Thursday, September 13, 2018

@NajibRazak : Pertuduhan Terhadap Tan Sri Shafee satu bentuk penindasan


1. Pertuduhan AMLA terhadap teraju utama pasukan peguambela saya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana menerima pembayaran bagi khidmat guaman dilaksanakan beliau adalah satu lagi tindakan untuk menafikan saya perbicaraan yang adil. Ia boleh dilihat sebagai satu langkah untuk menakutkan atau menghalang beliau dan peguam lain daripada mewakili saya di mahkamah.



2. Sebelum ini, hakim bagi kes saya telah ditukar secara tiba-tiba manakala Jabatan Peguam Negara (AGC) pula melantik dua peguam luar bagi mengetuai kes pendakwaan terhadap saya. Ini juga jelas bertentangan dengan pendirian dan bantahan PH sebelum ini di mana AGC tidak sepatutnya melantik peguam luar sebagai pendakwaraya ketika Tan Sri Shafee bertindak sebagai pendakwaraya dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kini, AGC bukan sahaja melantik seorang, malah dua peguam luar untuk bertindak sebagai pendakwaraya.

3. Sebagaimana yang saya dedahkan sebelum ini melalui paparan beberapa dokumen, saya menerima sumbangan politik dalam jumlah yang agak besar secara terus kepada saya daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi dan putera Arab Saudi yang bertindak mewakili Raja Abdullah.

4. Wang dari sumber ini yang dibayar untuk khidmat Tan Sri Shafee yang menjalankan tugas guaman mewakili parti dalam pelbagai kes selama bertahun-tahun termasuk petisyen pilihanraya bagi Pilihanraya ke-12 dan 13 bagi pemimpin BN lalu seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Rafidah Aziz dan ramai lagi. Peguam berkhidmat dengan yuran dan mereka berhak menerima pembayaran atas khidmat yang sudah disempurnakan.

5. Membuat dakwaan terhadap Tan Sri Shafee kerana menerima pembayaran bagi khidmat guamannya adalah satu duluan (precedent) perundangan yang berbahaya buat semua peguam, ahli profesional dan perniagaan.

Tiada siapa akan selamat jika kerajaan memilih untuk menjadikan anda mangsa atau melakukan penindasan terhadap anda.

6. Cepatnya pendakwaan menindas terhadap Tan Sri Shafee ini juga mencetuskan persoalan kerana ia dilakukan beberapa hari selepas Tan Sri Shafee mendedahkan secara jelas bahawa Perdana Menteri hari ini yang mengarahkan beliau dilantik sebagai ketua pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat DatukK Seri Anwar, satu fakta yang masih tidak dinafikan oleh Tun Mahathir, pembantu peribadinya yang mengatur pertemuan itu atau bekas Peguam Negara ketika itu.

7. Pemilihan masa bagi menuduh Tan Sri Shafee juga mengejutkan kerana saya masih tidak lagi diambil keterangan oleh SPRM ataupun berpeluang untuk memberi bukti dokumen-dokumen berkaitan kes ini. Ini bermakna siasatan masih lagi belum lengkap sebelum Tan Sri Shafee dituduh di mahkamah.

8. Penindasan terhadap Tan Sri Shafee juga boleh dianggap sebagai amat  kontroversial pada ketika AGC baru menggugurkan dua pertuduhan rasuah terhadap Menteri Kewangan, di mana ia adalah satu kes yang sedang melalui perbicaraan dengan 20 orang saksi sudah memberi keterangan. 

Lebih 12 pertuduhan lagi terhadap pemimpin politik Pakatan dan yang berkaitan dengan mereka turut digugurkan dalam tempoh beberapa bulan ini.

36 comments:

  1. Dlm pee eh bkn ahli politik, tapi samseng politik. Buktinya, mereka adalah undang2,iaitu undang2 ikut acuan mereka. Samseng politik ni sentiasa cari jln tunjuk salah pihak lain dan rakyat dianggap mcm anjing yg hanya menyalak dan tak beri kesan. Bantuan2 yg dulu diberi bawah kerajaan dulu ditarik sikit2 dan kena melutut kat mereka jika perlu bantuan. Kalau tidak masakan ah beng boleh ckp jangan harap duit percuma dari KERAjaan. Sikap samseng mcm tu la, tindas dibawah utuk sentiasa diatas..

    Pee eh dah panas punkoq sbb najib dah start attack dan satu2 persatu kena tepat kat muka badoot2 dlm pee eh, dari atuk93, kit sial sampai ah gone bend, semua kena. Sbb tu defence najib, peguam shafee ditekan dengan tuduhan rekaan, utk melemahkan team najib dan divert isu.
    Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2018/09/ptptn-ds-najibrazak-sekolahkan-wansaiful.html#UY5rGDiup8BfBKhZ.99

    ReplyDelete
  2. rakyat yng bencikan pemimpin yng kejam dan menganiaya dan menipu..pada sapa lagi hendak minta tolong....?
    Allahkan ada...adukan semua kepada Allah....penerima Brim...miskin bandar..doa jer....InsyaAllah doa orang teraniaya Allah dengar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar..
      Rasanya doa org yg dizalimi dah byk terangkat dan dimakbulkan. Sbb itu satu persatu kes terbongkar. Rakyat melihat sebelum dan selepas pru. Dulu tertutup kini terbukak.

      Delete
  3. Peguambela yg mewakili dap ph selama ni sape byr? Free ke? Semua peguam dlm malaysia beri khidmat percuma ke?

    Nampak gayanya org umno tak leh ambik peguam. Kalau byr takut nanti kena amla. Mana ambiga? Mana majlis peguam? Mana suhakam? Mana bersih? Semua dah kenyang ke? Atau dah jd YB?

    ReplyDelete
  4. Ambik shafee utk khidmatnya tapi tak byr. Tu pun shafee masih diam masih bersabar, tak cakap apa apa. Bila najib byr bknnya ucap terima kasih dah selesaikan hutang takdelah jd beban bila mati.

    Aku pun yerkejut. Sape yg mula kes ni? Rasanya rba ph sebarkan isu najib byr. Najib difitnah dlm alam maya. Seolah olah ada sesuatu. Dlm islam fitnah mesti diselesaikan antara 2 pihak. Tak boleh dgr satu pihak. Betullah cara shafee itu dia menceritakan perkara sebenar. Bkn buat fitnah atau reka cerita. Apa yg salah?

    Yg paling terkejut, tangkap pagi terus dakwa. Byk sungguh kes terkejut terkejut.

    ReplyDelete
  5. Wang sumbangan arab saudi utk membayar tugas guaman yg dijlnkan shafee. Byran guaman lama yg tertunggak.

    Arab saudi dah membenarkan sumbangannya ke najib. Beserta bukti. Najib dah bagi bukti. Sprm dah panggil. Polis dah siasat. Bank negara tau. Semua melalui dan nasihat dr bank negara. Zeti amat faham buat diam. Akhirnya tiada pendakwaan kat mahkamah.

    Yg byr tugas guaman shafee adalah najib. Shafee terima bayaran guaman bkn pi cuci duit. Syukur aku tak undi ph.

    ReplyDelete
  6. SATU PELURU TEMBAK 2.

    1. TEKANAN UTK NAJIB. MUNGKIN MENGHALANG SHAFEE SEBAGAI PEGUAM BELA NAJIB. MARAH BOCOR RAHSIA KAT RAKYAT. NAJIB BKN SAJA BYR HUTANG NEGARA YG DIWARISI DR PM4. JUGA HUTANG GUAMAN BN DR ZMN PM4.

    2. UTK MEMBERI PANDANGAN SERONG/NEGATIF. RAKYAT AKAN BAGI TANGGAPAN SERONG KAT KERAJAAN. SECARA TAK LANGSUNG MEMBERI KESAN UNDI KE ANWAR. SERANGAN DR SEMUA ARAH KE ANWAR. NI SALAH SATU CARA SERANGAN YG RAKYAT TDK NAMPAK.

    NEGARA AKU PUNYA

    ReplyDelete
  7. Takdir yg telah ditentu Allah.
    Rahsia tertutup byk terlondeh. Madey dan daim kelihatan panik walau berlakun macho dihari tuo. Dap perati dr jauh.
    Anwar dan rafizi berperang dgn mainan yg dicipta mereka sendiri.

    ReplyDelete
  8. Aku sokong umno tak bertanding di pd. Bagi sajalah menang percuma. Duit rakyat tak membazir. Kita tengok episod drama terbaru mathir dan anwar. Baru syok drama politik malaysia baru.

    ReplyDelete
  9. AWAAAASSSSSSSSSSSSSS..

    KAMERA AES GANTI AWAS.

    BANGANG PENGUNDI PH

    LANGSUNG TAKDE DISKAUN.

    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aes jd awas.
      Kamera dikata menzalimi rakyat. Disogok semasa kempen ph utk dihapus.
      Keh keh keh

      Apa kabar bang teksi?
      SPAD jd APAD.

      Delete
  10. AKU RASALAH....KALAU PAS DAN UMNO ATAU BN TAK BERTANDING......
    AKAN ADA CALON BEBAS YG DI SURUH BERTANDING....ATAS ARAHAN ATOK!!!
    BACAAN AKU LAH....

    ReplyDelete
  11. BIOR JE ADA PERTANDINGAN.....INI LAH MASA NYA NAK PERABIH DUIT KERAjaan....KALAU TAK TU...ABIH DEK KETURUNAN MAMAK MATDEY DAN KRONI JO....LICIK DIORANG NI....MACAM BOLUT....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki betul juga tu. Nuor kalah tetap ada perang. Nuor menang lagi hebat perang. Kita tonton. Bergetor lutut atok atok. Satu cas bateri satu pakai tongkat.

      Delete
  12. ANON 10.04.....AKU TOMPANG GELAK....KIHKIHKIH....
    AKU NAK BERSIN NI....AESHIMMMMM
    LOK OII LOK...KO LALOK KO!!!!

    ReplyDelete
  13. BANG NON MENANG=AKAN JADI PERANG

    BANG NON KALAU KALAH PUN=LAGI LAH PERANG..SILAP HARIBULAN SATU PRK LAGI BISA DIATUR....

    LANTAK KO LAH PAKATAN HAPRAK....DRAMA BERSIRI YG SERONOK DITONTON....

    PARTI ANAK BERANAK....

    ReplyDelete
  14. Ph amat membantu rakyat. Pilihan pengundi ph. Caranya,
    Jgn harap duit percuma kerajaan.
    Br1m nak dimansuh.
    Pencen nak dihapus.
    Sst ganti gst.
    Nelayan sila tanam nenas dan rambutan.

    Peneroka sila jumpa mazlan jgn suruh tanam ketum pulak.
    Pembyr tol sila jumpa maszlee gone end toni puaka.
    Pesalah hukum sila jumpa tomi

    ReplyDelete
  15. Peguam shafee kata apapun tekanan tetap bantu najib. Perghhh bergetor trrr trr bateri atok. Ready ijn.. trrrr trrrr trrr

    ReplyDelete
  16. LAMA TAK DENGAR CERITA ATOK93...DAH MASUK IJN KE???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar nak bertanding. Daim dan atok tak senang duduk. Tido boleh mengigau.

      Sibuk suruh dbkl siasat kes tanah. Atok dah lupa ke? Suruh atok siasat tanah pertama di tapak lumba kuda ampang. Ada lagi ke dokumen? Kalau ada menteri berbunyi mau di lempangnya.

      Delete
  17. Atok tak nyanyok asik ulang dr zmn muda sampai tuo MELAYU MUDAH LUPA.. MELAYU PEMALAS. MELAYU ASIK NAK TONGKAT DR KERAJAAN.

    Atok boleh lupa mungkin dah nyanyok tak sebut MELAYU SENDIRI JATUHKAN MELAYU. MELAYU SENDIRI TIKAM MELAYU. MELAYU SENDIRI FITNAH MELAYU. MELAYU SENDIRI JATUHKAN KERAJAAN DIPIMPIN ISLAM NAIKAN BKN ISLAM.

    ReplyDelete
  18. Shafee keluar dr mahkamah steady je. Lawan tetap lawan. Berapa lama la mathir boleh bertahan? Nak calun jemin dan mukriz ada nuor menentang.

    ReplyDelete
  19. AWAAASSSSSSSSSS......

    Nilai ringgit prestasi terbaik, mulut racun anak kick bermadah.
    Zmn umno bn dikata nak bankrap. Menjerit mak bapak takut anak kat obersi tak mkn.
    Ringgit teruk dr zmn bn dikata prestasi terbaik.
    Kencinggggggggggg

    ReplyDelete
  20. kekuatan KERAjaan PH terletak pada sokongan padu pengundi bukan Melayu dan sekelompok Melayu yang biadap dan tak sedar diri...
    Majoriti Melayu masih setia pada UMNO dan PAS...
    malangnya kita saling berbalah.....

    ReplyDelete
  21. Suruh bekas pelajar byr ptptn. Hutang wajib di byr. Namapun pinjaman dlm perjanjian. Jgn harap sesen duit percuma dr kerajaan. Dia pun tak byr hutang guaman yg selesai kes umno bn. Cibaiii betul org ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cammana tu org yg menuntut hutang/dibyr hutang kena tangkap. Yg terima duit tak buat kesalahan jenaya hanya tunggu penuh kesabaran bertahun tahun. Aku pelik apsal tak byr. Umno kan byk duit masa tu. Serah tunai ke pak lah je bilion. Terlalu..termalu.

      Delete
  22. Hanya yg berlawan arus politik akan ditangkap didakwa dan disumbat dlm penjara.

    Sehaluan arus politik akan digugur kes walau cukup bukti. Tdk akan direman didakwa malah bebas seperti burung bkn burung dlm seluar. Kikikiki

    Undang undang ini berlaku di uganda. Begitu jua di zimbabwe.

    ReplyDelete
  23. INGAT ORG BERI PERKHIDMATAN. BILA ADA NAK BYR TANYA DULU DUIT HARAM KA. TAKUT NANTI KENA AMLA.

    ReplyDelete
  24. Senang..semua yg meminjam bang ka..ptptn ka..pinjaman gomen ka..tkyah bayar..baru siuk..atok pn tknak bayar duit guaman..malaysia kita punya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu jam jugak hutang negara bertimbun. Makin bergetor bateri atok. Baru betul bankrap. Ringgit tetap berprestasi.
      Kaaaaaahhhhhhhhhhh

      Delete
  25. Minggu ni cuti lagi. Awaaasssss kamera merata rata. Tol tetap byr. Atok kata tak nak sst jgn beli brg. Bodoh punya atok. Dr zmn tok kaduk org beli brg. Dlm islam sendiri sebut pasal perdagangan ada hukumnya. Kau dilantik jd pm bkn suruh rakyat mogok lapar tak mkn tak minum tak mandi. Kau dilantik pengundi ph percaya sgt janji kurang kos hidup. Brg naik kau boleh kata jgn beli brg. Nak berbogel ke pi kerja jgn beli baju mcm pegawai khas menteri ada je kes gambar bogel/skandal ngan betina.

    ReplyDelete
  26. Org tua tua dulu selalu beli brg ikut cara islam. Akad beli sopan dgrnya.
    Saya beli yaa.
    Saya jual yaa.
    Masih diamal di kg. Di kota dah tak dgr lagi. Kini ada akad baru.
    Duit dr mana?
    Duit haram kaa?
    Golongan lgbt je boleh terima zakat. Akad pun berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn pulak ada mopti dunia saran masa nak byr zakat fitrah hari raya thn dpn ada nada baru.
      Aku terima duit zakat bla bla bla duit haram ka? Sah.. adoiiii

      Delete
  27. Bahaya ni. Bakal pengantin hati hati takut kena kes amla. Calun isterikan beri servis perkhidmatan kat calun suami. Hihihi. Duit hantaran tu kena tanya dulu. Tak pasal pasal si isteri kena sumbat dlm lokap terima duit haram.
    Kah kah kah

    ReplyDelete
  28. Ayuh semua kita bersama2 menyokong Shafee dan Najib, insyaAllah akan menang kalau mahkamah benar2 adil. Rakyat tak nampak ada kes, tapi kenapa Najib terpaksa membayar jumlah jaminan yang sangat tinggi? Gilo!

    ReplyDelete