KL CHRONICLE: Adakah Keselamatan Program Latihan Khidmat Negara Masih Menjadi Satu Isu?

Tuesday, September 23, 2014

Adakah Keselamatan Program Latihan Khidmat Negara Masih Menjadi Satu Isu?



Saya merujuk kepada banyak keratan akhbar baik dari print media mahupun online media yang nampaknya telah menimbulkan keraguan terhadap tahap keselamatan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Umum ketahui bahawa PLKN kini merupakan satu program yang penting oleh kerajaan bagi mendidik anak muda bangsa menjadi insan yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga dari segi rohani dan sahsiah. 



Jika dilihat dari segi statistik, PLKN yang kini telah menawarkan latihan program kepada seramai 752, 463 bekas peserta program telah mencatatkan rekod kematian seramai dua orang peserta disebabkan pergaduhan (un-natural causes), iaitu dari segi peratusnya 0.000266%, yang merupakan antara peratusan yang sangat kecil jika dibandingkan dengan jumlah peserta yang telah menyertai PLKN. Namun, walaupun jumlah peratusan ini kecil, PLKN tetap akan melakukan pembaharuan.

Memetik ucapan Datuk Nor Ehsanuddin yang merupakan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), beliau menegaskan bahawa "pre-screening" bagi peserta PLKN akan diperketatkan lagi bagi memastikan tidak ada insiden yang tidak dingini daripada berlaku. Bagi saya ini merupakan satu langkah yang baik dari kerajaan yang mengakui bahawa penambahbaikkan boleh dilakukan oleh PLKN. 

Selain itu, Datuk Nor Ehsanuddin juga kesal apabila terdapat sesetengah peserta yang tidak mengistiharkan tahap kesihatan mereka seterusnya meletakkan mereka dalam keadaan yang berbahaya apabila melakukan aktiviti yang lasak dan sebagainya. Ini juga merupakan antara punca yang dikenalpasti mengapa terdapat kes kematian yang berlaku dalam program PLKN. 

Secara peribadinya, saya bersetuju dengan teguran Datuk Nor Ehsanuddin bahawa para ibu bapa harus mengistiharkan tahap kesihatan anak mereka dan tidak merahsiakan perkara ini kepada MLKN. Ini supaya pihak PLKN melakukan persediaan yang sepatutnya jika terdapat apa-apa insiden kecemasan yang berlaku semasa program sekaligus memastikan keselamatan peserta terjamin dan memastikan program PLKN menjadi antara program yang terbaik dihasilkan oleh negara. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget