KL CHRONICLE: Lima universiti Malaysia dalam senarai 400 universiti terbaik dunia

Tuesday, September 16, 2014

Lima universiti Malaysia dalam senarai 400 universiti terbaik dunia




#KLChronicle says : 5 universiti dalam senarai 400 terbaik dunia, lagi Cina DAP kritik sistem pendidikan negara. Apa lagi Cina DAP mau?

Lima universiti Malaysia mendapat tempat antara 400 terbaik dalam tinjauan QS World University Ranking 2014 tahun ini.

Universiti terkemuka negara, Universiti Malaya (UM) berada di tangga ke-151, diikuti dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di tangga ke-259.



Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang terletak di Johor berada di tangga ke-294, naik 60 kedudukan berbanding tahun lepas.

Sementara itu, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) berada di tangga 309 dan 376 masing-masing.

Kelima-lima institut meningkat kedudukan mereka berbanding tahun lepas.

Dalam tinjauan tahun lepas UM berada di tangga ke-167 manakala UKM di 269. UTM dan USM kedua-duanya di tangga ke-355 dan UPM berada di dalam kedudukan 411-420.

Kriteria yang digunakan QS termasuklah reputasi akademik, reputasi majikan, kadar pelajar kepada fakulti, artikel setiap fakulti, petikan setiap artikel, pengantarabangsaan, dan program pertukaran pelajar.

QS Ranking menilai sejumlah 863 institusi pengajian tinggi daripada 3,000 yang dipertimbangkan. – 16 September, 2014.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget