KL CHRONICLE: Kini @khalidSamad Pula Kata @anwaribrahim Hanya Akan Jadi EXCO, Sangkal Kenyataan @rafiziramli #KLChronicle

Monday, February 3, 2014

Kini @khalidSamad Pula Kata @anwaribrahim Hanya Akan Jadi EXCO, Sangkal Kenyataan @rafiziramli #KLChronicle

Jawatan exco Selangor sudah memadai untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad. Gambar fail.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Selangor yang sering disebut bertujuan mengukuhkan barisan kepimpinan negeri hanya layak diberikan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco).



Beliau berkata, kedudukan Anwar sebagai exco Selangor memadai atau setidak-tidaknya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan bukannya sebagai menteri besar.
“Saya difahamkan pilihan raya adalah untuk memperkukuh saf kepimpinan PKR di Selangor dengan penglibatan Anwar paling kurang sebagai Adun. Paling maksimum pun sebagai exco.
“Persoalan untuk menjawat jawatan menteri besar, beliau (Anwar) ataupun Rafizi tidak berhak menentukan seorang diri. Anwar dan Rafizi perlu rujuk dan mendapat persetujuan daripada ketiga-tiga parti,” katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.
Khalid berkata, selaku Adun atau pun exco, Anwar boleh mengadakan pertemuan dengan pegawai kerajaan negeri dan memberi penjelasan berkaitan sesuatu isu berbangkit sekiranya mempunyai jawatan dalam kerajaan Selangor.
“Anwar ada pengalaman. Sebagai Adun atau exco, beliau boleh berjumpa dengan pegawai yang terlibat memberikan penjelasan. Sekarang ini, beliau tidak ada ‘locus standi’ (hubungan kuat).

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget