KL CHRONICLE: @teresakok BUAT HAL LAGI... cc @mediaumno

Saturday, June 23, 2012

@teresakok BUAT HAL LAGI... cc @mediaumno



Program dialog antara penduduk, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), pemaju dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara, Teresa Kok Suh Sim di perumahan teres dua tingkat Puchong Hartamas di sini, pagi semalam bertukar kecoh apabila penduduk mula bertengkar sesama sendiri.

Difahamkan, perjumpaan itu diadakan susulan tindakan MPSJ merobohkan struktur pondok pengawal keselamatan yang didakwa dibina secara haram sejak empat tahun lalu di pintu masuk kawasan perumahan itu.

Sinar Harian turut difahamkan, segelintir penduduk bersetuju tindakan MPSJ manakala sebahagian lagi tidak bersetuju dengan mendakwa risiko faktor keselamatan sekiranya tiada pondok pengawal di kawasan perumahan mereka.

Perbezaan pendapat yang timbul dalam dialog menyebabkan penduduk mula meninggikan suara dan bertengkar sesama sendiri menyatakan pendirian masing- masing berhubung isu berbangkit sebelum dileraikan anggota penguat kuasa MPSJ yang berada di lokasi.

Pertelingkahan timbul apabila ada penduduk mempersoalkan siapa yang membuat aduan berhubung struktur haram itu sehingga tindakan perobohan diambil.

Namun Yang Dipertua MPSJ, Abdullah Marjunid memberi maklum balas adalah menjadi polisi pihaknya tidak mendedahkan nama pengadu malah memberitahu tindakan diambil pihak majlis mengikut prosedur dan undang-undang.

Penduduk bertekak dengan Teresa Kok

Menurutnya, tindakan perobohan diambil Rabu lalu kerana struktur pondok itu tidak pernah mendapat kelulusan pelan bangunan MPSJ malah lokasi pondok pengawal tidak sesuai dan mengundang kemalangan.

“Jalan di lokasi pondok yang dirobohkan akan dibaik pulih semula dan kawalan keselamatan masih boleh dijalankan menggunakan payung dan kon sementara waktu untuk mengawal laluan keluar masuk.

“Mengenai pembinaan pondok pengawal baru, saya minta pemaju datang ke majlis berbincang dan mengingatkan mereka perlu juga hantar pelan bangunan,” katanya setelah kelulusan dibuat MPSJ akan memberi satu salinan kepada persatuan penduduk supaya permohonan lesen menduduki sementara (TOL) boleh dimohon kepada Pejabat Tanah dan Daerah.

Beliau berkata, setelah pemaju akur dengan semua syarat, majlis akan mempertimbangkan kelulusan dan pihaknya akan berurusan dengan pejabat tanah untuk mempercepatkan kelulusan TOL. Sementara itu, Teresa Kok berkata, pihak pemaju dan perunding mereka akan berhubung dengan MPSJ untuk menghantar pelan dan mematuhi beberapa kriteria.

“Penduduk harap pemaju cepat hantar pelan sebelum persatuan mereka boleh ke Pejabat Tanah dan Daerah memohon TOL,” katanya kebanyakan penduduk mengadu bimbang dengan keselamatan mereka selepas pondok pengawal itu dirobohkan. - SH

TKLC : Ingatkan SEPUTEH je ade masalah, rupa nya Kinrara pun ada masalah jugak..hancur...

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget