KL CHRONICLE: Lagi Tamparan Buat @anwaribrahim, Kini Sultan tolak peletakan jawatan @Khalid_ibrahim

Tuesday, August 26, 2014

Lagi Tamparan Buat @anwaribrahim, Kini Sultan tolak peletakan jawatan @Khalid_ibrahim


Sultan Selangor menolak peletakan jawatan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan meminta setiap parti dalam Pakatan Rakyat (PR) memberi lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar baru.

Pada sidang media petang ini, Khalid berkata peletakan jawatan itu ditangguhkan sehingga menteri besar baru dilantik.



Baginda mahu PAS, DAP, PKR mengemukakan lebih daripada dua nama bagi memudahkannya menentukan calon yang layak.

Khalid berkata beliau menghantar surat peletakan jawatannya kepada Istana Kayangan, Shah Alam hari ini, tetapi ia ditolak Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Ini ialah tatacara yang pernah dilakukan oleh istana bukan saja semasa PR, tetapi juga semasa Barisan Nasional (BN) ingin menamakan mereka yang dicadangkan untuk dilantik menjadi MB," katanya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Sehingga selesai pelantikan menteri besar yang baru, Khalid berkata, beliau akan terus menjalankan tugas seperti biasa. – 26 Ogos, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget