Saturday, November 29, 2014

Engagement DS Ismail Sabri Bersama Puteri UMNO wajar dicontohi

Datuk ismail Sabri bersama Biro Pertanian Puteri UMNO
#KLChronicle : Kami mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri kerana telah meluangkan sedikit masa untuk bersama Biro Pertanian pergerakan Puteri UMNO Malaysia. 




Bagi kami di KLChronicle, kesungguhan Datuk Seri Ismail Sabri untuk mendekati dan memahami suara akar umbi adalah konsisten dengan seruan Timbalan Presiden dan Presiden parti yang mahukan pemimpin parti 'turun' kebawah dan mendengar suara akar umbi.

Memandangkan Dato Seri Ismail Sabri merupakan menteri yang bertanggungjawab dalam hal-hal pertanian, adalah tepat tindakan puteri UMNO memanggil Dato Seri Ismail Sabri untuk melakukan engagement dan memberikan pendapat/idea mereka untuk bagaimana cara untuk menambah baik operasi kementerian pertanian dan sekaligus memberi manfaat kepada rakyat Malaysia amnya dan orang melayu khususnya. 

Kami juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pejabat Dato Seri Ismail Sabri kerana bersikap proaktif dengan mengadakan engagement sebegini bersama akar umbi UMNO. Diharapkan lebih banyak program sebegini dapat dilakukan bersama seperti pergerakan Pemuda UMNO untuk memberikan manfaat kepada keseluruhan ahli akar umbi UMNO. Insyallah.

No comments:

Post a Comment