KL CHRONICLE: #PAU2012 APA YANG ORANG MELAYU BOLEH HARAPKAN DARI UMNO? @umbkl

Monday, November 26, 2012

#PAU2012 APA YANG ORANG MELAYU BOLEH HARAPKAN DARI UMNO? @umbkl

Perhimpunan Agung UMNO 2012 #PAU2012 yang bakal diadakan pada minggu ini akan memberi peluang kepada orang – orang Melayu Islam untuk melihat sejauh manakah pemimpin – pemimpin UMNO akan berjuang untuk mempertahankan kuasa Melayu ISLAM dari jatuh ke tangan pihak pembangkang.

Jika pada muktamar PAS yang lalu, orang Melayu ISLAM disajikan dengan drama puak – puak PAS yang mencadangkan agar Datuk Seri Hadi Awang menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berkuasa, namun malangnya cadangan Dewan Ulama PAS ini ditolak sewenang – wenangnya oleh Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat.

Masih ingatkah pembaca komen – komen pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Dr. Tan Seng Giaw yang menyelar PAS kerana membincangkan perkara yang sensitive seperti calon Perdana Menteri dikhalayak umum?

Ataupun masih ingatkah pembaca bagaimana Lim Guan Eng dengan kerasnya mengatakan bahawa calon Perdana Menteri pakatan rakyat adalah Anwar Ibrahim? Pernahkah pembaca terfikir, mengapa DAP begitu bermati – matian mahu Anwar yang menjadi Perdana Menteri dan bukan Haji Hadi?

Adakah mungkin kerana peguam – peguam DAP seperti Karpal Singh sudah menyimpan segala rahsia Anwar Ibrahim dan rahsia ini akan digunakan untuk mengugut Anwar ketika Anwar menjadi Perdana Menteri?

Ini bukan satu perkara yang direka semata – mata, pembaca perlu ingat Karpal Singh, dalam Hansard parliament sendiri mengatakan beliau mempunyai bukti Anwar Ibrahim terlibat dalam kes liwat.

Pembaca juga harus memikirkan siapa yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah, ini satu perkara yang sangat penting kerana sehingga hari ini, PAKATAN RAKYAT TIDAK PERNAH BERKONGSI BERSAMA RAKYAT SIAPAKAH CALON TIMBALAN PERDANA MENTERI MEREKA. Tidakkah rakyat ingin tahu?

Kembali ke #PAU2012, antara topic yang penulis rasa kan para perwakilan harus bahaskan adalah seperti berikut:

1. Hala tuju pendidikan anak – anak Melay, adakah hanya "degree" mencukupi?

2. Keadaan orang – orang Melayu di Pulau Pinang dimana topic ini boleh dibawa oleh perwakilan dari Pulau Pinang.

3. Penjualan asset PKNS kepada syarikat bukan bumiputera, dimana harta amanah orang Melayu semakin lama semakin berkurang di Selangor.

4. Kes – kes orang Melayu dimurtadkan di Selangor yang kini telah diakui sendiri oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim.

Di atas sedikit sebanyak Idea penulis bagi #PAU2012, diharap pembaca juga dapat meninggalkan komen tentang apa harapan pembaca pada #PAU2012 akan datang.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget