Semoga Rahmat Allah Bersama UMNO hari ini. Rahmat buat parti UMNO yang mengetuai Barisan Nasional melawan DAP yang menjadi ketua Pakatan Harapan.
UMNO menjadi ketua kerana bertanding 120 kerusi di seluruh Malaysia. Apa pun terjadi UMNO bertanding lebih daripada "simple majority". 10 orang calon PBB di Sarawak juga beragama Islam.
Jadi keseluruhannya calon Islam dalam Barisan Nasional adalah sejumlah 127 orang berbanding MCA 39 kerusi, MIC 7 kerusi, Gerakan 10 kerusi, MyPPP 1 kerusi, SUPP 7 kerusi, PRS 6 kerusi, SPDP 4 kerusi, UPKO 4 kerusi, LDP 1 kerusi? PBS 5 kerusi dan PBRS 2 kerusi.
Pakatan Harapan yang diketuai DAP ada 95 orang calon bukan Islam. DAP tanding 47 kerusi (46 bukan Islam, 1 Islam), PKR tanding 72 kerusi (40 Islam, 32 bukan Islam).
PAN yang ditaja DAP tanding 33 kerusi. PPBM yang tanding 52 kerusi. Dalam parti Warisan hanya sahaja calon 14 Islam dari 17 calon yang bertanding dan 2 kerusi calon bebas yang disokong pembangkang satu di parlimen Batu dan di parlimen Julau.
Secara keseluruhannya, DAP tanding 80 kerusi parlimen kerana PAN adalah parti sayap Melayu DAP. Gaji bulanan dan dana PAN diberi oleh DAP. Dalam PKR pun bukanlah parti Islam kerana daripada 70 calonnya, 32 adalah bukan Islam.
Bermakna beri satu undi kepada PKR hari ini bukan menguatkan Islam di parlimen, malah akan melemahkan kuasa orang Melayu dan Islam di parlimen. Harus diingat DAP adalah adik kepada PAP.
Apa implikasinya kalau bagi undi sekali pada DAP hari ini? Boleh orang Melayu / Islam ambil balik kerajaan kalau sekali terlepas kuasa di Putrajaya? Tidak boleh lagi. Ini sebabnya.
Apa DAP akan buat kalau sekali mereka menang? Dalam penggal pertama menang mereka akan buat usul di parlimen agar satu wilayah baru dimasukkan sebagai salah sebuah wilayah baru dalam Persekutuan Malaysia.
Perkara 2 (a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan "menerima masuk Negeri-negeri lain ke dalam Persekutuan". Untuk meluluskan perkara ini hanya perlukan kelulusan "majority mudah" di parlimen sahaja. Wilayah apa yang akan dicadang oleh DAP?
Semua orang tahu, jawapannya adalah Singapura yang kini ada 89 kerusi parlimen. Kalau jadi begitu pada PRU15, jumlah kerusi yang ada adalah 222 + 89 = 311 kerusi parlimen. Kini DAP tanding 47 kerusi, sayap Melayu DAP ada 33 kerusi dan PAP akan tanding 89 kerusi.
Kerusi gabungan pakatan DAP-PAN-PAP ini jadi 169 kerusi. Siapa yang akan menang banyak pada PRU15? Sudah tentu gabungan baru ini. Kalau mereka sudah menang pada masa itu, boleh mereka pinda perlembagaan dan ubah Perkara 3, Perkara 152 dan Perkara153?
Semuanya boleh berlaku kerana DAP dan PAP punyai konsep "Malaysian Malaysia" yang sama. Boleh orang Melayu dapat kuasa balik pada PRU16, PRU17 atau PRU20 nanti? Belum tentu dapat bila terlepas kuasa sekali.
Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin hanya jadi umpan dan kuda sekali sahaja. Kemudian DAP akan ucap "bye bye" kepada mereka selepas misi itu selesai.
Bagaimana dengan kedudukan Tabung Haji, duit di KWSP, PNB, MARA, ASB dan semua aset orang Melayu sekarang? Apakah akan alami nasib yang sama seperti nasib Melayu di Singapura? Boleh jadi sama.
Moga ini tidak berlaku. DAP mahu mencuba pada PRU14 ini sahaja sementara ada Melayu yang masih hidup dan sanggup diperkudakan mereka.
Undilah dengan bijak demi agama, bangsa dan tanahair. Jangan biar misi orientalis dan evangelis DAP ini jadi realiti. Pertahan umat Melayu dan pertahankan Islam. Baik sedar dan menyesal hari ini demi anak cucu di masa depan.
Jangan anak cucu di hari esok menangis airmata darah kerana kesilapan undi kita pada hari ini. Tolak DAP, tolak PKR, undilah Barisan Nasional.
Allahuakbar !!!
Allahuakbar !!!
Allahuakbar !!!
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
3 comments:
http://1peluru.blogspot.my/2018/05/zaza-bantu-mat-sabu-berkempen-di-kota.html
zaza nak bantu mat sabu kempen "rahmatan fil alamin" katanyeeeee lagi... kikikiki...
contoh rahmatan fil alamin palo bana dia..... sampai tak jawab soalan dri ahli sendiri...
RAHMATAN FIL ALAMIN SLOGAN SYIAH
COMANGO PLURALIST MURTAD SI MATA DAJAL
PADA PENGUNDI YANG BUDIMAN & SOLEHAH
MASA DAH SAMPAI ..SI DAJAL MATA 1 TUNGGU AJAL
INI KALI LAH...
please jangan delete post ni. saya nak tgok betul2 jadi x.
Melayu berbahas tanpa fakta..sebab tu kena auta..sedih sangat.
Post a Comment