Saturday, August 4, 2018

Surat Terbuka PAS kepada ahli dan pengundi Sg. Kandis #PRKSgKandis


Assalamualaikum wbkt.
Selamat sejahtera.

21 Zulkaedah 1439
3 Ogos 2018

*Pesanan Khas kepada semua ahli dan penyokong PAS khususnya para pengundi PRK N49 Sg Kandis*

Tuan/Puan yang dikasihi sekelian;



Setelah kita sama-sama menekuni dan memahami kenyataan media oleh Dato' Mursyidul Am serta Dato' Setiausaha Agong PAS bahawa;

~ PRK ini adalah pertandingan 2 penjuru antara PH/PKR dengan BN/UMNO, *sila abaikan calon bebas.*

*Demi mempertahankan Agama Islam, ketuanan Melayu dan negara tercinta maka,*

~ PH mesti dikalahkan atas dasar memilih yg kurang mudharat di antara 2 mudharat.

~ Tidak keluar mengundi bererti memberi undi kepada PH

Maka saya menyeru kepada semua ahli dan penyokong PAS supaya keluar awal untuk mengundi esok, hari Sabtu, 4 Ogos 2018 dan memberi undi kepada *Dato' Lokman Noor Adam calon BN/UMNO.*

Semoga kita semua dirahmati dan diberkati ALLAH... Aamiin.

*Selamat mengundi*

Hj Mohamed Diah Baharun
YDP PAS Kawasan Kota Raja.

17 comments:

  1. .

    Satu titik permulaan yang baik untuk UMNO dan PAS bekerjasama demi Agama dan orang melayu .

    .

    ReplyDelete
  2. Aminn..
    Moga kita berjaya mengatasi puak2 munafik yg kaki fitnah itu.
    Undi Pakatan Haprak bermakna sokong LGBT, kronisme, Melayu Liberal, UEC dll.
    Jangan termakan pujukan puak tersebut, kita mampu mengubahnya..
    Ayuh, undilah ⚖
    Jangan undi 🍅 + 🐄

    ReplyDelete
  3. PAS tidak pernah mengeluarkan arahan supaya penyokongnya mengundi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, 4 Ogos ini.

    Malah, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, parti itu juga tidak memberi arahan untuk turun berkempen bagi memastikan Pakatan Harapan (PH) tewas pada PRK berkenaan.

    Katanya, beliau tidak mengetahui mengenai kenyataan pemimpin PAS lain yang menggesa pengundi parti mengundi calon BN.


    “Kenyataan rasmi daripada parti seperti dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pada 22 Julai lalu.

    “Kenyataan lain tidak boleh mengatasi kenyataan Setiausaha Agung PAS. Dalam parti, hanya kenyataan Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung menunjukkan pendirian parti secara rasmi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... aphal ni... takut ka? Tak mungkin ko org ada madey.. ko org selalu mendabik dada...

      Gara gara sg kandis.. gara gara 3 prk dah tau ada dlm 100hr.. gone end tetiba umum basah(bantuan sara hidup)...

      Umum pulak tu byran peringkat ke3.. peringkat1 dan 2 bila? Sape yg dpt? Ni kena tau jgn jgn mata sepet yg byk?

      Delete
    2. Umum je dulu.. laksana atau tdk tak tau? Nak bagi pemanis dgr utk pengundi sg kandis.. belum tentu dilaksanakan.. mcm janji janji dicapati.. bkn kitab suci..

      Dah tu umum pulak 4jt.. dulu kata 2jt je.. penangan prk tambah 2jt lagi.. kahkahkah...

      Delete
    3. Boleh percaya cakap munafik? Menang pru14 pun tak peduli janji janji.. ni kan setakat prk.. depa dah berkuasa.. kalah 1 takde hal punya.. setakat janji...

      Delete
  4. Apa nak jd apa nak jd.. dah jd tomata..

    Gone end kata kerajaan persekutuan kalau tak kutip gst pun tak kan bankrap.. sendiri cakap dia munafik.. sendiri cakap selama ni ph berbohong dgn hutang negara..

    TDK AKAN BANKRAP... yg selama ni sebelum dan selepas pru14 mengatakan malaysia akan bankrap... diambang muflis.. dijaja cerita bankrap dlm negara dan luar negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana tak kan banrap la tu nak buat F1 kannnnn....
      Kerana tak kan bankrap la tu nak buat kereta pro tun baru kannnn...
      Kerana tak bankrap la tu semua projek mega tak lagi dibatal tapi dah diteruskannn... up up up kos kannnnn.....

      Delete
    2. Mcm mana negara boleh jd bankrap?

      Bila nak bagi bantuan kat rakyat terpaksa mansuh kerana hutang negara kannnnn....

      Bila tak boleh tunai janji manifesto kerana hutang negara kannnn...

      Utk rakyat pasti dikait HUTANG NEGARA kah kah kah....

      Delete
  5. UMNO PAS perlu bergabung dan satu logo.

    ReplyDelete
  6. Dlm dewan rakyat/parlimen, pembangkang tanya kerajaan ph bila nak hapus tol dan dimana, senarai tempat tol nak dihapus.. menteri kerja raya kata tol sukar hapus atau kata rakyat tak leh la nak hapus sebab rugi/perlu 400 bilion nak hapus tol.. kaaaaahhhhhhhhhh kencinggggg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alasan berkait byk pihak..
      Tak kan tak kaji sebelum buat manifesto gula gula rakyat..
      Bohong kata tak tau, tu madey jd 22thn pm.. kena pulak perjanjian tol tu dibawah dia masa jd pm..
      Menteri ph kata masa buat manifesto tak kaji dulu, tak cukup masa ke atau tak cukup info kononnya...
      Kencingggggggggggg....

      MALAYSIA MEMILIH...

      Delete
  7. MALAYSIA MEMILIH... NEGARA..

    TAK BANKRAP UTK ANAK BERANAK KRONI..
    DLM KEADAAN TERUK HADAPI HUTANG BILA UTK RAKYAT...

    KAH KAH KAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia memilih utk F1..

      Malaysia memilih utk batal elaun rela..

      Delete
  8. Ni dah tahap kronik ni..lupa makan ubat ke?

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Sedari 2008 lagi umat Melayu mengharapkan Pas dan UMNO bersatu padu demi survival agama dan bangsa ekoran situasi semasa politik negara. Namun ketika itu Pas masih mahu mencapai matlamat politik bersama musuh Islam (dap dan sekutu²).
    Alhamdulillah, bermula 2016 Pas mula menyedari bahawa persekutuan mereka dgn dap serta sekutu²nya lebih merugikan Pas.
    Sebenarnya bukan sahaja Pas mendapat kerugian besar bila bersama dap tp yg lebih merugikan adalah Melayu dan Islam.
    Kita bersyukur kini dua tonggak politik terbesar bangsa Melayu sudah mampu merintis sebuah kerjasama yg selama 10 tahun ini amat diharapkan oleh umat Melayu.
    Semoga kerjasama dan perpaduan ini akan terus berkekalan..
    Hidup Melayu
    Hidup Islam

    ReplyDelete