Wednesday, May 13, 2020

Bahagian 1 : Dari Jalanan Ke Atas Tilam. Terima Kasih Tan Sri @AnnuarMusa #KitaJagaKita #Covid-19



Apabila Malaysia mula menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiba-tiba banyak pihak mula bersuara akan nasib gelandangan-gelandangan yang mungkin tidak ketahui keadaan semasa dunia dan barangkali akan terkena jangkitan Covid-19 secara tidak sedar.

Segalanya tiba-tiba berubah apabila Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa segera respon akan perkara ini. YB Menteri mahu tindakan ‘menyelamat’ segera dilakukan kepada golongan ini. Bilangan yang dianggarkan kurang daripada 300 orang namun setelah diperincikan, jumlah sebenar mereka meningkat lebih 1,000 orang.


Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan beberapa agensi kerajaan segera mewujudkan pusat-pusat transit gelandangan sepanjang tempoh PKP ini. Di pusat ini, mereka dibantu dari pelbagai sudut terutama penyediaan makanan berkhasiat, tempat tinggal, khidmat kaunseling, kerohanian, ajar mereka kebersihan diri dan beri keyakinan serta menyediakan aktiviti untuk mengisi masa lapang bagi mengelakkan mereka kembali ke jalanan.




Pusat-pusat transit gelandangan telah ditambahbaik dengan setiap penghuni diberikan cubicles untuk keselesaan dan mempunyai ruang peribadi mereka sendiri. Pendek kata, dari hujung rambut hingga hujung kaki segala ditanggung oleh pihak kerajaan.

Bersambung..

Sumber: https://www.facebook.com/100004447811368/posts/1585542508270661/

4 comments:

  1. Gelandangan di Kuala Lumpur sekitar 2 ribu kurang lebih.. mana pergi billionaire Malaysia bantuan kewangan, pekerjaan dan kesihatan utk asnaf zakat .. sekurang bantuan seperti ini dan bantuan orang kaya ini sudah jadikan sifar gelandangan...

    ReplyDelete
  2. Aku ingat boboi ni kena semah dan mandi bunga 7 air telaga..

    Wawasan 2020 nampaknya sumpah laknat yang Najib buat sudah dimakbulkan Allah.

    Katalah boboi tergolek, ini sudah dua kali boboi digulingkan dari jawatan Menteri Besar, boboi mencatat record dalam Malaysia dua kali jadi MB, dua kali tergolek dog.

    PN kedah sudah memaklumkan perkara itu kepada DYMM Sultan Kedah.

    Jadi sekarang kita hanya menunggu keputusan dari DYMM Sultan.

    Kalau berlaku peralihan kuasa di Kedah, Alhamdulilah syukur.

    Next target ialah Negeri Sembilan.

    Boboi naik pasal dia berbinkan Mahathir, kalau dia berbinkan orang lain, dah lama melingkop.

    Ingat, kalau ini berlaku, dua kali jadi MB, dua kali dia digulingkan hadiah wawasan 2020 tu.

    Aku ingat boboi ni kena mandi bunga la...

    ReplyDelete
  3. Tahniah Tan Sri Annuar!!
    Menteri dulu tak buat kerja, asyik korek hidung & naik belon panas ja. Eh, siapa Menteri dulu tu? Si Kalid kah? kikikiki

    ReplyDelete