KL CHRONICLE: Dr. Mahathir : Bina Masjid Sendiri, Jangan Harapkan Bantuan

Sunday, May 26, 2019

Dr. Mahathir : Bina Masjid Sendiri, Jangan Harapkan Bantuan


Apa pendapat pembaca?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak penduduk di negara ini untuk membangunkan masjid di kawasan masing-masing tanpa mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak ataupun pihak kerajaan.


Kata Perdana Menteri, beliau pernah ke beberapa negara Islam seperti Mahgribi dan Khazakstan yang mempunyai masjid yang sangat cantik dan indah.

Menurutnya, semua itu dilakukan sendiri oleh penduduk tempatan.



“Masjid-masjid yang didirikan, kebanyakannya oleh orang tempatan itu sendiri. Mereka tidak bergantung kepada orang lain, jauh sekali bergantung kepada orang yang seagama dengan mereka.

“Mereka sanggup bertungkus-lumus bukan sahaja mendirikan masjid tetapi juga menghiaskan masjid dengan pelbagai cara, supaya masjid mereka itu adalah antara yang terbaik di dunia,” kata Dr Mahathir.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di perkarangan Masjid An-Najah di Ayer Hitam dekat Jitra, Kedah pada Sabtu.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Sementara itu, rata-rata rakyat menerima baik saranan Perdana Menteri itu.

“Orang Islam bangun dengan kudrat sendiri, dengan gaya sendiri, bukan mengharap semua permintaan sumbangan dan sebagainya. Islam sebenarnya mengajar kita untuk berusaha,” kata Timbalan Pengerusi MPN Keadilan Kedah, Dzaher Ahmad.

“Kita kena bangunkan daya saing orang Islam, tunjuk pada masyarakat dunia bahawa orang Islam mampu bina masjid,” katanya ketika ditemui.

Bagi Ketua Publisiti dan Penerangan Pakatan Harapan, Amin Yahya, beliau berpendapat Dr Mahathir sangat prihatin terhadap agama Islam.

“Itulah watak atau wajah sebenar Tun, agama Islam sentiasa dekat di hati. Dengan adanya pengalaman dirinya, dia berkongsi dengan kita,” katanya.

Sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bina-masjid-sendiri-jangan-harapkan-bantuan-tun-m-208573

11 comments:

Anonymous said...

DAH RAMAI BINA MASJID SENDIRI
TAK PAYAH MENYIBUK SANGAT KUTTY
BANYAK SUMBANGAN WALAU NIAGA ROTI
NIAGA ROTI LINGKUP BAILOUT KRONI

BINA MASJID DENGAN KUDRAT SENDIRI
RAKYAT MESIA KAT LUAR NEGERI LAGI
TAK PAYAH NAK TUNJUK ISLAM KITTY
BETULKAN AKIDAH ANAKCUCU COMANGO INI


ALAHAIIIII MARINA GEREJA SENYAP SUNYU BILA PAPA JADI PM... NAK TUTUP KEGIATAN COMANGO GAY LGBT TOKSIK LAH TUUU.....!!!

TAK PAYAH HIPOKRIT ... SLOGAN ISLAM DAH CIPTA KE BLOMMM...??

Anonymous said...

tun mintak kalau buat masjid jangan minta sumbangan... buat sendiri guna duit sendiri..

dah bersepah org mesia buat dah tun.
kat luar negara ramai org mesia buat masjid guna duit sendiri lagi. tak payah nak menyibuk sangat tunjuk islam tu. anak pempuan sibuk ke gereja bapak suruh buat masjid. niaga roti lingkup mintak kroni sumbang lagi ada lah...

betulkan akidah anakcuvu COMANGO toksik baru cakap pasal islam. srjak bapak jadi PM marina gereja lansung senyap sunyi ... takut kegiatan gereja G25 comango toksik gay lgbt
di ketahui ramai bagi gambaran bapak nya pejuang islam suci.

slogan islam dah cipta bole la jaja slogan islam pulak nanti

ted manoff said...

Macai panas kerr..korang tk fhm apa yg tun maksudkn..lebih baik diam jerr..prOoTtπŸ’¨πŸ’¨arghhhhh leganya..

TUN perak said...

TUN xtau ke kt msjid MASJID mcm2 jnis TABUNG ADA??

Anonymous said...

Bagi le derma. Anak anak anda kan bertaraf billionaire? Jgn kedekut

Anonymous said...

mohon siar kegiatan marina gereja..CT Kassim G25 dan golongan pluralisma murtad liberal islam... mereka bergerak dalam senyap mereka sangat aktif sekarang cuma nak cover Tun konon pejuang islam suci maka kegiatan marina gereja disenyapkan buat sementara waktu....!!!

Anonymous said...

Ada lagi ted monok..ingat dh berkubur.melingkop..semenjak kehebatan janji 100 hari dh tertunai ni..

tunfatimah said...

lagi kaya seseorang itu lagi kedekut perangainya. lagi2 yg duit turun dari daddy tanpa usaha keras. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

tunfatimah said...

atok ni kalau bantuan kpd kesenangan rakyat memang tak setuju. kalau wang besar utk ank cucut cicit dan kroni, anytime babe! sambil menyelam minum ayaq .

Unknown said...

X ada lh rakyt nk mintk dgn kau madey...rakyt tahu jnji manifesto tu pmbohong...rakyt tahu mcm mana nk cari duit buat masjid...

Anonymous said...

Dia jenis tak tau punya olang.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget