipanggil di mahkamah, ADUN PKR ini membuat U-Turn yang maha dasyat apabila tiba-tiba memberi kenyataan bahawa beliau sanggup menarik semula injuksi mahkamah terhadap SPR dengan bebarapa "syarat". Bagi kami, SPR tidak perlu layan orang seperti See yang dilihat tidak ikhlas dan hanya bermain politik dalam isu persempadanan semula ini. 

Persoalannya sekarang, nampaknya See tidak yakin dengan kes serta bahan bukti beliau sendiri sehingga sanggup menawarkan jalan keluar kepada SPR dalam isu ini. Kami berpendapat SPR tidak perlu melayan orang seperti See yang hanya sibuk meraih politik murahan dalam isu persempadanan semula di Sarawak. 

Umum ketahui SPR telah bertungkus lumus dan bersikap proaktif dalam menyampaikan segala bentuk maklumat sehingga pada minggu ini SPR telah mengadakan "public inquiry" dimana rakyat daripada pelbagai latar belakang dapat memberikan bantahan terhadap persempadanan semula secara terbuka dan SPR dapat memberi response secara "on the spot". Mereka yang dipanggil dalam public inquiry ini adalah 3 orang wakil daripada keseluruhan mereka yang membantah persempadanan semula.

Nampaknya sekali lagi PKR telah gagal untuk memburukkan SPR dan tahniah diucapkan kepada Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kerana berjaya mengekalkan kredibiliti SPR dimata rakyat. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget