Thursday, May 14, 2020

Bah. 2 : Keluarga Sedia Terima Golongan Gelandangan Hasil Usaha TS @AnnuarMusa #KitaJagaKita



Inilah hikmah apabila YB Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa tegas membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Selepas diselamatkan oleh pihak berkuasa tempatan, golongan ini terus ditempatkan di pelbagai pusat transit gelandangan di seluruh Wilayah Persekutuan.



Percaya ataupun tidak, lebih 150 orang gelandangan kini telah kembali kepada keluarga mereka. Antaranya keluarga datang mencari waris mereka di pusat-pusat transit ini dan ada yang berjaya dihubungi oleh pihak agensi kerajaan.

i. Ada kalangan gelandangan yang terpisah dengan keluarga dek kerana merantau ke tempat lain dan terputus hubungan.


ii. Ada juga kes di mana mereka malu untuk kembali namun keluarga berbesar hati menerima mereka.

iii. Ada juga kes yang mana mereka terlihat saudara kandung yang telah terpisah 20 tahun di dalam kaca televisyen semasa pihak stesen penyiaran membuat liputan.

Tiada siapa yang mahu menjadi gelandangan dan sebenarnya mereka sendiri berasa malu apabila diberi 'perhatian' pelbagai pihak. Mereka merasakan diri mereka 'tiada nilai'. Berikut kategori gelandangan pada pengamatan saya.

1. Gelandangan Terpaksa - akibat ditipu majikan atau tiada arah tuju disebabkan tidak sesuai bekerja di sesuatu tempat seperti jawatan Pengawal Keselamatan yang pada asalnya menyediakan asrama. Gelandangan yang terkandas akibat kecurian dompet atau yang lari dari kampung halaman atas pelbagai sebab dan sebagainya.

2. Gelandangan Kesunyian - warga emas yang merasa sunyi tinggal berseorangan di rumah tanpa anak² atau keluarga. Ahli keluarga jarang pulang menjenguk tanya khabar. Ada juga kes tidak mahu menghantar ke rumah penjagaan orang-orang tua kerana risau dikenakan caj bayaran yang mahal dan sebagainya termasuk dengan persepsi masyarakat sekeliling.

3. Gelandangan Sakit Jiwa - mereka yang mempunyai masalah mental atau tekanan antaranya rugi dalam bisnes, pasangan berlaku curang dan sebagainya.

4. Gelandangan Tetap - kategori ini punya pekerjaan atau sumber pencarian tetapi tidak sampai tahap kemampuan untuk mencari tempat berteduh. Pernah juga dikesan sebelum ini, mereka tinggal di bawah jambatan tepi sungai namun sebelah siang pergi bekerja seperti biasa.

Hikmah pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan saja terpakai kepada kita yang tidak perlu ke pejabat dan boleh meluangkan banyak masa bersama ahli keluarga di rumah. Namun ianya satu rahmat yang besar untuk golongan kurang bernasib baik ini untuk diberikan perhatian sebaik²nya. Semoga kita dilimpahi keberkatan dan dilindungi daripada penyakit ini oleh Allah S.W.T.

Bersambung..

1 comment:

  1. Bagus TS Annuar & kerajaan PN.
    Kalau nak harapkan PH & Lid Semak tu, makin meningkat le jumlah gelandangan kat KL. Mujur PH tersungkur awal. Dah tamat 22 bulan yg penuh derita & musibah kpd seluruh rakyat Malaysia. Syukur!!! 😌🤲

    ReplyDelete