KL CHRONICLE: Dr. Mashitah : Pemimpin PAS Kelantan Kini Bersikap Diplomatik Dengan UMNO

Tuesday, February 24, 2015

Dr. Mashitah : Pemimpin PAS Kelantan Kini Bersikap Diplomatik Dengan UMNO




Membaca tulisan Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) di akhbar Sinar Harian [DISINI] ada benarnya. Menurut Datuk Dr. Mashitah, sikap pemimpin PAS Kelantan terutamanya dengan pemimpin UMNO dilihat semakan diplomatik dan bukan antagonistik seperti yang dirasai pada suatu ketika dahulu . Hubungan yang baik antara dua parti Islam terbesar di negara ini, bagi kami di #KLChronicle merupakan sesuatu yang sangat positif dan sangat wajar diberi perhatian.



Memetik lagi tulisan Datuk Dr. Mashitah, hubungan yang baik ini bermula apabila kenyataan beberapa pemimpin Pas terhadap Umno dan pemimpinnya semakin lunak didengar. Bahasa yang digunakan lebih sopan dan menarik. Konteks dan suasana kenyataan dibuat juga sangat simbolik. Dalam mengalu-alukan bantuan dan sokongan Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri menangani krisis ekoran banjir besar akhir tahun lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menunjukkan sikap terbuka dan boleh bekerjasama dengan pemimpin Pusat.

Bagi kami, musibah banjir yang berlaku di Kelantan pada akhir tahun lalu membuka mata banyak pihak apabila pemimpin UMNO sendiri turun melawat ke kawasan banjir sejurus mendapat berita bahawa Kelantan menghadapi masalah yang sangat kritikal. Menyedari bahawa Kelantan mempunyai majoriti rakyat beragama Islam, kerajaan Pusat melalui UMNO tidak teragak-agak memberikan bantuan baik dari segi logistik, kewangan mahupun bantuan perubatan.

Jika diingatkan kembali,  musibah banjir yang berlaku di Kelantan adalah disebabkan oleh penerokaan kawasan hutan yang tidak terkawal, terutamanya di Gua Musang dimana ada diantara lot pembalakan diberikan kepada syarikat kroni pemimpin DAP iaitu Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham. Akibat pembalakan yang tidak terkawal ini, kawasan tadahan air hujan telah berkurangan sekaligus menyebabkan banjir yang amat teruk. 

Bukan sahaja di Gua Musang, malah di Kuala Krai, ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Hatta Ramli, seorang yang dikenal pasti sebagai dalang untuk manjatuhkan Presiden Datuk Seri Haji Hadi Awang telah gagal untuk melawat kawasan parlimen beliau kerana kononya sibuk dengan urusan "umrah". Perlu diingatkan bahawa beberapa pemimpin UMNO yang tidak mempunyai kedudukan telah membatalkan aturcara umrah dan ziarah ke tanah Suci semata-mata untuk bersama rakyat kelantan yang tegar menyokong PAS.

Menyedari hakikat ini, Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan telah sedar bahawa lawan mereka bukanlah UMNO, malah UMNO lah yang telah banyak membantu kerajaan negeri Kelantan menghadapi bencana banjir dan seterusnya membantu kerajaan negeri untuk membangunkan semula Kelantan tanpa meminta apa-apa balasan.  

So, it is in the best interest of PAS to work together with BN and UMNO to rebuilt Kelantan and for PAS to raise back to its glory days rather than being humiliated and insulted by members of PKR and DAP. 

Namun, keputusan ini terletak di tangan pemimpin tertinggi PAS kerana UMNO has nothing to lose. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget