Monday, May 7, 2018

Pesanan Tan Sri Abdul Wahid Omar kepada semua pengundi di Malaysia #GE14 #PRU14 #KuasaRakyat


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian. 

1. Alhamdulillah dua hari lagi pada hari Rabu 9 Mei ini, kita rakyat Malaysia bakal menjalankan tanggungjawab untuk mengundi dalam Pilihanraya Umum ke14. Ramai rakan-rakan yang tidak sabar untuk keluar mengundi setelah sekian lama berkempen dan 'dikempen'. Bagi kita yang bukan ahli politik pun terasa penat. Bayangkan apa perasaan ahli-ahli politik yang terlibat secara langsung dalam PRU14 ini. 

2. Kita menghargai mereka yang secara sukarela mengenengahkan diri untuk bertanding dan berkhidmat kepada rakyat. Tidak kira sama ada menang atau kalah, kedua-duanya memerlukan pengorbanan tenaga, wang dan masa keluarga. Sekiranya menang, sebahagian daripada mereka berpeluang memegang jawatan dalam pentadbiran yang pendapatannya mungkin tidak setimpal dengan tanggungjawab berat yang dipikul. Sekiranya mereka kalah, lagilah berat kerana mungkin terpinggir dari kancah politik negara sekarang-kurangnya selama 5 tahun. 


3. Dalam tempoh kempen, pelbagai isu telah dibangkitkan. Antara yang paling kerap dibahaskan adalah cukai barangan dan perkhidmatan atau GST. Izinkan saya menyentuh 5 perkara berkenaan GST yang telah diperkenalkan 3 tahun yang lalu pada 1 April 2015:-

i) GST 6% ini menggantikan cukai jualan 10% & cukai perkhidmatan 6%. Ia bukan cukai tambahan. 

ii) Kadar 6% yang dikenakan adalah yang terendah di ASEAN dan antara yang terendah di dunia. 160 negara telah melaksanakan GST atau Value Added Tax (VAT). Sebagai contoh, kadar di Singapura 7%, Thailand 7%, Indonesia 10%, Vietnam 10%, Filipina 12%. Di Australia 10% dan di UK jauh lebih tinggi iaitu 20% .

iii) Untuk mengurangkan kesan kenaikan harga barang kepada rakyat, Kerajaan telah memperluaskan senarai barangan asas yang dikenakan kadar sifar atau terkecuali dari GST. Ini termasuk barangan makanan asas seperti beras, gula, minyak masak, ayam, daging, ikan & sebagainya, ubat-ubatan, buku-buku dan minyak petrol RON95 & Diesel. 

iv) Semasa pelaksanaan GST diumumkan dalam Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013, Kerajaan juga telah mengumumkan langkah 'pengimbangan' atau offset measures seperti pengurangan cukai pendapatan individu antara 1-3%, pengurangan cukai pendapatan korporat dari 25% kepada 24% dan pengurangan cukai perusahaan kecil & sederhana dari 20% kepada 19%. Pemberian BR1M isirumah berpendapatan RM3,000 kebawah sebulan juga ditingkatkan dari RM500 ke RM650 manakala isirumah berpendapatan RM3,000-4,000 sebulan mula diberikan BR1M RM450 buat pertama kali. Seterusnya dalam Bajet 2015, jumlah BR1M telah dinaikkan masing-masing kepada kepada RM950 & RM750 . Untuk individu bujang berpendapatan RM2,000 kebawah pula, BR1M dinaikkan kepada RM350. Ini semua bertujuan untuk meringankan impak kenaikan harga barang. 

v) Tujuan asal pelaksanaan GST adalah untuk memperluaskan asas percukaian negara memandangkan kita hanya ada 2 juta pembayar cukai pendapatan, satu jumlah yang kecil berbanding jumlah rakyat Malaysia seramai 30 juta. GST adalah cukai penggunaan (consumption or indirect tax) dimana mereka yang berbelanja lebih adalah dari kalangan mereka yang berpendapatan lebih. Ini juga selaras dengan langkah konsolidasi fiskal yang mensasarkan bajet seimbang dalam jangkamasa pertengahan. Dengan peningkatan pendapatan Kerajaan, kita bukan sahaja dapat mengurangkan defisit fiskal kita malah dapat melaksanakan banyak projek pembangunan yang tertangguh sebelum ini seperti pembinaan lebuhraya, jalanraya, jambatan, sekolah, hospital, klinik desa, dll. Ini termasuklah pembinaan lebuhraya Pan Borneo yang sedang rancak pembinaannya dan dijangka siap pada tahun 2022.

4. Terdapat cadangan untuk menghapuskan GST dan berbalik kepada sistem percukaian lama iaitu SST. Bagi saya ini suatu langkah yang ke belakang atau 'regressive' dan boleh membahayakan ekonomi. Ini kerana kutipan GST pada tahun 2017 adalah sebanyak RM42 bilion dan dijangka meningkat kepada RM44 billion tahun ini berbanding kutipan SST RM17 billion pada tahun 2014. Sekiranya GST dimansuhkan, terdapat kekurangan pendapatan sebanyak RM27 bilion (2% daripada KDNK). 

5. Sekiranya Ini berlaku, Kerajaan ada 3 pilihan. Pertama - Menaikkan cukai pendapatan atau memperkenalkan cukai baru seperti cukai keuntungan modal (Capital Gains Tax). Kedua - Mengurangkan perbelanjaan termasuk perbelanjaan pembangunan. Ini bermakna membatalkan atau menangguhkan projek-projek pembangunan yang telah diluluskan sebelum ini; atau Ketiga - Meningkatkan defisit fiskal kepada 5%. Kesemua opsyen tersebut amat berbahaya kerana boleh menjejaskan pasaran modal dan mengakibatkan penarafan kredit hutang antarabangsa negara kita diturunkan daripada paras A3/A- kepada BBB. Ini sudah tentu akan meningkatkan kos pinjaman dan memudaratkan ekonomi negara. 

6. Saya berharap sistem GST akan dikekalkan. Perhatian boleh diberikan kepada memperbaiki lagi pelaksanaan program dan projek-projek yang dapat memberikan lebih peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat dan mempertingkatkan kesejahteraan rakyat. Ini selaras dengan matlamat model baru ekonomi yang mensasarkan Malaysia menjadi sebuah negara maju yang inklusif dan mampan. 

7. Menjelang 9 Mei 2018, saya menyeru rakan-rakan mengamalkan 3 perkara berikut:-

i) Keluar mengundi seawal mungkin kerana ini adalah hak kita sebagai warganegara Malaysia. 

ii) Jangan membenarkan pendapat politik memecah-belahkan atau mengasingkan keluarga. Silaturrahim perlu dikekalkan.

iii) Menerima keputusan dengan hati terbuka, merapatkan saf dan bersatu membangunkan negara. 

8. Marilah kita bersama-sama memainkan peranan masing-masing, bersikap membina dan menghayati/ mengamalkan prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undangan-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan. 

Selamat mengundi & Salam hormat.

Abdul Wahid Omar
7 Mei 2018.

9 comments:

  1. Semoga BN menang dan dipermudahkan...

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah memberi kemenangan kepada BN dan terus memerintah negara. YaAllah permudahkanlah pru14 ini bg semua pihak. Amin

    ReplyDelete
  3. Semua dengan izin Allah

    ReplyDelete
  4. DUA ARI LAGI ASSMIN LEPAS JAWATAN MB
    BULAN JONE NI ALJUBORI LEPASKAN DIRI
    KE MANA NASIB JIDIN BOBOI DAN KUTTY
    PARTI MUNGE DAH MATI KEMANA DEPA NNTI?


    MAJORITY 2/3 BN INSYALLAH PASTI
    LENYAP SUDAH BARUA MACAI SPORK©DAP
    MUSUH SEBENAR KITA SINGAPORK INI
    SABOTAJ HASUT PULA KAUM DITINDAS PAP


    BERAMBOS BARUA DAP®SINGAPORK PENSABOTAJ NEGARA.... LRPAS PRU DNG 2/3 MAJORITY BN MASA KITA HASUT SABOTAJ KAUM MINORITY YG DI TINDAS OLEH KJAAN PAP@SPORK DAN MEROMPAK KEKAYAAN SINGAPORE SECARA SISTEMATIK OLRH KERAJAAN LEE KWAN YEW SUPER KRONI RASIS



    INI KALI LAH....

    ReplyDelete
  5. LIAT BETUL NYAWA MAMAK MATDEY MAHATAIK NI....BILA LAH NAK MAMPOSSSSSS!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. ada seorg ni hidup mewah pakai kereta bersilih ganti kena byr gst beli rokok n air kat 7 11 RM1.28 bisingnya bkn main lg siap siap share dlm grup wasap resit ada gst dgn maki hamun pd BN.. dgn selamba sorg ni jwb gst pun nak berkira ke.. betullah tu kalau dah mewah mcm tu setakat rm1.28 pun nak berkira ke bg org2 yg susah mrk dpt bantuan brim blh la tampung duit gst utk sthn.. bg org yg kaya anggaplah tu satu sedekah kpd org miskin.. yg paling bangang skali bila ada org yg sangka bila gst dihapuskan maka tak perlu byr cukai lg.. mana ada negara dlm dunia ni yg tak kenakan cukai.. arab saudi yg kaya tu pun kenakan gst..PH ni ckp pd org bodoh blh la caya.. besok bila dah menang manifesto bkn janji.. menangis rakyat kena tipu 5 thn lg..

    ReplyDelete
  7. Setuju dgn pendapat 3:20, yg kaya jgnlah kedekut sangat dgn yg miskin, kalau ikhlas pasti Allah lipatgandakan rezeki... Hidup BN, Binasalah DAP/PH...

    ReplyDelete
  8. Najib anak bekas PM yg tidak sombong, hatinya dekat kepada rakyat, org miskin, org kampung dan semua lapisan rakyat. Yg sorang lagi tu juga anak bekas PM tapi sombong, sekali sekala masa pilihanraya turun kekampung berkempen, ingatkan nak bagi tip bagaimana nak jadi billionare, tapi lain pula tipnya dia menghina 7 juta penerima BRIM, itulah resam hidup manusia, ayuh tolak DAP/PH.

    ReplyDelete
  9. BN dah mati..Hidup TUN..semoga Malaysia semakin dikenali dgn kemajuan bkn dgn pennyamun.

    ReplyDelete