Wednesday, June 13, 2018

Fitnah konon dana 1MDB jemaah Haji dari sumber yang dicuri, ini komen @NajibRazak


Di sebalik meyakinkan ramai rakyat Malaysia sebelum Pilihanraya Umum ke-14, kononnya saya mencuri berbilion dana 1MDB, Tun Mahathir kini berkata, tanpa bukti kukuh, menahan atau mendakwa saya di mahkamah adalah tidak mudah.

Beliau turut berkata bukti tidak kukuh dan jika saya didapati tidak bersalah oleh mahkamah, maka segala tuduhan yang dilempar dan tindakan oleh Pakatan Harapan selama ini akan dipersoalkan oleh rakyat.




Dengan berkata demikian, Tun Mahathir telah mengaku PH membuat segala tuduhan itu terhadap saya tanpa bukti kukuh.

Ia juga membuktikan kertas pertuduhan yang didakwa sudah disediakan untuk mendakwa saya pada 2015 adalah tidak benar dan sebahagian dari konspirasi menggunakan individu tertentu di dalam pentadbiran kerajaan untuk menggulingkan saya.

Pada ketika itu, kenyataan saya tidak pernah diambil oleh SPRM, justeru bagaimana pula ada kertas pertuduhan?

Hanya sekarang, mereka mahu melakukan justifikasi kepada tuduhan mereka dengan mencari ‘bukti’, sama ada ia benar, diimaginasikan atau direka.

Saya ingin ulangi, bahawa saya tidak menerima faedah mahupun mencuri wang dari 1MDB atau mana-mana pihak. Jika saya didakwa atas alasan politik, saya yakin mahkamah akan membuktikan saya tidak bersalah.

Berbeza dengan Perdana Menteri ke-4, anak saya tidak memiliki syarikat senarai awam, memiliki kereta mewah ‘supercar’ bernilai berjuta Ringgit dan tidak pernah dianugerahkan kontrak kerajaan atau menjalankan perniagaan dengan kerajaan.

Selain itu, saya juga sedih apabila ramai rakyat beragama Islam berpendapatan rendah di negara ini yang memerlukan bantuan bagi memenuhi tuntutan agama menunaikan Haji, kini tidak lagi menerima bantuan dari kerajaan.

Tun Mahathir adalah silap untuk mendakwa wang yang digunakan 1MDB bagi membiayai beribu jemaah haji, adalah hasil curi. 

Tun Mahathir kerap membuat dakwaan duit dicuri dari 1MDB. Bagaimana agaknya, 1MDB mencuri wang 1MDB sendiri untuk membolehkan syarikat ini membiayai jemaah haji?

Jemaah haji yang dibiayai 1MDB tidak perlu bimbang kerana dana yang digunakan untuk membantu mereka menunaikan Rukun Islam ke-5 ini adalah dari sumber halal kerana saya akan menanggung dosa yang besar jika ia adalah sebaliknya.

https://www.facebook.com/157851205951/posts/10155393948460952/

18 comments:

  1. Dear all netizens. this Blog is provided by a cybertrooper. They get paid by UMNO to twist facts and give negative and racist comments to inspire hatreds. please don't comment to encourage these kind of websites. please pass on this message

    ReplyDelete
  2. AnonymousJune 13, 2018 at 10:55 PM

    Hang sapa??

    ReplyDelete
  3. kerajaan yang lahir.dari sentimen dan persepsi fitnah jijik tak kekal lama.

    topdog@dogdog

    ReplyDelete
  4. Apa lagi najib? Masih nak tegakkan benang yg basah? Kamu punca umno lingkup. Beg tangan mewah, jam tangan mewah, barang kemas berbeg2 tu kamu nak cakap milik umno jugak ke? Hanya orang gila simpan ratusan juta wang dalam rumah. Dalam penjara nanti kamu pasti insaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu kena bicara dan didapati bersalah la baru istihar bersalah. Now just keep your fucking mouth shut.

      Delete
    2. Err anak buah azmin takde keje penggangur ada 4 juta dlm umah dia ok ke?
      Atau tahap gila jugak.
      Ohh wait semua dalam harapan makhsum dijanjikan syurga

      Delete
    3. Fuckatan munafik ni maksum. Mana ada dosa apa2. Masa Tun dalam UMNO apa dosa yang tak diungkit dek fuckatan. Bila dah join pembangkang semua dosa dia disucikan macam bayi baru lahir. Hahaha... Melampau munafik nya kerajaan baru ni.

      Delete
  5. Orang yang bergelumang dengan dosa sanggup tanggung dosa orang lain..hebat ko najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kamu ni yang begelumang dosa. Menghina dan memfitnah 24 jam. Tau tak menjadi hakim yang tidak adil itu salah satu dosa besar? Ko ni hakim dajal ke? Bangsat

      Delete
    2. Kau ni Tuhan ke?
      Tau dosa pahala.
      Pi taubat nasuha la wei.
      Dsn buat baik kau lak butthurt

      Delete
  6. Hebat lagi org yg ade kes rasuah tapi sibuk menyiasat kes rasuah org lain.. keh keh keh kui!!

    ReplyDelete
  7. Wow incik Ted Manoff kembali..ditambah rekrut baru incik Suharli Masrop..woww weee..hebatla team RBA ni..sampai guna nama ore kito lo ni..wow..hebak la sek demo ni..tahnioh2..usaha perabih deh..tabur pitnoh smpai lebam deh..sek kito jange pecoh..bia sek dio mari sini kecek mace iblis..kito jange pecayo sek2 dio nih..

    ReplyDelete
  8. KERAJAAN SEKARANG DIPERINTAH OLEH BEROK.....

    ReplyDelete
  9. Kenala buktikan yg 1mdb tu curi duit sapa. Jgn dok sembur sesaja. Setahu aku negara ni ada undang undang, semue kena dibuktikan bersalah di mahkamah

    ReplyDelete
  10. yer..kita tunggu jer lah...yng heran tu..Ceo...sebelum Arun Khanda mana...kenapa dia terlepas..kenapa dia tak disoal siasat kan...DS Najib dan isteri pula...nampak sangat..PH laknatullah ni...mmg cari hal yng nak suruh rakyat membenci DS Najib...tak pelah Allah ada..kita tgok jerlah...PH yng menang PRu 14 ni dgn fitnah..tu bertahan lama k tak...InsyaAllah

    ReplyDelete
  11. Teringat pilem Ali Baba Bujang Lapok, jamban pun diserbu utk cari harta curi Ali Baba. Last2 terpalit taik. P.Ramlee memang pandai, dia dah tau benda mcm tu akan terjadi di tahun 2018 ni. Cuma bezanya sekarang kera jaan cari beg tangan & jam tangan je.. keh keh keh

    ReplyDelete
  12. Dear all netizens. this Blog is provided by a cybertrooper. They get paid by UMNO to twist facts and give negative and racist comments to inspire hatred. please don't comment to encourage these kind of websites. please pass on this message

    ReplyDelete
  13. Dear all netizens. this Blog is provided by a cybertrooper. They get paid by UMNO to twist facts and give negative and racist comments to inspire hatred. please don't comment to encourage these kind of websites. please pass on this message

    ReplyDelete