KL CHRONICLE: Orang Ramai puas hati cara baru "shopping" di JAKEL, sales juga semakin memberangsangkan walaupun #PKPB

Saturday, May 16, 2020

Orang Ramai puas hati cara baru "shopping" di JAKEL, sales juga semakin memberangsangkan walaupun #PKPB


Alhamdulilah dalam masa seminggu lagi rakyat Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan melalui posting - posting di sosial media, kami di #KLChronicle mendapati orang ramai telah mula mengunjungi gedung beli belah JAKEL untuk membeli kelengkapan Aidilfitri walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pihak pengurusan JAKEL memandang serius penularan pandemic Covid - 19 dan mereka (JAKEL) mengikut penuh Standard Operating Procedure (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. 


Antara langkah - langkah yang diambil JAKEL sebelum pelanggan boleh memasuki kedai mereka adalah:

1. Mewajibkan pemeriksaan suhu badan. 
2. Pelanggan disaran memakai topeng muka dan menggunakan cecair pembasmi kuman yang disediakan sebelum dapat memasuki premis itu.
3. Pelanggan juga diminta mengisi nama dan nombor telefon sebagaimana arahan yang ditetapkan kerajaan sebagai langkah memudahkan pengesanan jika terdapatnya kes Covid-19.

Malah, kami juga difahamkan bagi mengelakkan orang ramai dari bersesak-sesak, Jakel Gong Badak turut memaklumkan tiada lagi “Happy Hour” seperti tahun-tahun sebelumnya. Tetapi pembaca tidak perlu risau, JAKEL memberikan diskaun yang cukup banyak kepada pembeli bagi memastikan pembeli pulang dari JAKEL dengan perasaan yang gembira.

Jadi nasihat kami kepada pembaca #KLChronicle, anda tidak perlu risau jika anda mahu membeli belah di JAKEL kerana mereka mengamalkan SOP yang sangat ketat serta "sosial distancing" seperti yang disaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi, shopping lah dengan aman dan gembira! 

Akhir sekali, kami di #KLChronicle mendoakan kesejahteraan semua umat Islam di Malaysia dan berharap kita semua dapat menyambut Aidilfitri didalam suasana yang harmoni serta saling bermaaf - maafan antara satu sama lain.  

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget