Thursday, May 9, 2019

17 "Kejayaan" Kerajaan Pakatan Harapan #Black905


Setahun sudah kerajaan kakistokrat Pakatan.

1. Harini genap setahun Pakatan Harapan memerintah Malaysia tanah air kita.

2. Terlampau banyak langkah-langkah canggung kerajaan PH telah lakukan.




3. Kesilapan paling besar Pakatan adalah apabila merampas kuasa, mereka masih bermain politik.

4. Sepatutnya mereka tumpukan kerja-kerja reformasi negara demi rakyat.

5. Malangnya mereka menakut-nakutkan pelabur asing dengan berbohong menyatakan hutang negara sebenarnya adalah RM1Trillion. 

6. Kemudian mereka telah berikan 2 bulan GST 0% dan menggantikan GST kepada SST yang tidak telus dan tidak efektif.

7. Mereka juga membatalkan projek-projek rakyat seperti ECRL, MRT3, HSR dan LRT3 dengan alasan mahu berunding semula.

8. China membalas tindakan tersebut dengan tidak membeli sawit dan getah dari Malaysia sebaliknya membeli dari Indonesia. Harga sawit, getah dan juga durian jatuh merudum teruk.

9. Pelabur asing terus menarik keluar daripada Malaysia akibat tidak yakin lagi dengan polisi dan kestabilan politik Malaysia Baru.

10. Hubungan antara kaum kian renggang dan negara dikejutkan dengan kematian wira negara Muhammad Adib di mana keluarganya sampai sekarang tidak dapat menuntut bela.

11. Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan kini bebas daripada tuduhan rasuah yang disabitkan sebelum ini. Pemimpin-pemimpin Barisan yang dituduh kini menjadi suci setelah lompat parti menjadi ahli PPBM.

12. Perangai Menteri-menteri kabinet juga tidak kering gusi dibuatnya kepada rakyat. Kenyataan-kenyataan media dibalas dengan perasaan duka atau hilai tawa.

13. Ekonomi kian bantut dan paling teruk, Malaysia buat pertama kali selama sedekad diisytiharkan melalui keadaan deflasi. Ringgit menyusur jatuh tidak bangun-bangun.

14. Bantuan kewangan kepada orang miskin dirampas dan rakyat miskin kian melarat.

15. Institusi Raja dihina dimaki dan direndah-rendahkan.

16. Agama Islam diejek dicela dan institusi Islam seperti Tabung Haji dijarah asetnya dan dimomokkan.

17. Manifesto? Hancing. Daripada pundi kencing ahli politikus terus ke dalam mulut pengundi Pakatan. 

Satu tahun sebenarnya adalah masa yang lama untuk melakukan reformasi sebenar kepada Malaysia. Malangnya ini tidak berlaku malah Malaysia lebih teruk. Malaysia sebelum ini di dalam situasi ekonomi yang mapan. Bank Dunia sendiri memperakui kehebatan Malaysia suatu ketika dulu sehingga memberi unjuran yang Malaysia mampu bergelar negara maju tahun 2020.

Jangan lupa tarikh 9 Mei 2018 ini. Never forget. Dan jangan diulangi lagi kesilapan mudah ini.

Kita bangsa merdeka. Kita bangsa bijak. Kita bangsa Malaysia. 

Nasionalis Malaysia.

-Jeg Hui

3 comments: