KL CHRONICLE: Kenyataan Datuk Noor Ehsanuddin Ini Wajar Dibaca Semua Alumni PLKN

Thursday, February 12, 2015

Kenyataan Datuk Noor Ehsanuddin Ini Wajar Dibaca Semua Alumni PLKN


Hari ini Datuk Noor Ehsanuddin, Ahli Parlimen Kota Tinggi merangkap Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) telah secara rasminya menutup Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kumpulan 1 siri 1/2015 di kem PLKN Jaya Gemilang A Famosa, Alor Gajah Melaka.



Dalam ucapan beliau pagi tadi, Datuk Noor Ehsanuddin telah menyentuh tentang beberapa perkara penting sebagai peringatan dan nasihat kepada wira dan wirawati PLKN.

Pertama sekali,  Datuk Noor Ehsanudddin mengingatkan wira dan wirawati tentang tujuan PLKN diadakan. Tujuan PLKN diadakan adalah untuk membentuk masyarakat yang berdisiplin, bersemangat waja, berkeyakinan diri, setia kepada negara, sentiasa bersama menghadapi sebarang cabaran & dugaan serta memupuk semangat cintakan negara.

Kedua, Datuk Noor Ehsanudddin memberi penerangan tentang empat (4) modul PLKN yang telah diterapkan kepada peserta PLKN iaitu :

- Modul fisikal
- Modul pembinaan karekter
- Modul Kenegaraan
- Modul khidmat komuniti

Bagi Datuk Noor Ehsanuddin, modul yang paling penting dalam PLKN adalah modul kenegaraan, dimana modul ini menekankan tentang perpaduan negara dan juga pentingnya masyarakat berbilang kaum dan agama hidup dalam suasana harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain.

Perkara ketiga yang ditekankan oleh Datuk Noor Ehsanuddin ialah mengenai peluang bagi alumni PLKN untuk menyumbang tenaga mereka kepada masyarakat. Menyedari bahawa anak muda mempunyai tenaga dan semangat kesukarelawan yang tinggi, Bridged Sukarelawan Khidmat Negara telah ditubuhkan bagi menjadi sebuah platform untuk alumni membantu masyarakat di negara ini.

Akhir sekali, bagi kami di #KLChronicle, apa yang dikatakan oleh Datuk Noor Ehsanuddin sebenarnya menunjukkan bahawa PLKN merupakan satu program yang mempunyai niat yang murni untuk mendidik serta menjadikan anak muda bangsa lebih berguna kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Kami berharap program.PLKN ini dapat diteruskan once keadaaan ekonomi kerajaan kembali pulih.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget