Tuesday, September 17, 2019

MAHB Bakal Tergadai Kepada Bangsa Asing?


Terkejut dengan statement Chegu Bard  melalui Facebook  bahawa Khazanah Malaysia  dalam proses akhir penjualan  kepentingan Kerajaan kepada satu pihak swasta negara asing. Saya percaya Syarikat  Vinci & Gatwick Airports dalam perundingan dengan Khazanah sapertimana laporan awal Julai di FMT & The Malaysian Reserve. 

Sekiranya  ini benar ia adalah pengkhianatan kepada negara dan bangsa terutama sekali bumiputra.   



Ini nampaknya adalah muslihat dan konspirasi beberapa pihak dalam Kerajaan dan Khazanah dan dipengarauhi oleh satu pihak swasta yang ingin melihat satu satu institusi bumiputra yang agak berjaya dan terkenal seluruh dunia hancur ranap.

Daripada beberapa syarikat kepunyaan Khazanah, MAHB telah  diiktiraf oleh Khazanah sendiri  (dari laman webnya) bahawa  MAHB  dari tahun 2004 hingga 2017  sebagai syarikat yang memberi “shareholders returns yang  tertinggi setahun” iaitu 17.3% berbanding dengan semua syarikat seperti TNB (9,9%), TM (15,2%), Axiata (2.7%) , UEM (9.3%)  dan IHH (14.9%).  Oleh yang demikian apa logiknya nak divest kepentingan dalam satu aset strategik yang terkenal  sebagai satu kumpulan syraikat pengendali lapangan terbang  ke-4 terbesar dunia. 

Pengalaman lepas saya sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan yang sentiasa berkerja  rapat dengan pihak pengurusan MAHB  mendapati MAHB dipimpin oleh satu pasukan profesyional yang disegani oleh negara asing yang lain.  Sepertimana diketahui umum MAHB juga diberi kepercayaan oleh Kerajaan Turki memiliki dan mengendali Lapangan Terbang Kedua terbesar diTurki  iaitu Sabiha Gochken Istanbul.  

Selain daripada ini,  MAHB juga diberi kepercayaan untuk  mengendali fasiliti di lapangan terbang antarabangsa Hamad, Doha  salah satu lapangan terbang antarabangsa terbaik dunia.    Saya juga terlibat dengan perbincangan awal dengan Kerajaan Arab Saudi mengenai pembidaan projek lapangan terbang Jeddah yang baru.  Orang Arab memang berminat untuk mendapat kepakaran MAHB untuk mengendali lapangan terbang Jeddah yang baru dan MAHB telah disenarai pendekkan. 

Saya sedar sejak dulu lagi ada satu pihak yang sentiasa memperlekehkan keupayaan MAHB dan mencari jalan untuk memburuk burukkan agar dia dapat mencapai objektifnya memperolehi satu lapangan terbangnya sendiri. Insiden masalah network  KLIA  baru baru ini itu juga menjadi tanda tanya samada  ini semua sebahagian konspirasi tersebut.  Laporan media masih tidak menolak kemungkinan sabotaj.

MAHB sebagai satu syarikat yang berjaya patut diberi galakkan untuk mereka mencebur diri dipersada  antarabangsa kerana banyak negara ditimur tengah dan Afrika berminat untuk belajar dari Malaysia untuk mengendali lapangan terbang dengan berjaya dan menguntungkan.   Membawa masuk operator asing dalam negara bermakna kita sanggup dijajah oleh Mat Salleh balik semula.

MAHB syarikat  yang raih turnover  hampir 4 billion ringgit pada tahun 2018,   keuntungan sebelum cukai RM700 juta, disamping  itu,  Kerajaan juga memperolehi user fee  (perkongsian keuntungan) sebanyak RM400 juta setahun.    

Memang benar kata CheguBard Angsa yang bertelur emas itu mahu dibunuh. Saya harap YB Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan dapat memberi penjelasan terhadap isu ini.

Ab Aziz Kaprawi
Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan

5 comments:

  1. Berita mcm nii jgn dengar sebelah pihak saja..macaii tolol akn cipta isu yg sumbernya meragukan..xde slh pun dijual klau asyik rugi saja..byk glc sepatutnya meletakkn kaum cina sebagai peneraju,ltk melayu asyik rugi saja..melayu suka berhibur jadii terus bergoyang nonton gegaq vaganza..bab ekonomi dn politik biar cina urus..kikikiki..

    ReplyDelete
  2. Mu jer yang hidup dlm khayalan.. Ted ketuk kepal

    ReplyDelete
  3. Sila abaikan segala komen bangang oleh ted klon (8.25 PM tu)
    Kerjanya hanya copy paste je.

    prottttt 💨 prettt 💩 di muka ted klon 8.25 pm.. ahhh leganyaaaa

    ReplyDelete
  4. Pada tunpatimah tlg jgn klon2 lagii..anda nk sokong siapa tuu hak anda tapii jgn klon2 nama org lagii..😟😞😖☹😝

    ReplyDelete
  5. asa Tun Mahathir Orang Dah Lupa*

    *Zaman PM4 (1981-2003)*
    1. MAMINCO - bangkrap
    2. MAKUWASA - bangkrap
    3. PERWAJA - bangkrap
    4. BMF - bangkrap
    5. BNM - rugi RM31.5 billion
    6. Forex - gagal
    7. Bank Bumi - rugi
    8. BAKUN - rugi
    9. MAS - rugi
    10. ERL - kerajaan terpaksa bayar kroni
    11. PKFZ - rugi
    12. PUTRA LRT - bangkrap-bailout
    13. STAR LRT - bangkrap-bailout
    14. MONOREL - bangkrap-bailout
    15. BAS INTRAKOTA - bangkrap
    16. SILTERRA - rugi
    17. JARING - gagal
    18. MEC ELECTRONIC GAMBANG - bankrap
    19. MIMOS - gagal
    20. HICOM - gagal
    21. EAGLE PLANE
    22. IPP - rugikan TNB berbilion
    23. TNB - rugi
    24. PROTON - rugi
    25. FIMA Rantei - gagal
    26. SOGOSHOSHA - gagal
    27. JUDICIARY - dicemar
    28. UMNO - diharamkan
    29. DAYABUMI - gagal
    30. TIME dotCom - rugi
    31. KONSORTIUM PERKAPALAN - rugi
    32. MISC - lingkup
    33. IWK - rugi
    34. DASAR PANDANG KE TIMUR - gagal
    35. PLAZA RAKYAT - terbengkalai
    36. JB WATERFRONT CITY - terbengkalai
    37. KRONISME - berleluasa
    38. HARGA BARANG - naik
    39. ARAK - Mirzan beli kilang arak San Miguel - jatuh maruah dan berdosa besar
    40. RINGGIT - jahanam daripada RM2.20 kepada RM3.80 (vs USD)
    41. SUKAN KOMANWEL - masih ada yang tak dapat payment
    42. EKUITI BUMI - naik tak smpai 2% selama 22 tahun
    43. PIRATISATION - 200 syarikat awam difaraidh kepada kroni, dan anak-anak
    44. PENAPIS MINYAK - 22 tahun tiada penapis minyak sendiri terpaksa import dari Singapura
    45. SURAT WAHYU - boleh menang tender, loan boleh approve, boleh lari dari penguatkuasa, syarikat RM2 boleh dapat projek juta-juta
    46. MINYAK NAIK - dari 89 sen hingga hampir 3 ringgit masa 1998.
    47. Boboi MB Kedah 2 Kali - bailout
    48. PM4 Bapa Baillout,
    49. Beli 88 pesawat pejuang SKYHAWK, 44 tiba, baki 44 tersadai di USA.

    MR : Ada banyak lagi usaha Tun M berusaha untuk mensejahterakan rakyat dan negara...tanpa mengira wang masuk ke account peribadi.

    https://mindarakyat.blogspot.com/2019/04/jasa-tun-mahathir-orang-tak-tahu.html

    ReplyDelete