KL CHRONICLE: Tahniah!! CRSM (Crisis Relief Squad of MCA) Banyak Membantu Mangsa Banjir di Pantai Timur #MyBanjir @MyBanjir

Tuesday, December 30, 2014

Tahniah!! CRSM (Crisis Relief Squad of MCA) Banyak Membantu Mangsa Banjir di Pantai Timur #MyBanjir @MyBanjir

Bantuan MCA untuk mangsa banjir di Pantai Timur
Selepas kami di #KLChronicle menceritakan tentang lawatan Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong melawat & membantu mangsa banjir di Air Itam [DISINI], seorang pembaca telah email kami untuk berkongsi tentang Crisis Relief Squad of MCA (CRSM) yang telah turun ke padang sejak 20 Disember 2014 untuk membantu mangsa banjir di Pantai Timur. Kami sangat tertarik dengan maklumat yang kami terima ini lalu ingin berkongsi dengan pembaca betapa "hardworking" pemimpin akar umbi MCA membantu mangsa banjir yang rata-rata adalah orang Melayu.

Menurut maklumat yang kami terima, berikut adalah "chronology of event" CRSM sejak 20 Disember 2014:



20-12-2014  

CRSM mengagihkan 3,000 pek barangan bantuan kepada mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan

21-12-2014  

CRSM mengagihkan 3,000 pek barangan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Kulim, Tumpat, Kelantan


23-12-2014  

Presiden MCA YB Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan Ketua CRSM Kebangsaan Dato’ Lua Choon Hann untuk menubuhkan skuad operasi bantuan mangsa banjir Pantai Timur.

CRSM menubuhkan Tabung Bantuan Banjir Pantai Timur bagi memungut derma daripada orang awam untuk membantu mangsa banjir.

24-12-2014  

Ahli-ahli CRSM dan MCA dari seluruh negara menyertai skuad operasi bantuan mangsa banjir Pantai Timur dan mula bergerak ke kawasan banjir di Pantai Timur.

25-12-2014  

MCA mula mengumpulkan barangan bantuan untuk dihantar ke kawsan banjir.

26-12-2014  

  1. Presiden MCA YB Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden YB Datuk Dr. Wee Ka Siong, Pengerusi MCA Negeri Kelantan YB Senator Dato’ Dr. Hou Kok Chung dan Ketua CRSM Kebangsaan Dato’ Lua Choon Hann membawa 300 pek makanan dan minuman telah bergerak ke kawasan banjir dengan menaiki helikopter .
  2. Mereka telah melawati kawasan banjir di Gua Musang, Kuala Krai, Kota Bharu dan Kemaman, serta menziarahi mangsa banjir di pusat pemindahan mangsa banjir. 
  3. Pengerusi MCA Negeri Terengganu Dato’ Toh Chin Yaw dan Pengerusi MCA Negeri Pahang Dato’ Hoh Khai Mun dilantik menyelaras operasi membantu mangsa banjir di negeri masing-masing.
  4. Barangan bantuan seperti makanan, minuman dan ubat dihantar dengan segera ke kawasan-kawasan banjir di ketiga-tiga negeri Pantai Timur.


27-12-2014  

  1. Dua 2 unit lori 6-tan dan 2 unit 4WD dengan barangan bantuan dihantar ke Gua Musang, dan tiba di kawasan banjir pada pukul 3:00PM. 
  2. Dua 2 unit lori 3-tan dengan barangan bantuan bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuala Krai dan tiba di kawasan banjir pada pukul 3:00 pagi keesokan hari.
  3. Satu 1 unit lori 3-tan yang membawa air minuman bertolak dari Shah Alam, Selangor ke Kelantan
  4. Dua 2 unit lori 3-tan yang membawa air minuman dan 1 unit lori 3-tan yang membawa beras bertolak dari Kuala Lumpur ke kawasan banjir. 
  5. Pemuda MCA dengan kerjasama 15 NGO Pemuda Bangsa Cina melancarkan program “Youth Care” untuk membantu kerja-kerja selepas banjir. Ketua Pemuda MCA Kebangsaan YB Senator Chong Sin Woon bergerak ke kawasan banjir di Gua Musang dan Kuala Krai selepas pelancaran program tersebut.
  6. Operasi pengagihan barangan bantuan yang diketuai oleh Ketua CRSM Kebangsaan Dato’ Lua Choon Hann dimulakan di beberapa kawasan yang dilanda banjir.
  7. CRSM Negeri Pahang, Johor dan beberapa negeri lain mula mengagihkan barangan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan masing-masing.
  8. MCA Negeri Sembilan dan MCA Negeri Perak menghantar barangan bantuan yang Berjaya dikumpulkan ke Kuala Lumpur untuk dibawa ke Pantai Timur.

28-12-2014  

  1. 1 unit lori 3-tan dan 4 unit 4WD yang membawa barangan bantuan bertolak ke Kelantan pada pukul 11:00AM dan tiba di kawasan banjir
  2. Naib Presiden MCA YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun menghantar 200 pek barangan bantuan ke Kelantan dengan helikopter.
  3. CRSM semua negeri terus dengan operasi menghantar barangan bantuan ke kawasan banjir.

Melihat kepada semua bantuan yang telah diberikan oleh MCA kepada mangsa di Pantai Timur, kami di #KLChronicle sebenarnya sangat terpegun dengan kesungguhan pemimpin-pemimpin akar umbi MCA, termasuk Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Presiden Datuk Wee Ka Siong. Mereka dilihat berjaya memahami denyut nadi rakyat dan turun bersama membantur rakyat yang didalam kesusahan. 

Diharapkan usaha murni MCA ini berterusan dan mampu menarik balik sokongan rakyat terhadap mereka. This people are the good guys. 

1 comment:

maae said...

Lihat tulisan di treler. Ada tulisan B. Malaysia ? Ini lah perangai busuk MCA dalam "kebaikan" yang di lakukan !

Memalukan. Langsung tiada aspirasi kenegaraan kecuali menyanjung bangsa dan bahasa sendiri dan penjajah...

Kenapa PM tidak pernah tegur ?

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget