Saturday, May 30, 2020

Datuk Mohd @RazlanRafii : Anda Sudah Jadi Perdana Menteri Hampir 24 Tahun, Apa Lagi Tak Cukup?


 
1. Saya merujuk kepada tindakan mantan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang semalam telah membuat satu sidang media di mana beliau secara jelas mengingatkan akan mengambil tindakan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

2. Pada 7 May 2020, Tun M telah menghantar notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perkara ini dilakukan untuk menggugat kestabilan kerajaan, mewujudkan pergaduhan dan pertelingkahan di antara pemimpin politik dan akhirnya menggulingkan kerajaan TSMY. 


3. Kedua – dua tindakan Tun M ini adalah tidak lain dan tidak bukan dilakukan demi kepentingan politik beliau sendiri. Beliau nampaknya tidak boleh menerima kenyataan bahawa beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri setelah meletakkan jawatan pada 24 Februari 2020. Malah, Tun M sendiri meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri tanpa dipaksa oleh mana – mana pihak.

4. Bukan itu sahaja, pada 24 Februari 2020 Tun M juga telah meletakkan jawatan beliau sebagai Pengerusi PPBM. Dengan perletakan jawatan tersebut, beliau secara automatic hanya bergelar seorang ahli Parlimen tanpa jawatan di dalam kerajaan mahupun parti. Ini merupakan satu fakta yang sahih, benar dan jelas serta dilaporkan di semua medium media di negara ini. 

5. Namun, sekarang Tun M seperti manusia yang sudah hilang pedoman. Beliau dengan sedaya upaya mahu menggulingkan Perdana Menteri dan memecat TSMY sebagai Presiden PPBM. Adakah menggulingkan Perdana Menteri dan memecat TSMY sebagai Pengerusi parti merupakan satu tindakan yang boleh memberi manfaat kepada rakyat? Sudah tentunya tidak. Mereka yang untung atas tindakan Tun M adalah tetap anak – anaknya juga, kroni serta parti DAP & PKR. 

6. Tun M harus sedar bahawa politik negara ini tidak hanya berkisar tentang kelangsungan perjalanan politik serta kepentingan anak dan kroni – kroni beliau sahaja. Di kala negara dilanda pandemik Covid – 19, ketidakstabilan ekonomi, kejatuhan harga minyak serta kes pengangguran yang semakin meningkat, kerajaan harus terus fokus menyelamatkan serta memperbaiki keadaan ekonomi negara. Kita tidak ada masa sebenarnya untuk bermain politik seperti yang dilakukan oleh Tun M dan kuncu-kuncunya.

7. Walaupun dengan peralihan sokongan 4-5 orang Ahli Parlimen PPBM kepada pasukan Tun M ianya tidak akan menjamin beliau akan menjadi Perdana Menteri semula. Beliau harus sedar bahawa selepas tersebarnya klip audio mesyuarat PPBM di mana Tun M dengan jelas mengatakan bahawa beliau tidak suka Anwar Ibrahim dan DAP. Itu adalah isyarat jelas Tun M tidak ikhlas bersama-sama PKR dan DAP. Mereka mungkin boleh duduk semeja dan senyum mengangkat tangan tapi adakah PKR dan DAP tidak bersedia sekiranya mereka merasa bakal ditipu buat kali ke berapa oleh Tun M dan melantik dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri ke-9?  

Sudah tentu tidak sama sekali. Malah sekarang, Tun M juga bukan lagi Ketua Pembangkang tetapi Anwar Ibrahim. 

8. Tun M harus peka akan nasib rakyat di negara ini yang kini berada di dalam ketidaktentuan pendapatan. Kerajaan TSMY sedang berusaha membantu rakyat dan juga menangani wabak Covid – 19, maka biarlah kerajaan yang ada berkhidmat untuk rakyat. Sebelum ini Tun M pernah berkata bahawa beliau sayang akan negara ini dan mahu lihat negara ini stabil dari segi ekonomi dan politik, maka inilah masa dan ketikanya Tun M duduk diam-diam dan bantu kerajaan sedia ada.

9. Rakyat telah sedar bahawa tujuan tersirat Tun M adalah cuba mewujudkan keadaan kucar kacir dan melaga-lagakan semua lawannya dan akhirnya beliau akan mendapat keuntungan tersebut. Disebabkan keadaan politik yang tidak keruan dan akhirnya akan menyebabkan ekonomi negara kembali merundum dan malah boleh jadi lebih teruk. Perkara ini sudah tentu tidak menguntungkan rakyat dan pelaburan asing. 

10. Sudah – sudah lah Tun M. Anda sudah menjadi Perdana Menteri hampir 24 tahun. Anak – anak anda sudah bergelar jutawan dan keluarga anda juga hidup senang. Apa lagi yang tidak cukup? Khidmat anda sudah tidak diperlukan lagi. Negara ini bukan bernama Malaysia bukannya Mahathir, maka jangan peralatkan negara seperti milik peribadi.

Sekian, terima kasih.

DATUK MOHD RAZLAN RAFII
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh

18 comments:

  1. Atok tu cuma nak alih fokus rakyat jer dlm isu atok dipecat.

    Konon2nya atok nak tunjuk power seolah2 dia 'memberontak' agar nampak atok tak khianat Anwar dan pH selama ini.

    Berdramalah atok selagi boleh berdrama bagi tunjuk sikit pada khalid dan mat sabu rasa teruja.

    Semua tahu Atok perancang utama sehingga pH tumbang.

    Kalau Atok benar2 ingin menentang Muhidin dan PN..dengan jumlah mp 129 yg dikatakan melebihi jumlah mp pn...atok dan bang non silakan mengadap YDP Agong utk tukar kerajaan sekarang. Tak perlu tunggu Julai ini

    Kalau dah tukar pastinya Anwar yg ada majoriti dlm pH sebagai PM dan bukannya tua nyanyuk nie.

    Itu jer...

    Kpd mahacai2 yg bodoh bistari, drama Atok kau tu rakyat senang sangat nak baca.

    Jalan ceritanya dah basi direcycle kembali agar menampakkan Atok lah manusia yang paling suci dan terbaik di alam maya ini dan orang lain semua salah.

    Tak dpt tambat hati Anwar dan DAP yg tahu strateginya...sekurang2nya dpt ambik hati mahacai2 bodoh bangang bistari di luar sana pun cukup lahh..

    kikikiki..

    Yes, there is no such thing as ‘129 MPs’, but something is definitely cooking

    So Brother Anwar Bin Ibrahim if you say it 129 MPs on your side now...

    Bring SD to Agong now....!!! No need to wait until July...

    Bring it SD to Yang Dipetuan Agong now. Atok dont acah acah power lagi atok... Bring it on

    ReplyDelete
  2. Manusia yg waras, bila umur dah melebihi 90 thn akan lupakan hal dunia, dia akan ingat akhirat je. Hari2 dok atas tikar sembahyang. Menangisi atas kesilapan & dosa lampau. Dan, kalau nak melancong pun, akan ke Mekah. Tapi Atok sorang ni, makin tua makin kemaruk lagi dia nak sakau semua. Insaflah! Tak selamanya akan menongkat langit..

    ReplyDelete
  3. Meroyan kat sini ibarat TIN KOSONG. Mahyidin should fight his own battel bukan mintak blogger tepi longkang fight for him. Mahyidin dah tak bertelor ke...?
    Kata nak jumpa Tun Mahadir, sesangat. Now, why din't you go to Ibu Pejabat PPBM and fight your own battle. Tun M tengah tunggu tu.


    Who is this feller Mohd Razlan Rafi...?????

    Never heard of him before.
    Lebih baik Rafizi Ramli yg bersuara. At least Rafizi banyak jasa as wistle blower. This feller Md Razlan, who are you...???

    Kalau dia bertelor, pergilah ke IBU PEJABAT BERSATU, jumpaTun M face to face. Keluarkan isi hati. Jangan ting-tong guna blogger longkang to voice your disatisfaction.

    Ada berani...???

    Kalau tak berani, bacol. Just shut up!

    Takda siapa nak baca blog longkang ni. I only read the tajuk.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau setakat baca tajuk lps tu nak komen memang sah dasar macai ph. Apa lagi yg blh diharapkan kpd macai longkang yg menenggek ditempat org tanpa dijemput

      Delete
    2. Siapa cikminah bodoh ni???
      TSMY sekarang sedang dikuarantin la mangkuk....
      Yg kau jadi anjing suruhan Atok/PH/DAP yg sedang karam kenapa bodoh sgt??...
      Kita rakyat Malaysia syukur sgt2 sbb all these idiots dh tumbang...

      Delete
  4. RatooNagaPHancingMay 30, 2020 at 1:01 PM

    Hahahaha

    cikminah takde sesiapa paksa ko to leave a stupid comment here.

    Rasa tercabar ke Kerajaan PN semakin disayangi rakyat dan DAP-ph semakin dibenci?

    PRU nanti rakyat tak akan buat silap kali kedua mengundi PH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan layan Cik Minah tu. Nama dia bukan Cik Minah. Nama dia Yeo Kang Kang. RBA parti BiaDAP.

      Delete
  5. Mau jugak cikminah baca tajuk ya? Bagus le mcm tu.. nampak ada keinginan nak dekati kerajaan PN walaupun komen cikminah bertaraf longkang & bangang.

    Kpd cikminah, ini ada satu lagu utk you layan sambil makan super ring... kikikikikiki ♫ ♪

    https://www.youtube.com/watch?v=r2v8ktLH3lo

    ReplyDelete
  6. Sekarang ni zaman cutting edge technology, sangat berkembang pesat. Hari ni macam ni esok mungkin sudah tidak relevan lagi.

    Tak perlu pun jumpa bedepan face to face dengan ATuk untuk memecat, cukup dengan sekadar sepucuk surat yang diemailkan!

    Macam syarikat2 yang membuang pekerja2 mereka, dengan sekadar hanya dengan sepucuk surat.

    Atuk sudah meroyan ke apa?

    Kah..kah..kah...

    ReplyDelete
  7. CIKMINAH GILA, MACAM ATOK YG DIPUJANYA TU. SAMA2 AKAN MASUK LONGKANG NANTI. RAKYAT AKAN BERTEPOK GUMBIRA. PADAN MUKA. GATAL NAK LETAK JAWATAN SANGAT. DAH TUA PUN BODOH. USIA DAH DI PENGHUJUNG MALAM PUN LAGI MAU BERKUASA. PODAHHHH!!!!! RAKYAT DAH MELUAT & BENCI LAH... 🤮🤮👎

    ReplyDelete
  8. Cik Minah Kontot kat Blog KD bolehlah ...kat sini ko kena hentamlah....Aku hantar kat Blog KD ...satu pun dia tak layan....takut le tu..sebab Saka dia kena hentam...

    ReplyDelete
  9. Atok tu bukan tak cukup apa...

    Cuma si Saka tu tak sedau2 diri...tak ingat nak mati...mendongkat langit...hati kelam tak boleh nak diubati lagi....

    ReplyDelete
  10. Angka 129 tu sebenarnya ialah khayalan sorang blogger cap ayam penjilat tegar pakatan hancing penipu pelingkup negara .. kah kah kah.Kenapa setakat 129 mp.. Kenapa tak sebut 222 mp terus... Mandat rakyat kononnya... Munasabahlah p ramlee cakap dah tua pun bodoh!

    ReplyDelete
  11. Negara ini bukan bernama Malaysia bukannya Mahathir, maka jangan peralatkan negara seperti milik peribadi.


    ...inilah ayat yg paling 'WIN'...

    ReplyDelete
  12. http://brojinggo.blogspot.com/2020/05/mengejutkan-tun-mahathir-arah-sekat-dap.html

    Kepada Cik Minah dan RBA DAP..hadamkan lah apa kata insan ini..takyah la nak serang TSMY..hadamkan betul-betul DALANG KEPADA SEGALA DALANG DALAM PERTELINGKAHAN INI..MADEY akan guna segala Kuasanya untuk Menjahanamkan orang lain serta jadikan alasan untuk SELAMATKAN RAKYAT..sekarang siapa yang SELAMATKAN SIAPA..MADEY lihat lah cermin..rasalah kedut-kedut di wajah tu..adakah petanda KEDUT-KEDUT itu masih tak mampu memberi peringatan lagi pada mu MADEY..

    ReplyDelete
  13. cikMinah & Atok sama2 dah menapous. Pencen je lah, duk rumah main dgn cucu cicit! Harta melimpah ruah, 10 keturunan makan tak habis!

    ReplyDelete
  14. lima jahanam dah kena tendang

    ReplyDelete
  15. SAYA MENYAMBUT ANDA SEMUA DI PAGE INI
    INI IALAH CERITA SAYA

    Saya MURNI SANTI, seorang wanita, ibu, kakak dan rakan dari (Bekasi), Indonesia, saya seorang PENGURUS ESTATE SEBENAR dan saya mengalami banyak tekanan kewangan baru-baru ini, tidak ada yang mahu meminjam wang kepada kami untuk menyelesaikan projek komersial kami yang telah dibina dalam beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa syarikat pinjaman palsu yang menuntut sejumlah besar wang daripada saya tanpa kami menerima pinjaman.

    Saya kecewa, suami saya berusaha sebaik mungkin dan menolong, saya akan membunuh diri kerana kesakitan, terlalu berat untuk ditanggung dan saya kehilangan harapan, sehingga saya diperkenalkan kepada SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL sebuah syarikat pinjaman yang ditaja oleh bank dunia itu sendiri.

    Saya memutuskan untuk memohon pinjaman dan menghubungi syarikat itu, pegawai pinjaman mereka yang benar-benar memberi saya harapan dan memberitahu saya jangan bimbang syarikat itu akan meminjamkan wang kepada saya, walaupun jumlah yang saya perlukan sangat besar, dan semua yang saya dapat berikan kepada mereka keperluan yang merupakan beberapa maklumat peribadi, yang saya lakukan.

    Saya melalui semua proses, mereka berjanji akan meminjamkan wang yang saya minta setelah mengesahkan saya layak untuk mendapat pinjaman, saya diminta untuk menunggu, yang paling mengejutkan adalah pinjaman yang dimasukkan ke dalam akaun saya dan saya mengesahkannya .. Kami syarikat kembali dari segi kewangan dan keluarga saya berjaya dengan baik ini menjadikan hidup saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan semua PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL
    GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com

    UNTUK MENGHUBUNGI SAYA
    NAMA Syarikat: SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL
    EMAIL Syarikat: allglobalgrantloan@gmail.com.
    Whatsapp Syarikat: +1(304)997-4034
    Nama Saya: MURNI SANTI
    E-mel Saya: murnisanti55@gmail.com

    ReplyDelete