Thursday, August 16, 2018

Ahli Parlimen PKR dakwa lanjutan CEP bukti Dr M enggan berundur


Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mendakwa lanjutan perkhidmatan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) bukti Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Dr Mahathir pernah memberi bayangan hampir sama sebelum ini, apabila mengumumkan beliau akan terus memegang jawatan itu jika rakyat masih memerlukannya.

“Dr Mahathir sendiri bila nak berhenti? Bila nak serah jawatan? Ini perjanjian konsensus, tetapi hari ini beliau sambung (lanjut perkhidmatan) Majlis Penasihat Kerajaan dalam satu jangka masa lagi.


“Maksudnya apa? Maksudnya tidak bersedia menyerahkan kepada Anwar jawatannya,” katanya di lobi Parlimen hari ini.


Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan CEP tidak akan dibubarkan walaupun pentadbiran Pakatan Harapan (PH) akan genap 100 hari kerana khidmat mereka masih diperlukan.

Pengumuman itu bercanggah kenyataannya pada 12 Mei lalu yang CEP akan dibubabarkan selepas 100 hari pentadbiran PH.

Pada 11 Jun lalu, Dr Mahathir dalam lawatan ke Jepun ketika itu berkata, beliau akan terus menjadi perdana menteri, jika itu yang dikehendaki rakyat.

Sementara itu, Sani menyifatkan hanya pihak yang tidak memahami politik akan mengkritik tindakannya mendakwa Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin yang mengetuai CEP cuba menghalang Anwar menjadi perdana menteri.

Semalam, Ketua PPBM Bahagian Padang Serai, Khairul Anuar Ramli memberi 7 hari kepada Sani memohon maaf berhubung dakwaannya Dr Mahathir dan Daim mendalangi kempen menghalang Anwar memimpin negara.

25 comments:

  1. Lanjutan majlis org tua bermakna menteri yg madey kutty pilih langsung x berwibawa dan tak kompeten. Secara tersiratnya begitu.

    Kalu ditanya pd macai uneducated, majlis org2 tua patut dibiarkan sampai kiamat. Dpt la mkn elaun buta sampai masuk ke lubang kubor

    ReplyDelete
  2. Atok madey tgh kencing.. jgn le marah dolah sani wei. Sape yg undi atok tu dulu. Hik975

    ReplyDelete
  3. Menteri mengaku guna statistik kerajaan BN

    KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya, Baru Bian mengaku kos pengambilalihan konsesi tol sebanyak RM400 bilion yang dinyatakan di Dewan Rakyat Isnin lalu, adalah angka disediakan kerajaan Barisan Nasional (BN).

    Katanya, kos yang dinyatakan ketika sesi soal jawab Dewan Rakyat itu adalah berdasarkan laporan disediakan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) yang sudah dibubarkan selepas Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara.

    “Ya, (RM400 bilion) adalah daripada laporan PEMANDU ketika kerajaan terdahulu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.


    Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang mendakwa kos pengambilalihan konsesi tol sepatutnya kurang daripada RM400 bilion kerana angka itu merangkumi pampasan kepada syarikat serta keuntungan masa depan.

    Tony turut menggesa kerajaan mengira semula kos berkenaan bagi menentukan angka sebenar untuk pengambilalihan itu kerana kerajaan tidak perlu mengambil kira keuntungan masa depan.

    Sebelum ini, Baru dilaporkan berkata, kerajaan menangguhkan cadangan menghapuskan tol kerana pampasan yang perlu dibayar kepada syarikat konsesi akan membabitkan kos lebih RM400 bilion ketika menjawab soalan Datuk Jalaluddin Alias (BN-UMNO Jelebu) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, Isnin lalu.

    Baru mengakui sedar angka RM400 bilion itu merangkumi pampasan dan keuntungan masa depan seperti dikatakan Tony, namun menafikan keperluan untuk kerajaan mengira semula kos berkenaan.

    “Itu (kira semula kos) tidak relevan lagi kerana kerajaan sudah buat keputusan untuk menangguhkan (cadangan hapuskan tol) kerana keadaan kewangan negara, jadi tak perlu dipertikaikan kosnya,” katanya.

    Ditanya mengapa kerajaan membuat keputusan menggunakan kos disediakan BN dan bukan berdasarkan kiraan sendiri, Baru mengulangi bahawa perkara itu tidak lagi relevan kerana penangguhan itu sudah dimuktamadkan.

    Mengenai dakwaan Tony mengatakan kos ambil alih tidak sampai RM400 bilion, Baru enggan mengulas lanjut.

    “Kalau beliau (Tony) kata begitu, pasti ada asas di sebalik angka berkenaan tapi saya tak boleh nafi atau kata ia salah,” katanya.

    MENTERI KERA NAK GUNA EXCEL PUN TAK LEPAS, DISURUH PULA BUAT KAJIAN KOS SENDIRI, KONFEM BODOH MEREKA BERTINGKAT-TINGKAT. KIRA DECIMAL POINT PUN FAIL. KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  4. Pendedahan Rafizi tidak adil – Chin Tong

    Tindakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan beberapa dokumen mengenai pegawai kanan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu disifatkan tidak adil selain mendakwa perbuatan tersebut dilakukan secara semberono.

    Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong berkata, bekas Ahli Parlimen Pandan itu sepatutnya memaklumkan perkara tersebut secara peribadi kepada Mohamad atau dirinya sendiri.

    Menurut beliau, tindakan Rafizi itu menyebabkan pegawai kanan yang bertugas di bawah Mohamad itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali gus seolah-olah membenarkan penghakiman yang dilakukan oleh media.

    “Rafizi boleh saja hubungi menteri atau saya atau individu yang dirujuk dalam kenyataannya untuk mendapatkan penjelasan.

    “Tiada keperluan untuk pegawai itu dibicarakan oleh media. Tidak perlu untuk Rafizi mendedahkan perkara ini,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

    Semalam, Rafizi dalam satu kenyataan mendedahkan empat bayaran meragukan yang didakwa diterima pegawai itu membabitkan jumlah RM318,525, RM100,000, RM300,000 dan RM100,800 pada 30 Mei 2018 dan 31 Mei 2018.

    Rafizi dilaporkan berkata, sukar menerima alasan kononnya wang itu diperoleh hasil derma awam bagi membantu melepaskan pegawai itu daripada status muflis.

    ReplyDelete
  5. Anwar 10 tahun dalam penjara boleh tunggu, tak kan 2 penggal @10 tahun sebagai manusia bebas TAK BOLEH TUNGGU, HARAP BANYAK2 BERSABAR! Memang ada banyak cabaran untuk menduduki kerusi no.1.

    ReplyDelete
  6. Antara Anwar dan Mahathir, yang mana lebih memberi MUDARAT kepada Islam dan orang Melayu?

    ReplyDelete
  7. kahhhhhhh kahhhhhhh kahhhhhhh..tula nuwar..sape suruh beria2 join madey jatuhkan najib..padan mukaaaa...

    ReplyDelete
  8. CEP lebih bagus dari najib mohon pada najib, diluluskan oleh najib untuk digunakan oleh najib dan rosmah.

    ReplyDelete
  9. Sebagai orang awam, bahasa, tingkah laku dan bayangan yang diberikan oleh Mahathir sangat mudah difahami dan ditafsirkan. Baru2 ini beliau dikatakan telah memansuhkan cadangan 2 penggal untuk seseorang memegang jawatan sebagai PM atau KM. Adalah tidak masuk akal untuk beliau mengundurkan diri dalam waktu terdekat.

    ReplyDelete
  10. Adooiiii iii... kesiannnn lagi teruk DSAI kena main kali ini... orang yg kasi maun tak lain tak bukan mamak mahafitnah .. kah kah... dulu krna maun sampai lebam mata ari ni kena main lagi sampai lebam kena janji manis mamak mahafitnah...

    kah kah.. DSAI berapa kali lagi mau kena game ... otai reformasi lagi teruk kena game ... kesiannn ooohhh kesian

    kah kah haah tepukkk ... tepukk..!!

    ReplyDelete
  11. Reformasi sudah jadi REFORBASI... 800,000 banyak digit tu, orang awam kalau ada jumlah banyak ini boleh dikatogeri KAYO GILERRRRR!!!!!

    ReplyDelete
  12. SI TUA RENTA NI MANA BOLEH PERCAYA......

    ReplyDelete
  13. Mahathir dengan CEP ibarat AUR DENGAN TEBING, saling ikat mengikat, saling memerlukan, saling bantu membantu, saling mengatur strategi, saling menjarah, saling susun menyusun, saling mengawal, saling ikat mengikat, orang putih kata win win gitu. Tak paham2 lagi le penyokong Anwar ni?

    ReplyDelete
  14. REFORBASI....REFORBASI....KAH...KAH...KAH...KESIAN BANG NON!!!

    ReplyDelete
  15. Terima lah akibatnya bila kamu buta hati bersekongkol dgn Firaun...

    ReplyDelete
  16. lagi teruk bang non kite kena main.. dulu kena main sampai lebam bijik mata skg kena main pakai hp saja .. org lain angkat plakad dia main hp... ko rase..?

    kesian bang non kite kempunan sampai lebam ... kah kah kah..

    ReplyDelete
  17. Sebelum PRU14 Mahathir mencari dan merayu kepada Anwar, selepas PRU14 Anwar pula mencari dan merayu Mahathir, rakyat tak pasti ada ke hitam putih? kitab harapan pun dia boleh langgar inikan pula janji2 sedemikian, kepada Anwar lupakanlah sahaja...

    ReplyDelete
  18. Ingat rakyat je kena kencing..Anuar yg bijak pandai pn kena kencing..ki ki ki..mati celik anuar tk dpt jadi pm..jngan keluar balim dalil nape abang non tk dapat jadi PM ...sudah ki ki ki

    ReplyDelete
  19. SEBELUM MENANG PRU14 MEREKA MENIPU
    DAH MENANG PUN MEREKA MASIH KUAT MENIPU
    NANTI BILA KALAH PRU15 PUN AKAN MENIPU JUGA.

    ITULAH DASAR MANUSIA PENIPU.. MUNAFIK!!
    HATI-HATI BERURUSAN DGN MANUSIA SEBEGINI.

    JANJI 100 HARI UMPAMA ANGIN LALU, JANJI 5 TAHUN PUN AKAN SAMA JUGA DICAPATI. ITULAH KERA JAAN HAPRAKPANT.

    ReplyDelete
  20. Dulu Tun M penah soh arwah TGNA letak jawatan atas faktor umur , la Tun M ludah kahaq kena muka sendiri
    Allah dah kata hg cari dunia aku bg dunia maka tu umur Tun M panjang agar beliau dpt perintah msia.. auuzubillah

    ReplyDelete
  21. Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berpendapat tidak penting untuk menilai prestasi 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana rakyat tidak ambil kisah sama ada janji mereka itu ditunaikan atau tidak.

    “Media tanya saya berkenaan 100 hari kerajaan HARAPAN. Saya kata, rakyat tak kisah tentang janji 100 hari atau janji lain dalam manifesto.

    “Tak laksana pun rakyat tak kisah. Mereka hanya mahu buang Umno-BN pada PRU14. Justeru, parti saya kena fikir strategi baharu,” cuitnya di Twitter, hari ini.

    Khairy percaya, apa yang penting kepada rakyat ialah BN ditumbangkan dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diturunkan daripada terus mentadbir negara.

    Malah, katanya rakyat juga berkata “lebih baik dari kamu (Umno-BN) dulu” dan “tak dapat tunai sebab hutang yang ditinggalkan BN.”

    Justeru, katanya Umno dan BN hari ini terpaksa mencari naratif dan hujah baru.

    “BN-Umno perlu halatuju baharu. Kepimpinan mesti berada di hadapan kelok perubahan.

    “Dah sampai 100 hari. Patut fikir “what’s next?” Bukan masih jual naratif janji tidak ditunaikan. That’s done. Move on,” katanya.

    Hari ini genap 100 hari pentadbiran HARAPAN menerajui Putrajaya selepas menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

    ReplyDelete
  22. Nazri baling kaca tak pecah ku nan jamil baharom dan bekas menteri UMNO yg dulu elok berambos skg... umno perlu bersihkan suma bekas menteri timbalan menteri yg bersembunyi jadi talibarut mamak mahafitnah.. umno perlu tenaga muda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang merosakkan UMNO adalah lalang2 yang didalam UMNO yang kononnya mendengar suara rakyat dan org muda.
      Mereka ni wajib dihapuskan hingga ke akar umbi jangan sampai berkembang biak lagi didalam UMNO.

      Delete
  23. BIAR MANIFESTO TO MEMAKAN DIRI.

    ReplyDelete
  24. THE HACK GEEKS
    The Hack Geeks is an organisation of HACKERS with the motive to help individuals understand the limitations in technology.

    We offer services in:
    *Phone cloning, hacking and tracking.
    *Computer programming
    *Web designing
    *Cyber attacks
    *Credit score upgrading
    *Document sniffing, deleting or changing and lots more.

    We give you details of how we will get the job done and the hacker who is in charge of your job.
    Contact:
    thehackgeeks@gmail.com
    THE HACK GEEKS.

    ReplyDelete