Sunday, May 31, 2020

Mohd Nizham : 𝗪𝗔𝗡𝗚 𝗚𝗦𝗧 𝗗𝗜𝗥𝗢𝗠𝗣𝗔𝗞? 𝗚𝗨𝗔𝗡 𝗘𝗡𝗚 𝗪𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗠𝗜𝗡𝗧𝗔 𝗠𝗔𝗔𝗙 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨𝗛 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔



Saya merujuk kepada kenyataan daripada Ahli Parlimen Subang, YB Wong Chen di dalam ciapan Twitter beliau yang bertarikh 28 Mei 2020 di mana beliau telah menjelaskan hasil laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkaitan hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Berdasarkan laporan PAC dan juga ciapan beliau di Twitter, saya mendapati bahawa wang dari hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak hilang seperti yang didakwa oleh YB Lim Guan Eng di dalam sidang Dewan Rakyat pada 7 Ogos 2018 dan kita dapat lihat sehingga ke hari ini, YB Lim Guan Eng masih belum dikenakan sebarang tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa termasuklah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.


Kenyataan YB Lim Guang Eng di dalam Parlimen dengan menuduh Kerajaan BN merompak hasil kutipan wang GST itu bukan sahaja biadap malah ia dilihat sebagai satu perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab kerana beliau menggunakan Dewan Rakyat sebagai perisai bagi ‘menghalalkan’ apa sahaja kata-kata yang dirasakan mampu memberi keuntungan politik kepada dirinya.

Kami di Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan ingin mendesak Kerajaan Perikatan Nasional supaya mengambil tindakan tegas ke atas YB Lim Guang Eng supaya ia menjadi satu pengajaran kepada semua ahli parlimen supaya mempunyai sifat bertanggungjawab dan berintegriti dala sebarang tindakan serta tidak dengan sambil lewa mengeluarkan kenyataan yang tidak benar di dalam parlimen. Jika dahulu kerajaan Pakatan Harapan tidak pernah berhenti menyebut tentang “rule of law”, jadi saya rasakan sudah tiba masanya untuk mereka mengetahui apakah erti sebenar “rule of law” dan bukannya “rule of guan eng” yang bersifat selektif.

Harus diingat bahawa tuduhan tidak bertanggungjawab YB Lim Guan Eng terhadap kerajaan BN itu juga merupakan satu bentuk penipuan yang sangat besar kepada rakyat Malaysia di dalam Parlimen. Ia bukan sahaja mengelirukan malah tuduhan tersebut dilihat telah mencemar reputasi negara kita di mata pelabur-pelabur yang seterusnya menjahanamkan ekonomi.

Apa kata dunia bila mana seorang ahli parlimen berstatus Menteri mengeluarkan kenyataan sedemikian yang kemudiannya dibuktikan tidak benar oleh PAC? Kalau saya seorang pelabur, perkara tersebut akan membuatkan saya berfikir seribu kali sebelum membuat pelaburan di Malaysia pada waktu itu. Nasib baik kini negara kita sudah ditadbir oleh kerajaan baru yang mana Menteri Kewangannya jauh lebih baik dan berkelayakan berbanding dengan YB Lim Guan Eng.

Kami turut mendesak YB Lim Guan Eng agar membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk kerajaan BN di atas keceluparan mulut beliau. Beliau seharusnya berhati besar untuk mengakui kesilapan tersebut. Janganlah terus berpeluk tubuh dan berdiam diri membiarkan perkara tersebut berlalu begitu sahaja. Buktikan kepada rakyat bahawa anda adalah seorang ahli parlimen yang bertanggungjawab.

Selain itu, kami sekali lagi ingin mendesak supaya pihak PDRM membuka siasatan terhadap laporan Polis yang telah dibuat oleh YB Khairy Jamaluddin pada 9 Ogos 2018 terhadap tuduhan YB Lim Guan Eng itu. Agak pelik bila mana laporan ini seolah-olah disejukbeku di zaman pemerintahan Pakatan Harapan dan kami berharap kerajaan baru ini benar-benar mengamalkan prinsip “rule of law” dan ini adalah antara satu perkara yang perlu diselesaikan secepat yang mungkin.

25 comments:

  1. Riza Aziz bayar AS$40 juta lebih daripada AS$248 juta, kata Shafee..krrajaan tuntut semula duit bailout beratus billion dan juga perlu dibayar semula pada kerajaan.

    Wang GST dicuri dan wang bailout selamatkan perniagaan anak Tun juga perlu dirampas dan bayar semula pada kerajaan

    Kalau Riza sanggup pulangkan dan bayar balik duit beratus juta ringgit, wang bailout anak anak Tun Mahathir beratus billuon ringgit juga perlu dibayar semula pada Petronas , KWSP, Dana Pencen LTAT dan TH

    Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan untuk melepaskan tanpa membebaskan Riza Aziz daripada 5 pertuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta.

    Pada 14 Mei, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan untuk melepaskan tanpa membebaskan Riza Aziz daripada 5 pertuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta.

    Peguam mewakili Riza Aziz, Muhammad Shafee Abdullah mendedahkan anak guamnya sudah menyerahkan semua aset di Amerika Syarikat dan Malaysia kepada Putrajaya sebagai usaha penyelesaian kes di peringkat global.

    Elok dirampas harta dan hartanah kekayaan anak cucu Tun Mahathir untuk bayar semula wang bailout yang digunakan untuk menyelamatkan kerugian perniagaan anak Tun dahulu.

    ReplyDelete
  2. Maaf2 ni tak main la!

    Harap perkara ni segera dibawa kemahkamah. Lantik Dr Shafee Abdullah sebagai pendakwaraya kerana difahamkan beliau sangat arif dan berpengalaman berkenaan dengan jenayah PENIPUAN!

    InsyaAllah LGE akan kedalam!

    ReplyDelete
  3. Mana lu mau lari Gone End? Australia? New Zealand? Wuhan? kikikikikih

    ReplyDelete
  4. Duit sumbangan org ramai khas utk disedekah kepada anak yatim telah digunakan untuk buat pagar masjid. Sedangkan semasa mesyuarat Pak Imam, Pak Bilal, Tok Siak dan semua anggota jawatankuasa bersetuju sebulat suara duit itu hendaklah di serahkan kepada anak2 yatim, bukan utk tujuan lain. Tapi kemudiannya pak Imam menggunakan duit tersebut utk ganti karpet.

    Apabila tiba hari utk diserahkan kepada anak yatim, tiada duit dlm tabung. Maka semua org berkata Pak Imam rompak tapi pak Imam kata dia x rompak pin. Dia gunakan utk ganti karpet jer. Nanti kita kumpul baliklah duit utk anak yatim tu. Biarlah dorg tunggu lama sikit.

    Mcm otulaj alkisahnya kerajaan BN. Bab salahguna duit x nak cerita tapi marahkan plak siapa yg kata mereka rompak. Nak tutup malu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la tapi belanja beli karpet hanya 10 ribu ngkou lapor dlm penyata 100 ribu. Memang sial la ngkou kaki penipu dan belit sokmur.

      Delete
  5. Gambar yg tular pemimpin Melayu perjumpaan di rumah Tun langsung tidak dijemput Anwar Ibrahim.

    Pada DSAI dan Otai kalau tak faham bahasa jugak maksud tersirat dlm gambar tsb elok bubar kan saja Parti PKR tu..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taik kou la tu perjumpaan pnkianat la bodoh. Tun m pun tak pergi.

      Delete
  6. Guano Eng akan lari masuk terowong ma. Hanya dia yg nampak kat mana terowong berbilion hinggit tu.. huk huk huk hak hak hark tuih

    🏃.....💨

    ReplyDelete
  7. Woi pencuri. Rakyat yg kene tangkap curi susu dan brng curi pun dapat blk masih kene hukum penjara dan denda. Klau disupermarkey kedai tangkap pencuri pun meereka akan hukum bayar blk sepuluh kali ganda dari harga brng.

    ReplyDelete
  8. 50 JUTA SATU UNDI MENUNGGU PELACUR PELACUR POLITIK DI MALAYSIA

    Satu-satunya pilihan 'DO or DIE' yang Dr. Mahathir ada ialah dengan membeli seberapa ramai yang boleh Ahli Parlimen supaya menyokong undi tidak percaya yang akan beliau adakan nanti.

    Ini adalah strategi terakhir dan Dr. Mahathir berada dalam keadaan 'DO' or 'DIE'.

    Sekiranya gagal membeli Ahli Parlimen, Dr. Mahathir bakal mengakhiri karier politik dan mungkin juga hayat beliau dalam keadaan yang cukup hina.

    Bukan sahaja beliau akan diingat sebagai pemimpin yang ditolak oleh gabungan parti dalam Pakatan Harapan, malah ditolak oleh parti yang beliau sendiri tubuhkan.

    Rakyat pula akan mengingati beliau sebagai Bapa Kehancuran Negara.

    Segala jasa-jasa beliau (sekiranya layak dipanggil jasa) selama 22 tahun akan terhapus.

    Deretan kes mahkamah berkenaan salah guna kuasa, rasuah dan AMLA akan menunggu Dr. Mahathir.

    Jadi, untuk mengelakkan itu semua berlaku, beli sahaja Ahli Parlimen.

    Untuk membayar seorang Ahli Parlimen RM10 juta atau RM20 juta atau RM50 juta bukanlah masaalah yang besar bagi Dr. Mahathir yang memiliki kekayaan beratus bilion ringgit.

    Tawar menawar dijangka akan berlaku dan mungkin sedang berlaku sekarang ini.

    Dr. Mahathir pun sudah beberapa kali bagi clue, Muhyiddin mempunyai majoriti yang sangat sedikit, kalau 3 atau 4 orang Ahli Parlimen berpaling tadah, Muhyiddin akan jatuh.

    Broker-broker sedang hadapi hari-hari yang sibuk sekarang ini hingga Parlimen bersidang pada Julai nanti.

    Pelacur-pelacur politik akan menanti-nantikan kedatangan broker kepada mereka.

    Persetankan prinsip dan perjuangan politik dan parti.

    Gambar yang tular di rumah Tun bersama pemimpin Melayu yang hadir kecuali Brother Anwar Bin Ibrahim.

    Kalau otai reformasi dan brother tak boleh juga baca message yang tersirat dalam gambar tu elok Parti PKR dibubarkan terus...!!

    Lu fikir lah sendiri...!!

    ReplyDelete
  9. 10 sebab mengapa peralihan kerajaan tidak akan berlaku:

    Pada hemat saya, terdapat 10 sebab mengapa peralihan kerajaan daripada PH kepada PN tidak akan berlaku dan mengapa PN akan terus berkuasa hingga PRU 15.

    (1) Jika betul cukup nombor, PH tidak akan mendedahkannya kerana ini akan memberi ruang kepada pihak lawan untuk mengatur strategi.

    (2) Jika betul cukup nombor, PH tidak akan mendedahkannya sebaliknya akan terus menghadap YDPA untuk menubuhkan kerajaan.

    (3) Jika betul cukup nombor, PM akan menggunakan peruntukan perlembagaan untuk menasihatkan YDPA untuk membubarkan Parlimen.

    (4) Jika dinasihatkan untuk membubarkan Parlimen, YDPA akan melakukannya dari membiarkan kitaran politiking tak berkesudahan.

    (5) Jika Parlimen dibubarkan, besar kemungkinan PH akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU baru, malah ini diakui oleh pemimpin DAP.

    (6) Jika ini berlaku, imej PH akan jatuh merudum kerana mengingkari titah YDPA supaya tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik.

    (7) Jika Kerajaan PH berjaya dibentuk, ia pastinya bukanlah sebuah kerajaan yang stabil kerana tanpa majoriti besar ia boleh dijatuhkan balik.

    (8) Jika Parlimen dibubarkan, ramailah Ahli Parlimen dari PH sendiri yang tidak akan ada peluang untuk menikmati pencen sebagai Ahli Parlimen.

    (9) Jika Parlimen dibubarkan, PN mempunyai kelebihan yang besar dalam PRU baru kerana ia akan berperanan sebagai caretaker government’.

    (10) Jika Parlimen dibubarkan, besar kemungkinan PH akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU baru berdasarkan sentimen semasa rakyat.

    Bahawa PH akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU baru jelas diakui oleh pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew, yang menyebut:

    “In the event of dissolution of Parliament, the risk of losing power to PAS and UMNO/MCA/MIC is very real” (“Jika berlaku pembubaran Parlimen, risiko kalah kepada PAS dan UMNO/MCA/MIC adalah sangat nyata”).

    Cakap-cakap “cukup nombor” ini sebenarnya hanyalah psy-war PH untuk menakutkan Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN PH dari terus menyertai PN sahaja.

    Oleh: Dr Kamarul Zaman Yusoff

    ReplyDelete
  10. Tak guna cakap berdegar-degar, seandainya Melayu tak tahu hormati Melayu, dan selagi Melayu tak faham erti penyatuan, selagi itulah kita akan diperkotak-katikkan oleh si Harbi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyatuan APA....????

      Penyatuan isi tembolok...??
      Semua pengundi dah faham sangat dgn matlamat perjuangan isi tembolok dgn menggunakan slogan "Penyatuan Melayu".

      Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut celah gelegar. Menjerit, melalak kurang ajar. Maruah hilang tinggal kelenjar.

      Delete
    2. Bisingnya Cina RBA Parti BiaD4P ni. Jangan lah cuba nak melaga lagakan Melayu. Go crawl into the Penang Terowong

      Delete
  11. Your name Cik Minah or Yeo Kang Kang?

    ReplyDelete
  12. Tulisan Tun Dr Mahathir sumber dari Blog Laman Reformasi.

    Kes 1MDB belum selesai dah mahkamah belum menjatuhkan hukuman tetapi Tun Mahathir sudah mendahului mahkamah, sudah menjatuhkan dan memfitnah sebagai pencuri sedangkan rakyat tahu kes ini ditangguh berapa kali oleh pendakwaraya.

    Adilkah sesorang dituduh pencuri sedangkan kes nya di mahkamah sedang berjalan..!?

    SIKAP SI BACOL YANG TERDESAK...!!

    Dari Laman Reformasi sebahagian sedutan tulisan Tun..

    1 Jun 2020

    1. Rupa-rupanya ramai juga orang Malaysia yang sanggup menerima pemimpin yang telah curi berbillion duit Kerajaan.

    2. Di antara mereka ialah pemimpin dan ahli Parti Bersatu yang dahulu menyertai Bersatu konon kerana berhasrat menjatuhkan Perdana Menteri yang curi berbillion duit Kerajaan.

    Tun Mahathir

    TAHUKAH ANDA KES 1 MDB AKAN DITUTUP..!?


    Kes 1MDB sedang digulung penghujahan dan akan Ditutup. Pendakwa Terkial-kial Mencari Bukti.. Siapa VVIP Malaysia yang dimaksudkan oleh kerajaan Amerika Syarikat

    Konspirasi Politik Menjatuhkan Dato Seri Najib Dengan Isu IMDB Bakal Mengejutkan Rakyat Malaysia. Nanti ada si celaka fitnah jijik buat buat terkejut.

    Maklumat dari Department of Justice Amerika Syarikat menemui bukti terdapat pembabitan bekas peguam negara itu, Lorreta Lynch yang didapati bersekongkol dengan beberapa individu penting dari malaysia untuk hanya menjatuhkan DSNR berkaitan isu IMDB.

    Maka, berdasarkan kepada perkembangan dari Department of Justice Amerika Syarikat, kes ini akan ditutup sedikit masa lagi kerana tiada keperluan untuk meneruskannya berikutan terlalu banyak kelemahan berlaku. Yang paling ketara bilamana pihak pendakwa TERKIAL KIAL mencari bukti yang tidak WUJUD untuk dipersembahkan kepada pihak mahkamah.

    Doakan Semua Rakyat Malaysia.

    Ia diperkuatkan lagi dengan pembabitan NGO berprofil tinggi di Amerika Syarikat milik George Soros open society dan Clinton Global Foundation.

    Siapa yang bersalaman dan bersama George Soros dlm kes. 1MDB. 22 tahun dulu ada VVIP ini kata George Soros ini moron penyangak matawang bila kalah judi Forex 32 billion.

    Komplot ini dirancang sebelum PRU14 bagi memastikan DSNR dan kerajaan BN KALAH dalam PRU14 dan seterusnya membuka jalan mengheret bekas PM itu ke mahkamah sebagaimana yang dirancang.

    Namun demikian DOJ Amerika Syarikat GAGAL menemui bukti untuk mensabitkan Dato Seri Najib berkaitan IMDB sehinggalah mereka melakukan siasatan dalaman dan mereka menemui terdapat pengibatan secara langsung oleh peguam negara Amerika Syarikat Lorreta Lynch dengan VVIP dari Malaysia.

    Dipercayai dari parti pembangkang semasa PRU14 mensasarkan tuduhan fitnah jijik PALSU semata mata untuk menjatuhkan Dato Seri Najib.

