KL CHRONICLE: SUK dan Pegawai Kewangan Kelantan “kebal” tindakan tatatertib negeri, kata SPRM #KLChronicle

Thursday, November 7, 2013

SUK dan Pegawai Kewangan Kelantan “kebal” tindakan tatatertib negeri, kata SPRM #KLChronicle

Bekas Menteri Besar Kelantan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati kelemahan ketara dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan khususnya apabila Setiausaha Kerajaan (SUK) dan Pegawai Kewangan Negeri "kebal" daripada sebarang tindakan Jemaah Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri.


Mengikut laporan Tahunan SPRM 2013 berdasarkan Peraturan 3 (1), Jemaah Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri tidak dapat melaksanakan prosedur tatatertib sekiranya pegawai tersebut terlibat dengan pelanggaran mana-mana peraturan tatatertib.
Malah SPRM juga mendapati penggunaan budi bicara yang kadang-kala  diamalkan apabila melibatkan tatatertib ke atas pengurusan tertinggi kerana tiada garis panduan yang jelas.
Selain itu, kerajaan negeri Kelantan dikatakan telah mengguna pakai  Peraturan-Peraturan Jemaah Tatatertib sejak 1974 tanpa melalui sebarang proses pindaan atau semakan.
Berdasarkan laporan tahunannya,  SPRM mengemukakan cadangan penambahbaikkan menangani kelemahan itu antaranya mewujudkan dasar yang jelas mengenai tiada pengecualian untuk tindakan ke atas semua anggota pengurusan kerajaan negeri.
Cadangan SPRM turut dipersetujui Persidangan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan  agar Peraturan-Peraturan Jemaah Tatatertib sejak 1974 disemak dan ditambah klausanya.
SPRM juga bertindak menyarankan garis panduan yang jelas berhubung pelaksanaan tugas jemaah pengurusan tertinggi supaya tiada lagi penggunaan budi bicara diamalkan.
Pemimpin kerajaan negeri Kelantan gagal dihubungi untuk mengulas perkara ini. – 6 November, 2013.

1 comment:

Anonymous said...

Kelantan kan serambi Mekkah. Semua Pemimpin dan kakitangan kerajaan kelantan adalah dijamin maksum oleh Tuan Guru. Jangan pandai-pandai nak tuduh aaa!!!!

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget