KL CHRONICLE: MOHD NIZHAM : MORATORIUM WAJAR DILANJUTKAN SEHINGGA AKHIR TAHUN MENGIKUT KEPERLUAN SEKTOR

Friday, July 24, 2020

MOHD NIZHAM : MORATORIUM WAJAR DILANJUTKAN SEHINGGA AKHIR TAHUN MENGIKUT KEPERLUAN SEKTOR



MORATORIUM WAJAR DILANJUTKAN SEHINGGA AKHIR TAHUN MENGIKUT KEPERLUAN SEKTOR

Pihak Kementerian Kewangan telah umumkan tempoh moratorium bayaran balik pinjaman dengan bank-bank tempatan akan tamat pada bulan September ini seperti yang dijadualkan, melengkapkan tempoh 6 bulan yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Menjelang pasca PKPP, terdapat beberapa sektor perniagaan  yang dilihat semakin baik dari segi pendapatan dan sudah boleh mula membayar balik pinjaman peribadi atau syarikat mereka. 

Namun pihak Kerajaan juga perlu lebih prihatin terhadap sesetengah industri yang masih belum pulih dari segi kewangan kesan daripada PKP Pandemik Covid-19. Sebagai contoh, sektor penerbangan komersial yang masih sedang berusaha membaikpulih kewangan syarikat masing-masing agar boleh terus beroperasi. Kita juga sedia maklum bahawa terdapat juga sektor lain yang turut mengalami situasi yang sama.

Oleh yang demikian, kami berpendapat bahawa adalah sangat wajar bagi pihak Kerajaan untuk mempertimbangkan agar tempoh moratorium bayaran balik pinjaman dilanjutkan sehingga ke akhir tahun mengikut sektor atau individu tertentu mengikut keperluan. Mungkin perlu lihat keperluan membayar faedah pinjaman sahaja. Kerajaan juga perlu bersedia sekiranya berhadapan dengan impak yang lebih menakutkan di mana para peminjam akan berkemungkinan muflis dan ini memerlukan penglibatan pihak AKPK dalam membantu rakyat. 

Kita juga perlu ambil kira sekiranya dilaksanakan sepenuhnya sehingga akhir tahun, Kerajaan perlu membiayai pakej tambahan ini yang akan menelan kos berbillion ringgit. Perniagaan bank-bank tempatan juga akan turut terjejas kesan daripada moratorium ini.

Kami percaya kepimpinan negara hari ini cukup bijak dalam mengimbangi keperluan rakyat dan kelangsungan industri, maka kami berharap agar satu keputusan dapat dicapai demi kesejahteraan Malaysia.

MOHD NIZHAM ABDULLAH HAMIDI
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

https://www.facebook.com/100000112290432/posts/3632078556805852/

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget