Monday, September 24, 2018

Selepas hadir perhimpunan PAN, Ketua Umno Cheras keluar parti


Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengumumkan keluar parti hari ini.

Perkara itu dimuat naik dalam satu catatan Facebook seorang pengikutnya, Amran Mamat sebentar tadi.

“Dengan linangan air mata, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee umumkan keluar daripada Umno tepat pukul 12.55 tengah hari, hari ini.



“Pemimpin Umno 4 peringkat Bahagian Cheras, termasuk Puteri kelihatan sebak dan menitiskan air mata mendengar keputusan mengejut Syed Ali keluar dari Umno,” tulis Amran di Facebooknya.

Syed Ali yang juga bekas setiausaha Umno Wilayah Persekutuan ialah pemimpin ke-3 yang bertindak meninggalkan Umno dalam masa seminggu, selepas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman berbuat demikian pada Selasa serta Rabu lalu.

Umno kini hanya mempunyai 49 kerusi Parlimen, selepas 5 ahli Parlimennya meninggalkan parti itu yang mengalami kekalahan mengejut pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Lima wakil rakyat itu adalah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Noor Azmi Ghazali, Mustapa dan Anifah.

9 comments:

  1. Alhamdulillah...akhirnya umno dipimpin zahid hamidi berjaya lakukan tugas seperti diminta oleh anwar. Hancurkan parti dari dalam. Jangan bertanding dalam prk pd. Pasti ramai ahli yang kecewa dan cabut lari seperti syed ali. Sebagai habuan, bila parti runtuh harta parti jadi milik ketua dan konconya. Bebas dari siasatan kes rasuah. Hanya najib masuk penjara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marah nampak.... Anti Anwar ke??? .... Besar kemungkinan PH akan mereput seperti tuannya juga.

      Delete
  2. Alhamdulillah. Pemimpin muda UMNO dah boleh mengisi jawatan yg ditinggalkan oleh veteran parti yg tak reti2 nk undur diri secara terhormat. Klu umno masih kerajaan lagi, muka2 ni la yg akan duduk dikerusi tu sampai kulit menggelebeh mcm madey kutty

    ReplyDelete
  3. BAK PI LE!!!!...ADA AKU KESAH....

    ReplyDelete
  4. Banyak persoalan timbul bila melihat gelagat Anwar Ibrahim yang gelojoh mahu merampas kerusi Perdana Menteri dari Mahathir. Langkah PD adalah bermaksud melayakkan Anwar untuk takhta tersebut.

    Tetapi beberapa hari ini kita melihat Mahathir mula respon kepada LGBT dan perkahwinan sejenis yang sebelum ini beliau buat tak tahu walaupun kumpulan itu bertindak samseng seolah kerajaan ini telah mengiktiraf mereka.


    "Di Malaysia ada perkara-perkara tertentu yang kita tidak boleh terima walaupun sekarang dianggap sebagai hak asasi manusia di negara Barat.

    "Kita tidak boleh terima lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), perkahwinan antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita," kata Mahathir.

    Mahathir seperti yang kita kenal ada saja permainan yang diciptkannya. Jadi, apakah kaitannya dengan Langkah PD kita tunggu dan lihat. Adakah Anwar layak bertanding atau terkubur hasratnya seperti yang berlaku 20 tahun lalu.

    Sesuatu perkara besar akan berlaku.

    Cuma Mahathir tidak pernah tahu apa terjadi dalam negara termasuklah kisah Memali dan tidak kenal pengerusi SPR yang dilantiknya.

    ReplyDelete
  5. Eloklah siapa2 yang ada rekod tu tinggalkan parti, biarlah proses ini berjalan secara berterusan. Baik untuk long term plan...

    ReplyDelete

  6. Buat apa bertanding di PD? untuk membodohkan lagi UMNO dimainkan PH?
    Atau untuk madey cucuk jarum supaya jadi calon bonekanya
    Biar Madey bergasak dengan Anwar. Kenapa UMNO perlu bagi tentangan?
    Yang penting kita mahu Anwar jatuhkan madey.. si bapak penyangak terbesar negara yang sekarang ini sedang menggila mahu tangkap Kiki kucing Najib dan pecah siling rumah Tun Rahah cari ketul emas 42 billion

    kah..kah..kah

    ReplyDelete
  7. Bagus la klu dia da keluar. Klu nak kenal seseorang pemimpin tu boleh pakai atau tak boleh pakai ketika parti tidak berkuasa, pak syed ni antara salah sorangnya. Pemimpin yg boleh pakai, dia tak akan berganjak walau apa pun situasi yg dihadapi. Tapi pemimpin yg tak layak dipakai adalah, org lain berjuang, dia lari pulang.

    ReplyDelete
  8. KABAR BAIK!!!

    Nama saya Aris Mia, saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman sangat berhati-hati, karena ada penipuan di mana-mana, mereka akan mengirim dokumen perjanjian palsu untuk Anda dan mereka akan mengatakan tidak ada pembayaran dimuka, tetapi mereka adalah orang-orang iseng, karena mereka kemudian akan meminta untuk pembayaran biaya lisensi dan biaya transfer, sehingga hati-hati dari mereka penipuan Perusahaan Pinjaman.

    Beberapa bulan yang lalu saya tegang finansial dan putus asa, saya telah tertipu oleh beberapa pemberi pinjaman online. Saya hampir kehilangan harapan sampai Tuhan digunakan teman saya yang merujuk saya ke pemberi pinjaman sangat handal disebut Ibu Cynthia, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan dari Rp800,000,000 (800 juta) dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau stres dan tingkat bunga hanya 2%.

    Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah yang saya diterapkan, telah dikirim langsung ke rekening bank saya tanpa penundaan.

    Karena saya berjanji bahwa saya akan membagikan kabar baik, sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman apapun, silahkan menghubungi dia melalui email nyata: cynthiajohnsonloancompany@gmail.com dan oleh kasih karunia Allah ia tidak akan pernah mengecewakan Anda dalam mendapatkan pinjaman jika Anda menuruti perintahnya.

    Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: ladymia383@gmail.com dan Sety yang memperkenalkan dan bercerita tentang Ibu Cynthia, dia juga mendapat pinjaman baru dari Ibu Cynthia, Anda juga dapat menghubungi dia melalui email-nya: arissetymin@gmail.com sekarang, semua akan saya lakukan adalah mencoba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya bahwa saya kirim langsung ke rekening mereka bulanan.

    Sebuah kata yang cukup untuk bijaksana.

    ReplyDelete