Friday, November 28, 2014

@razlanrafii Halang Tindakan Pembangkang Cemar Perhimpunan Agung UMNO #PAU2014

@RazlanRafii ditemani Armand Azha sebagai wakil Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak
Tindakan berani Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii hari ini berjaya mengelakkan perhimpunan Agung UMNO 2014 dicemari insiden pencerobohan oleh NGO Pro-Pembangkang Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis). 



Langkah biadap Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) yang berhasrat menceroboh Perhimpunan Agong UMNO 2014 bagi menyerahkan memorandum isu tanah warisan Melayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disekat Pemuda Umno Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Kira-kira 50 lebih penyokong pembangkang berarak dari Masjid Pekeliling selepas selesai solat Jumaat menuju ke bangunan tempat perhimpunan Umno sedang berlangsung.

Setengah jalan perarakan, anggota polis yang berkawal melencongkan kumpulan tersebut ke  Wisma MIC dan disambut sekumpulan Pemuda Umno diketuai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii dan dibantu oleh Pengerusi Briged Kesatria Muda Armand Azha Abu Hanifah dan

Berlaku sedikit pergelutan antara kedua-dua kumpulan apabila kata-kata provokasi dilemparkan oleh GAMIS, bagaimanapun berjaya dikawal oleh anggota polis bertugas.

Gamis diketuai pengerusinya, Abdul Malik Abdul Razak bersama Presiden Persatuan  Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Khairul Najib Hashim bersama penyokong membawa sepanduk bantahan.

Abdul Malik bersama mahasiswa sebelum itu enggan menyerahkan memorandum kepada Razlan sebaliknya mendesak Najib yang merupakan presiden Umno supaya turun sendiri menerima memorandum mereka.

"Kami mahu Najib sendiri turun terima memorandum kami," kata Abdul Malik.

Berang dengan permintaan tersebut, Armand mengatakan beliau dihantar presiden Umno untuk  menerima memorandum daripada Gamis.

Beberapa Pemuda Umno lain dilihat hilang sabar dengan kenyataan penyokong pembangkang yang bertindak biadap dan cuba  mencetuskan provokasi semasa menyerahkan memorandum tersebut.

"Saya bersumpah akan serah kepada perdana menteri memorandum ini," kata Armand.

No comments:

Post a Comment