Penulis ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada calon Barisan Nasional Datin Paduka Chew Mei Fun kerana gigih berkempen di Kajang walaupun dihujani dengan pelbagai fitnah dan tohmahan dari pihak pembangkang terutamanya dari DAP.
Antara penghinaan yang telah dilakukan oleh pembangkang adalah dengan melabel Chew Mei Fun sebagai seekor babi. Ini dapat dilihat dari E-poster yang disebarkan melalui FB, Twitter, whatsapp dan sebagainya.
Contoh poster yang disebarkan adalah seperti dibawah:
Maksud poster diatas adalah:
Jika MCA boleh dipercayai, babi betina pun boleh panjat ke atas pokok.
Kalau #ComeyFun boleh dipercayai, lebih banyak SJK(C) akan ditutup kelak.
Penulis berharap penyokong Barisan Nasional bersabar dan teruskan berkempen dengan cara yang sihat. Janganlah kita juga ikut rentak pembangkang dengan menggelar pemimpin pembangkang sebagai binatang dan sebagainya. We are better than that.
kepada Allah swt kami berserah.
No comments:
Post a Comment