Saturday, October 13, 2018

Najib Razak, Rosmah Mansor dan Grab Car...


Saya pasti ramai yang terkejut dengan pengumuman Kementerian Kewangan mahu menggantikan bas perantara MRT dan LRT dengan Grab.

Sebelum PRU14, salah satu fitnah yang disebar oleh mereka yang menyokong PH kononnya isteri saya, Rosmah adalah pemilik Uber dan Grab.

Oleh itu, jika benar isteri saya pemilik Grab, kenapa PH mahu menggunakan Grab?



Tuduhan kononnya isteri saya pemilik Grab atau Uber adalah satu lagi fitnah PH untuk menyemarakkan kemarahan orang ramai terhadap saya dan isteri.

Uber adalah syarikat Amerika Syarikat dan kini bernilai US$72 bilion (RM300 bilion) manakala Grab adalah syarikat tempatan yang dimulakan oleh usahawan muda Malaysia ketika pentadbiran saya.

Grab yang bermula sebagai ‘My Teksi’ berjaya bersaing dan turut menggantikan Uber di Malaysia dan negara di Asia Tenggara - suatu kebanggaan untuk negara.

Jika benar isteri saya pengasas dan pemilik Uber dan Grab maka dia adalah usahawan paling berjaya di Malaysia yang turut memahat nama di luar negara! Malangnya, ini tidak benar. isteri saya tiada kena-mengena dengan Uber dan Grab.

Selepas PRU14, saya sempat bertemu dengan beberapa pemandu teksi. Ada antara mereka meminta maaf kepada saya kerana terperdaya dengan fitnah ini kerana mereka Uber dan Grab yang mencetus saingan kepada sumber rezeki mereka.

Mereka beritahu ramai pemandu teksi yakin bahawa kerajaan PH akan mengisytihar Uber dan Grab sebagai haram di Malaysia jika mereka menang. Sebab itu, mereka turut membantu berkempen bagi PH dan mencemuh kerajaan BN setiap kali mereka membawa penumpang.

Itu adalah taktik sangat licik PH untuk menipu dan menggunakan pemandu teksi dan meracuni pemikiran sebagai penyebar propaganda anti-kerajaan kerana PH tahu, pemandu teksi berjumpa dengan ramai orang setiap hari.

Saya akui saya dapat lihat ramai rakyat Malaysia senang dengan khidmat e-hailing pada masa itu Ramai pemandu Malaysia turut memperoleh pendapatan tambahan apabila menjadi pemandu Grab atau Uber.

Sebagaimana dilihat di banyak negara, saya buat kesimpulan bahawa adalah agak sukar untuk mengharamkan Uber dan Grab kerana ia hanya memerlukan satu aplikasi telefon pintar.

Ketika itu, saya juga perlu mengimbangi antara keperluan rakyat Malaysia yang mendapat manfaat dari khidmat e-hailing dan keperluan industri teksi.

Untuk itu, saya rasakan perlu ada kesimbangan persaingan bagi semua perkhidmatan. Rancangan kami adalah untuk mengawal selia Uber dan Grab sambil memastikan kerajaan turut menyediakan lebih banyak bantuan kepada pemandu teksi agar mereka dapat turut bersaing secara sihat.

Selain dari bantuan kewangan, kerajaan BN masa saya PM juga berusaha supaya pemandu teksi mendapat permit persendirian dan bukan lagi menyewa permit dari syarikat kroni yang terima beribu permit hasil legasi sebelum pentadbiran saya.

Hari ini, remai pemandu teksi menyesal kerana sedar mereka tertipu. Grab tidak diharamkan sebagaimana mereka harapkan, manakala bantuan khusus untuk pemandu teksi sebagaimana ketika pentadbiran saya turut dihentikan.

Ada kemungkinan fitnah isteri saya pemilik Uber dan Grab ini timbul apabila saya mencadangkan kepada Khazanah Nasional untuk untuk melabur dalam Grab ketika mereka baru bermula kerana saya dapat lihat potensi dalam syarikat ini.

Bagaimanapun, selepas membuat penilaian, Khazanah tidak membuat pelaburan dalam Grab dan saya tidak meneruskan lagi kerana saya menghormati pendirian mereka.

Sudah tentu, Khazanah kesal sekarang kerana syarikat Grab kini sudah bernilai US$11 bilion (RM46 bilion).

16 comments:

  1. Kak mah byk proksi..pura2 xde duit padahal bertimbun2..sudahlahh jibb..porahhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Porahlah lu.
      Proksi lu manifesto bkn kitab suci.
      Dedak 3ribu.

      Rakyat dah tunggu berbln nln barisan kabinet ph isytihar harta, tangguh tangguh, utk memberitahu takde duit dan harta melimpah.

      Apsal perlu berbln nak isytihar?
      Nak tukar nama?

      Delete
    2. Mrt kroni najib, kwsp pnb thj. Kroni rakyat. Mrt projek najib. Jgn sesekali menggigit org yg bagi mkn. Dpt padah tak bersyukur. Yg tak undi ph pun dpt musibah. Jgn sesekali buat fitnah, dpt padah bila mati.

      Delete
    3. Kalau tak menipu, PH pasti tak menang... Memang dalam menipu...apa yang nak bangga sangat...

      Asal PH menipu
      Asal menipu PH

      Delete
    4. Patut la kak mah banyak duit..bole shoping..nk beli berlian beso penumbuk pn apa ada hal..yg atok 93 dengki khianat watpe..

      Delete
  2. Menteri dan pegawai pelingkup negara.
    Jika adik beradik naik bas sehari ulang alik dan mungkin lebih tapi jika ditukar ke grab bayangkan berapa biaya nak keluar sehari sebln. Belum mkn dan biaya lain.

    Kalau rumah dekat rm5 jika jauh tentu makin byk. Mangkuk ayun betul.

    ReplyDelete
  3. Mereka fitnah najib rosmah sbb hanya nak guna isu supaya rakyat dan pemandu teksi marah. Dgn alasan fitnah tersebut, ph seolah memberi janji ke pemandu teksi akan haramkan uber dan grab. Seperti najib rosmah zalim ke pemandu teksi. Yg aku pelik dulu dah terang pemandu tak percaya. Takkan persatuan teksi tak boleh cari sape tuan punya grab yg sebenar jika tdk percaya penjelasan najib rosmah.

    ReplyDelete
  4. FUYyooYOOOOO ALJUBORI MENANG LAGI
    ADA LA YANG MERANGKAK MEROYAN KUTY
    MASA DAH TAMAT KUBO PUN KATA MARIII..
    KRONI ANAK CUCU JADI GALANG GANTI..

    ALJUBORI MENANG DENGAN MAJORITY
    KITY KE KUBO ANAKCUCU KRONI GELISAH NI
    TAK DAPAT KUTY ANAK CUCU GALANG GANTI
    BIAR MAMPOS KETURUNAN KUTY INI KALI..

    MOKRIS AL KUTTY PANAS BONTOT DAH
    KUTY KE KUBO ANAK CUCU MAKIN GELABAH
    RAKYAT DAH FED UP SI FITNAH HARAMJADAH
    KASI AJAR SI LIDAH BERCABANG LAHH..


    KIKIKIKI... MASA RAKYAT KASI AJAR CUKUP CUKUP SI LIDAH BERCABANG MAHA FITNAH INI SEADANYA... RAKYAT FED UP MUAK MENYAMPAH DENGAN SI LIDAH BERCABANG LAGI CEPAT SI LIDAH BERCABANG NBERAMBOS LAGI CEPAT CAP BUNGA MAMPOS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. JANGAN LANTIK LAGI PM DARI UTARA,PM DARI UTARA BAWA MUDARAT BESAR PADA MALAYSIA. LEPAS TUN M SATU LAGI MALAPETAKA AKN MENIMPA MALAYSIA! ANWAR AKN BAWA MUDARAT BESAR PADA MALAYSIA!

      Delete
    2. BERAYON NI ASIK ORG UTARA MALAPETAKA. ENGKAU PENTAKSUB PH. PH ADA 2 BLOK ANWAR DAN GENG MADEY.

      KALAU DUA DUA KAU TENDANG. SAPE KAU NAK JD PEMIMPIN PH? DAP MAKSUD KAU CALUN SESUAI. KAU NI MELAYU KE CINA? MELAYU PRO DAP? GONE END CALUN SESUAI?

      ENGKAU PULAK YG MASUK SINI ASIK MEMAKI HAMUN ORG YG INGATKAN MUNAFIK PH BKN TU MALAPETAKA. MEMAKI HAMUN ORG INGATKAN JANJI PALSU MANIFESTO BKN ITU MALAPETAKA. BAB FITNAH KAU TAKNAK KATA MALAPETAKA. SIBUK ORG UTARA. KAU PUN BAWAK MALAPETAKA KAT SINI. MEMAKI HAMUN.

      ANWAR DAH MENANG. TUNGGU MALAPETAKA DLM PH.

      Delete
    3. Malapetaka paling bsr bila org islam sendiri buat fitnah dan percaya fitnah utk menjatuhkan org islam dan angkat org kafir jd pemimpin.

      Delete
    4. Pi baca komen lama berayon mangkuk hayun. Bila ada org komen pasal fitnah ph, manifesto ph, janji ph, mathir nuor, ph, si ayon mangkuk hayun ni akan memaki hamun FUCK. Tapi bila waktu lain tetiba boleh masuk bagi komen jgn pilih lagi org utara konon bawak malapetaka. Ni betul betul bawak malapetaka bermuka muka.

      Mangkuk ayon berhayun ni org muslim ka atau muslim pro dap? Atau memang cina dap?

      Delete
    5. Kah kah kah..terlupa tukar nama..kepala butoh berayun rupa nya selalu kluar kn ayat nii..
      Ya la..ketaksoban dgn atok 93..jadi mcm ni la..mcm usia atok menongkat bumi

      Delete
  5. Manifesto tak tunai.
    Rakyat ramai kena berenti kerja.
    Kerja asik tukar nama projek najib.
    Hari hari buat kenyataan lawak.
    Baru berapa bln jd yb.
    Dah dpt pangkat dan gelar darjah kebesaran DATUK/DATO'...
    Anugerah pakar melawak ke?

    ReplyDelete
  6. Anwar sudah ap. Byk la plan pm7 akan dtg. Plan utk lantik anwar jd pm8 atau bungkuskan anwar? Hahaha kita tunggu drama. Layannnnnnn ha ha ha hancingggg.

    Bersaing utk berkuasa. Berkuasa utk bantu rakyat atau diri sendiri? Yg teruk rakyat menanti sesuatu yg tak pasti. Yg pasti abih dibuang konon nak dpt lebih baik. Malaysia baharu better malaysia malaysia better kononnnnnnnnnnnn. Akhirnya melopong hidup sengsara.

    ReplyDelete