    Jelas kes ini didapati CACAT sekaligus menimbulkan elemen elemen yang hanya BERPAKSIKAN REKAAN dan tiada sabitan kukuh disebabkan banyak keraguan.

    Lorreta Lynch mungkin sudah dibayar oleh VVIP dari Malaysia ini. Ingat budak suruhan dan peguam VVIP dulu pernah datang ke USA urusan kes 1 MDB.

    Dari hari pertama PH bentuk kerajaan dan pasca peralihan dannkempen sebelum PRU 14 hati aku sudah terdetik ini rancangan sang fitnah jijik dan from thr day one lagi aku dah tulis "Kerajaan Yang Diasaskan Persepsi Dan Fitnah Jijik Tidak Kekal Lama"

    Nampak nya sumpah laknat dah makan sang penguasa zalim fitnah jijik. Nampaknya sang fitnah jijik kepanasan sekarang ini.

    ReplyDelete
  13. Tuan,puan warga yang bijak bistari....
    Sebenarnya saya sangat terkejut dan kecewa kerana ramai orang Melayu tidak dapat menggunakan akal yang Allah kurniakan untuk berfikir dengan WARAS.
    Ramai yang terperangkap dengan api perkauman dan istilah agama yang sempit...
    Jadi kemuncaknya, yang baik dikatakan jahat dan begitulah sebaliknya.
    Akhirnya orang Melayu takkan maju maju dan berjaya kerana terpaksa berfikir mengikut otak pemimpin bangsa MELAYU dan pemimpin 'AGAMA' yang mementingkan dunia.
    Marilah, orang-orang Melayu yang beragama Islam menumpukan kepentingan agama, bangsa dan negara agar menolak sebarang keburukan, kejahatan, jenayah, rasuah.....
    Pertimbangkan berlandas fakta dan kebenaran.
    Terimalah kebaikan,idea bernas walaupun daripada orang yang anda benci.
    Tolaklah pemimpin yang tiada prinsip, tidak amanah, suka berkhianat, suka bermusuh, tidak menepati janji, suka bercakap tetapi selalu menipu, dan yang hanya pentingkan diri dan kuasa sahaja.
    Ingatlah kita hidup, hanya sementara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Saya setuju. Itu sbb kita kena tolak parti rasis BiaD4P yg ingin menghancurkan agama & bangsa kita. Orang Islam tak rasis. Tapi jgn sekali kali orang kafir nak melaga lagakan kita dan memujuk rayu. Hanya Melayu bodoh saja yg akan termakan janji janji manis mereka. Atau mereka sudah termakan dedak yg ditaburi oleh kaum rasis ini. ATAU mereka berlakon yg mereka ini Islam atau Melayu. Sebenarnya mereka ni RBA Parti rasis BiaD4P. Berpura pura

      Delete
  14. Assalamualaikum warahmatullah wabaraqatuh..
    Saya mencari perawat disekitar, untuk rawatan secara dekat, saya termakan makanan yang sudah dikenakan ilmu guna-guna, setiap hari ada saja benda halus di hantar kepada saya..
    email saya, nombor pengamal perubatan : tubuhsatu@gmail.com

    ReplyDelete
  15. Guane Eng dah kepanasan tu. Sikit hari lagi kena dakwa le. Nak lari dah tak boleh dlm situasi PKPB ni.. kuikuikuikui!!!

    duduk! jangan lari 🚷

    ReplyDelete
  16. Nasihat dua pocen dari ako

    Bring it on atok..!!

    Kerusi-kerusi Parlimen PH yang bakal lingkup jika Parlimen dibubarkan July 2020 ini atau yang mana lebih dulu :

    1. Kangar
    PH = 20,909
    BN + PAS = 23,771

    2. Jerlun
    PH = 18,695
    BN + PAS = 25,242

    3. Kubang Pasu
    PH = 29,984
    BN + PAS = 30,350

    4. Pokok Sena
    PH = 28,959
    BN + PAS = 41,791

    5. Kuala Kedah
    PH = 36,624
    *lBN + PAS = 36,624

    6. Merbok
    PH = 30,902
    BN + PAS = 40,448

    7. Sungai Petani
    PH = 45,532
    BN + PAS = 46,723

    8. Padang Serai
    PH = 31,724
    BN + PAS = 38,360

    9. Kulim Bandar Baharu
    PH = 23,159
    BN + PAS = 31,184

    10. Parit Buntar
    PH = 16,753
    BN + PAS = 25,967

    11. Tambun
    PH = 38,661
    BN + PAS = 48,289

    12. Lumut
    PH = 21,955
    BN + PAS = 31,690

    13. Tanjung Malim
    PH = 24672
    BN + PAS = 29,625

    14. Raub
    PH = 20,659
    BN + PAS = 25,366

    15. Indera Mahkota
    PH = 28,578
    BN + PAS = 35,143

    16. Kuantan
    PH = 22,807
    BN + PAS = 28,363

    17. Temerloh
    PH = 23,998
    BN + PAS = 36,828

    18. Bentong
    PH = 25,716
    BN + PAS = 29,390

    19. Sungai Besar
    PH = 17,350
    BN + PAS = 23,856

    20. Hulu Selangor
    PH = 40,783
    BN + PAS = 44,012

    21. Kuala Selangor
    PH = 29,842
    BN + PAS = 29,879

    22. Kapar
    PH = 47,731
    BN + PAS = 57,837

    23. Kuala Langat
    PH = 43,239
    BN + PAS = 44,858

    24. Titiwangsa
    PH = 23,840
    BN + PAS = 26,546

    25. Kuala Pilah
    PH = 18,045
    BN + PAS = 22,192

    26. Tampin
    PH = 22,435
    BN + PAS = 26,031

    27. Tangga Batu
    PH = 32,420
    BN + PAS = 36,722

    28. Sri Gading
    PH = 21,511
    BN + PAS = 22,771

    29. Tanjung Piai
    PH = 21,255
    BN + PAS = 23,693

    30. Putatan
    PH = 14,106
    BN + PAS = 14,201

    Jika dicampur jumlah kerusi

    BN 79 + PAS 18 + 30 = 127 Kerusi Parlimen
    Kalau + GPS 19 + Bersatu 18 = 164

    FORMULA PH MELINGKUP = PAS + UMNO + TEPOK

    ReplyDelete
  17. heret anak Kiet Sial ke muka pengadilan... biar padan muka mereka anak beranak.. 🤬🦶

    ReplyDelete
  18. SAYA MENYAMBUT ANDA SEMUA DI PAGE INI
    INI IALAH CERITA SAYA

    Saya MURNI SANTI, seorang wanita, ibu, kakak dan rakan dari (Bekasi), Indonesia, saya seorang PENGURUS ESTATE SEBENAR dan saya mengalami banyak tekanan kewangan baru-baru ini, tidak ada yang mahu meminjam wang kepada kami untuk menyelesaikan projek komersial kami yang telah dibina dalam beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa syarikat pinjaman palsu yang menuntut sejumlah besar wang daripada saya tanpa kami menerima pinjaman.

    Saya kecewa, suami saya berusaha sebaik mungkin dan menolong, saya akan membunuh diri kerana kesakitan, terlalu berat untuk ditanggung dan saya kehilangan harapan, sehingga saya diperkenalkan kepada SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL sebuah syarikat pinjaman yang ditaja oleh bank dunia itu sendiri.

    Saya memutuskan untuk memohon pinjaman dan menghubungi syarikat itu, pegawai pinjaman mereka yang benar-benar memberi saya harapan dan memberitahu saya jangan bimbang syarikat itu akan meminjamkan wang kepada saya, walaupun jumlah yang saya perlukan sangat besar, dan semua yang saya dapat berikan kepada mereka keperluan yang merupakan beberapa maklumat peribadi, yang saya lakukan.

    Saya melalui semua proses, mereka berjanji akan meminjamkan wang yang saya minta setelah mengesahkan saya layak untuk mendapat pinjaman, saya diminta untuk menunggu, yang paling mengejutkan adalah pinjaman yang dimasukkan ke dalam akaun saya dan saya mengesahkannya .. Kami syarikat kembali dari segi kewangan dan keluarga saya berjaya dengan baik ini menjadikan hidup saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan semua PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL
    GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com

    UNTUK MENGHUBUNGI SAYA
    NAMA Syarikat: SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL
    EMAIL Syarikat: allglobalgrantloan@gmail.com.
    Whatsapp Syarikat: +1(304)997-4034
    Nama Saya: MURNI SANTI
    E-mel Saya: murnisanti55@gmail.com

    ReplyDelete