KL CHRONICLE: Akhirnya MB Selangor @khalid_ibrahim akui Pakatan Rakyat Gagal Tunai Janji Manifesto

Tuesday, April 15, 2014

Akhirnya MB Selangor @khalid_ibrahim akui Pakatan Rakyat Gagal Tunai Janji Manifesto

@Khalid_ibrahim akui kerajaan negeri Selangor telah gagal
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui gagal menunaikan manifesto Pakatan Rakyat untuk sediakan rumah mampu milik kepada rakyatnya. Gambar fail.Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui gagal untuk menunaikan manifesto Pakatan Rakyat (PR) Selangor untuk menyediakan rumah mampu milik kepada semua rakyatnya.




Katanya, dasar pemilikan harta rumah kediaman tidak dapat menampung permintaan yang terlalu tinggi.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri hanya hanya mensasarkan 80% daripada penduduk Selangor akan dapat memiliki tempat kediaman manakala 20% daripadanya perlu menyewa.

"Kita takut jumlah tidak cukup kerana sekarang sasaran semakin meningkat.

"Tidak semestinya rakyat akan memiliki kediaman tetapi boleh sewa untuk hidup," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Haniza Talha mengenai dasar baru yang dibentuk dan dilaksanakan kerajaan negeri selepas 2008.

Pakatan Rakyat Selangor dalam manifestonya sebelum ini menyatakan akan memperuntukkan RM100 juta kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Kerajaan Negeri bagi merangka dasar perumahan secara menyeluruh khususnya bagi menyediakan rumah mampu milik yang bermutu serta menguruskan projek perumahan lain yang mengutamakan tahap kemampuan rakyat untuk membeli.

Dalam manifesto itu, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjanji akan menambah perumahan mampu sewa di bandar raya dan bandar bagi keluarga yang tidak mampu memiliki rumah persendirian selain membina Rumah Mampu Milik dengan keluasan minimum 800 kaki persegi, berharga di bawah RM150,000 seunit.

Kerajaan negeri Selangor juga menyatakan kesediaan mewujudkan Skim Perumahan Rakyat bagi pembeli yang menghadapi kesukaran mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, dengan cadangan peruntukan berjumlah RM250 juta atau RM50 juta setahun.

Khalid berkata, sehingga kini 15,000 rumah mampu milik dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Perbadanan Nasional Selangor Berhad (PNSB), manakala 30,000 dibina melalui projek swasta antaranya pemaju Sime Darby.

Katanya, Selangor memerlukan dana yang besar untuk memenuhi permintaan rumah mampu milik dan  mengakui dana yang ada pada masa ini adalah terhad.

"Kalau gunakan semua dana untuk kebajikan pun tidak cukup," katanya.

Manifesto Pakatan Rakyat Selangor 2008 menjanjikan setiap keluarga memiliki sebuah rumah dalam Skim Perumahan Rakyat.

Berhubung isu air termasuk projek Langat 2, Khalid mencadangkan satu sidang DUN khas diadakan bagi memberi penerangan kepada Adun mengenai keputusan yang dibuat pihaknya itu selain mendapatkan pandangan ahli dewan sendiri.

Katanya, sidang DUN khas itu akan memberi pemahaman tentang penyelesaian dan penyusunan semula industri air.

"Kita akan membentangkan apa yang kita setuju mengenai harga Langat 2 dan kesannya memberi kebaikan kepada rakyat dalam masa terdekat," katanya. – 15 April, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget