KL CHRONICLE: #PRKSgKandis Orang Melayu harus buka mata jangan jadi buta #MalaysiaBaru

Saturday, July 21, 2018

#PRKSgKandis Orang Melayu harus buka mata jangan jadi buta #MalaysiaBaru


1.  Terima kasih pucuk pimpinan parti yang membawa calon peringkat nasional, Dato Lokman Nor Adam bertanding di DUN Sungai Kandis dan menggunakan logo Barisan Nasional. 

2. Pilihan raya ini tidak memberi apa-apa signifikan kepada kerajaan negeri Selangor. Sesiapa kalah atau menang PKR tetap memerintah negeri. 



3. Kalah atau menang BN juga Najib Razak bukan lagi Perdana Menteri dan Presiden UMNO. 

4. Pencalonan Lokman Nor Adam ini adalah satu ujian kepada orang Melayu sahaja. Lokman orang paling ke hadapan memperjuangkan isu Islam dan Melayu selepas PRU-14. 

5. Jika undi Melayu  banyak ke PKR bermakna mereka merestui segala tindak tanduk kerajaan hari dalam hal-hal membabitkan kepentingan Bumiputera dan agama Islam. Maka sukar untuk UMNO dan Lokman sendiri terus bersuara lantang mempertahankan asas negara Malaysia ini. 

6. Orang Melayu dan Islam dalam DUN Sungai Kandis harus membuat keputusan sama ada mereka mahu taksub kepada PKR dan Mahathir membuta tuli;

7.  atau memberi isyarat bahawa Melayu  tidak rela Pakatan Harapan meruntuhkan kedudukan status quo Bumiputera dan Islam di negara ini yang telah dibina sejak 60 tahun lalu. 

8. Hentikanlah beri alasan benci sikap pemimpin UMNO, BN dulu korup dan calon ada cacat cela. Hentikanlah cakap soal sejarah dan persepsi lampau. Ini soal masa depan. 

9. Isu di Dun Sungai Kandis ini hanya satu, apakah orang Melayu merelakan semua yang berlaku sejak Pakatan Harapan mengambil alih kuasa? 

10. Tidak penting Lokman kalah atau menang. Kita hanya ingin seluruh undi Melayu pergi kepada Lokman supaya DAP tidak menjadi terlalu berkuasa dan bermaharajalela dalam Pakatan. 

11. Namun jika ini tidak berlaku maka pengundi Melayu di DUN Sungai Kandislah yang memberi peluang DAP menguasai Pakatan Harapan. 

12. Pisau dan mentimun di tangan pengundi Melayu DUN Sungai Kandis! Sejarah akan menghakimi anda.

Ab Jalil Backer 

10 comments:

Unknown said...

Betul.. Sy setuju..
Sy nk tengok keputusan nnt.. Adakah org melayu dah bukak mata atau masih buta hati dan tak sedar yg akan merempat dan menjadi hamba kpd tetamu undangan org inggeris..

Anonymous said...




Saya tak tahu pandangan sebenar orang Melayu Shah Alam, kecuali kakitangan kerajaan dan pegawai2 beruniform saya nampak orang Melayu kat Shah Alam sangat menghormati orang2 Cina, saya tak tahu apa sebab mungkin sebahagian besar dari mereka merasa berhutang budi dengan Taukey Cina yang membenarkan kan mereka bekerja di kilang2, kedai2 kepunyaan orang Cina... Maklumlah mereka mendapat rezeki daripada orang-orang Cina, kalo tidak mungkin kehidupan mereka terancam. Susah pula.



Anonymous said...

Biro agama... pemuda baru perlu tegas.. vokal.. dan tuntas ajukan persoalan gay.. lgbt.. G25, COMANGO, Pluralisma murtad, avenglista , syiah dan vikal terhadap mentri Ajama Mujahat yg diragui anutanya,

Isu MARA JAKIM dan institusi Melayu Islam perlu diperjelaskan satu persatu ancaman yg mendatang..

Isu tempatan nelayan petani dan otg kg perlu dibela...

Isu 1MDB tiada bukti sentiman fitnah, AG Bahasa dan Pendidukan UEC perlu Vokal dan tegas diulas... cetak risalah sebaik mungkin isu isu panas pada golongan sasaran...

Lepas Sg Kandis kita berkampong di Balakong dan mungkin ke Langkawi selepas itu..



# bangkitlawanfitnah

Anonymous said...

kepada melayu yg cari rezeki dengan cina mudah solusi nya... suruh kerja buat sebaik mungkin bila undi PRU datang jangan pangkah...bagi duit sapu pangkah jangan..bagi barang sapu pangkah jangan sekali..


... selesai masalah kan..

Anonymous said...

Mesra sm org cina xpa.. tp bila time pangkah, msti maw pngkh prti mlyu islam.. tp tak..
Sebaliknya yg brlaku dlm ngara.. cina pura2 baik sama mlyu, tp pangkah dap.. cina lg bijak dr mlyu..
Cina sudah dpt mcm2 dr mlyu tp x ada rs respect mlyu.. mlyu dpt sikit dr cina sudah gadai bangsa dan agama sama cina..

Cencaluk said...

Jangan lupa mungkin di Pagoh juga

Dengar cerita bala dah menimpa pengkhianat paling besar dlm UMNO dulu iaitu mydin

Dikatakan mengidap kanser tahap 4 dan sekarang masih MC.

Nampak semua Allah bayar CASH sekarang

Cash is KING tak bermakna kalau Allah bagi CASH atas dosa akibat khianat dan fitnah.

Allahuakhbar Allah maha kuasa

Anonymous said...

MC lg sbb nk jumpa nika gee

Anonymous said...

Jangan tanya siapa calon BN. Nampak je logo Dacing terus pangkah. Untuk agama, bangsa & negara tercinta. Kera jaan munafik harus ditentang!!

Anonymous said...

Melayu sekarang melayu yg liberal..melayu yg taksub..melayu yg terlebih liberal dr kapir..konon nya kami memperjuang kn hak asasi..bila dikencing pn tetap masih tidak sedar..di akibat kan tksub..maka pru sungai kandis nnti..telah tahu keputusannya..
Dgn cina dan india 30% hampir kesemuanya mengundi ph..pengundi pas dgn totok pasnya mkin tk kluar mengundi..jadi melayu yg 70%..tolak 20 dr 70%..
20% lagi pengundi pkr/pbbm..bn nk menang agak tipis...kerana pengundi pbbm/pkr masih terngiang 2.6b dan 1mdb walaupun tiada kebenaran nya..jangkaan saya ph 55% bn 45%..

Anonymous said...

Dear all netizens. this Blog is provided by a cybertrooper. They get paid by UMNO to twist facts and give negative and racist comments to inspire hatred. please don't comment to encourage these kind of websites. please pass on this message to others. Notice all commenters are from the same cybertrooper

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget