Kami di #KLChronicle hari ini akan terus berkongsi maklumat berkaitan isu yang membabitkan konglomerat tekstil terbesar milik orang Islam di Malaysia iaitu JAKEL. Umum ketahui bahawa baru - baru ini terdapat beberapa kontroversi melibatkan JAKEL tetapi tahukah pembaca Big Boss JAKEL sendiri telah memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Silat lihat video berikut:
Jadi tuan - tuan, kami di #KLChronicle memohon jasa baik semua pembaca untuk memberikan peluang kedua kepada JAKEL dan maafkan lah mereka. Sebagai manusia, kita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan tetapi apa yang penting adalah kita sedar akan kesilapan kita dan memohon maaf kepada pihak yang terlibat. Selain itu, kami juga ingin memberitahu para pembaca bahawa janganlah "sebab marahkan seekor nyamuk, ktia bakar terus kelambu" kerana akhirnya kita juga yang akan rugi.
Esok kami di #KLChronicle akan kongsikan pula jasa-jasa serta sumbangan pihak JAKEL kepada umat Islam. Biar pembaca #KLChronicle lihat sendiri usaha JAKEL dalam membantu Agama, Bangsa & Tanahair kita yang tercinta.
3 comments:
Salam,
Susah kalau org yang datang dari luar bina kekayaan tapi tak sedar diri.
Maaf sedarlah diri.
Jgn berlagak. Jangan asyik putar belit
Biarkan kes ini sejuk dahulu. Walau pun ada gesaan utk memboikot Jakel, keadaan skrg tidak boleh diambil sbg ukuran tindakan boikot telah berlaku.
Diwaktu PKP ini tumpuan berbelanja adalah utk mengalas perut seisi keluarga terlebih dahulu. Kalau ada pun lebihan simpanan, ramai yg mengambil sikap tidak membelanjakan utk tujuan selain drp membeli makanan keperluan. Krn itu dimana pun keadaan adalah sama, lengang spt di Jakel.
Hmm.. jahit sendiri lah baju atau pakai baju lama je dah cukup.. kikiki.. πππ
Post a Comment