Saturday, July 25, 2020

Izwa Jurish : MENGAPA HARUS DI LUKAI BERIBU HATI, JIKA MENGUBATINYA LEBIH MUDAH


Malaysia negara majmuk yang terkenal dengan kesopanan serta kesusilaannya. Berbilang kaum hidup aman harmoni sejak dari dahulu lagi.

Kaum Melayu khususnya yang sangat terkenal dengan pegangan slogan "tak akan Melayu hilang di dunia". Walaubagaimana pun, perlu diingatkan bahawa semangat slogan itu tidak sekali-kali menafikan hak kaum lain.


Masa kini, panggilan perpaduan Melayu semakin menebal di sanubari anak bangsa kita. Namun, kemelut politik semasa sedikit sebanyak telah mencalarkan semangat tersebut sedikit demi sedikit, hari demi hari.

Mengapa harus ia dibiar usang, mengapa harus ia di pandang sepi. Tiupan semangat dan bunyi semboyan bisa menggerakan kita maju kehadapan berpimpinan tangan bergandingan bahu.

Saya ingin merujuk kepada kenyataan beberapa pemimpin kanan UMNO dan yang terkini kenyataan Timbalan Presiden UMNO YBhg Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan yang menyatakan “UMNO Boleh ubah semula keputusan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.”

https://www.sinarharian.com.my/…/Ubah-keputusan-pecat-Muhyi…

Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kami kepada Tok Mat dan kepimpinan UMNO yang begitu memandang tinggi dan amat menghargai Presiden kami sehingga sanggup mengubah pendirian Parti (keputusan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada UMNO). Namun begitu usahlah dikenang barang yang lalu, marilah cuba norma yang baru.

Memang sakit untuk berharap, namun lebih melukakan jika tidak mahu melepaskan. Jika nawaitu kebanyakan kepimpinan UMNO adalah untuk menyatupadukan bangsa Melayu, maka kami di BERSATU mengalukan-alukan kedatangan Tok Mat dan rakan-rakan untuk menyertai kami dalam memastikan perpaduan dan kecemerlangan bangsa Melayu di nikmati bersama.

Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

Izwa Jurish
Ketua Srikandi Bahagian
Bersatu Bahagian Seputeh

6 comments:

  1. You lives in la la land. Melayu tak akan bersatu. GO back to history. We fought against each others for land, money and power. Islam was never united. We fought each others since the death of our prophet. So there is no ties that bind us. Coexistance yes but united no.

    ReplyDelete
  2. Apa kata bubar jek PPBM then masuk je UMNO...settle ;p

    ReplyDelete
  3. Why not bubur umno masuk ppbm. . settle

    ReplyDelete
  4. Hahaha...kekal diam dlm parti masing2. Yg lebih utama , matlamat kita sama. Kukuhkan kekuatan org Melayu.

    ReplyDelete
  5. Aku ni dah jadi ahli UMNO totok. Leaders come and go. Mcm2 hal dan kontroversi . Aku x nampak kelebihan parti lain , mungkin ada persamaan sikit2.

    ReplyDelete
  6. Acuan tak sama, tentu sekali kuehnya pun berlainan bentuk dan rupa. Mungkin bahan adunan tetap sama. Terpulang kpd pembeli nak pilih yang mana satu.

    ReplyDelete