Gagasan Rahmatan Lil Alamin bakal menjadi antara dasar baharu kerajaan dalam membentuk masa depan Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof.
Beliau berkata, cadangan gagasan berteraskan Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah serta Model Malaysia sudah pada peringkat proses akhir, dan dijangka menjadi antara agenda untuk diluluskan dalam mesyuarat Kabinet, bulan depan.
“Sebelum ini, kertas cadangan gagasan berkenaan sudah mendapat kelulusan melalui Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada 14 Mac lalu yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Sebaik sahaja kertas cadangan ini diluluskan dalam mesyuarat Kabinet nanti, ia akan menjadi gagasan masa depan bagi membentuk Malaysia baharu yang perlu disokong semua pihak berikutan ia sudah menjadi dasar kerajaan.
“Walaupun cadangan belum ke peringkat Kabinet, saya sudah menjelajah lima kementerian untuk menjelaskan mengenai gagasan ini dalam bentuk diskusi bersama menteri.
“Insya-Allah, saya juga akan ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk memberikan penerangan,” katanya pada Program Jelajah Kampus ‘Rahmatan Lil Alamin’ yang dihadiri kira-kira 900 mahasiswa di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, malam tadi.
Justeru, Mujahid meminta semua pihak mendoakan supaya cadangan itu diterima secara rasmi bagi membantu Malaysia baharu mencapai cita-cita.
“Saya berharap semua kementerian dapat membawa aspirasi ini melalui aktiviti mereka dalam mencapai sasaran negara rahmat,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai Program Jelajah Kampus ‘Rahmatan Lil Alamin’ pula, Mujahid berkata, sebuah platform akan diwujud untuk membolehkan mahasiswa universiti awam (UA) terbabit memberi pandangan mengenai pentadbiran Islam.
“Platform ini akan dibentuk mewakili kampus masing-masing dan mungkin sekali atau dua kali sebulan, kita akan berhimpun menerusi sesi perbincangan supaya dapat maklum balas bernas,” katanya.
STOFAC ANTI JUDI SUNDAL DIBUBAR
ReplyDeleteATOK ALJUBORI KIDIN WAT APA SKG..?
PANJI HITAM YG DIJANJI DAH KIBAR..?
MALAYSIA BARU DARUL JUDI MCM GAMPANG
KIKIKIKI.. MESIA BARU DARUL JUDI...
RAHMATAN ALAMIN LAGIII TUU HAAHH..
MACAIIII BODOOO SEKELIAN TEPUKKKK..!!
Apakah di ending story kepada Maqasid Syariah Rahmatanlil alamin ala mujahid ni, ISLAM DIHINA DAN RASULULLAH dipersenda, Agama sama rata dan maksiat hak individu?
ReplyDeletePLURALISMA MURTAD JADI IKUTAN
ReplyDeleteSYIAH YG KELAM SUDAH KELIHATAN
GAY LGBT LIBRAL COMANGO JDI ANUTAN
PANJI HITAM MACAI TRUS TENGGELAM
KIKIKIKI.. HAAAHHH MACAIII BODO BODOSSS SEKELIANNNN...
TEPUKKKKKK....!!
Rahmat sekelian alam tetapi jgn pula melakukan pekara2 yg bertentangan dgn perintah agama Islam.
ReplyDeleteKannn takut tsunami aje..
DeleteKannn takut tsunami aje..
DeleteKalau nak betul2 rahmat kena jumpa face to face ngan Encik Hakikat Rahmat. Ada brani ka?
Delete