KL CHRONICLE: Peneroka Felda Nikmati Pelbagai Manfaat Sejak 2009, pembangkang jangan jadi haram jadah #PRU14 #GE14 #kltu

Thursday, May 3, 2018

Peneroka Felda Nikmati Pelbagai Manfaat Sejak 2009, pembangkang jangan jadi haram jadah #PRU14 #GE14 #kltu

Calon Pakatan bagi Parlimen Pekan
Ada calon pembangkang yang sengaja memburukkan Felda. Konon peneroka Felda dianiaya dengan hutang.

Malah, semacam berpakat pula kebetulannya. Usaha calon PKR ini memburukkan Felda dalam kempennya malam tadi, disambut portal Sarawak Report di London.

Sarawak Report memang terkenal sebagai portal tali barut pembangkang di luar negara.

Cuma, bezanya, calon PKR Pekan, Zahid Mat Arip (ZMA) dan Editor Sarawak Report, Claire Brown tidak melaporkan fakta-fakta berimbang mengenai usaha kerajaan menjaga kebajikan peneroka Felda.



Zahid menfitnah kerajaan dengan isu menganiaya peneroka dengan hutang. Sarawak Report pula membongkarkan laporan audit firma KPMG mengenai isu Felda membeli ladang sawit milik Eagle High di Indonesia.

Berikut senarai peruntukan yang disalurkan kerajaan bagi membantu peneroka Felda sejak PM Najib memimpin kerajaan.

1. Dalam Bajet 2009, kerajaan menyalurkan RM800 juta untuk Program Keceriaan Kampung. Ini termasuk Perumahan Generasi Baharu dan Skim Tuisyen Felda.

2. Dalam Bajet 2011, PM Najib meluluskan 101 juta sebagai Bonus Insentif Produktiviti. 

3. Dalam Bajet 2012, bonus RM102.12 juta diberikan kepada 94,839 peneroka Felda.
Manakala RM15 ribu diberikan kepada setiap peneroka serta staf Felda.

4. Dalam Bajet 2013, kerajaan melaksanakan Projek Perumahan Generasi Baharu Felda.

5. Dalam Bajet 2016, peneroka menerima skim Produktiviti berjumlah RM66.7 juta. 

ZMA cuba menipu dalam ceramah kempen pertamanya. Dia sengaja membongokkan diri terhadap pelbagai insentif yang diberikan kerajaan.

Pada 23 Julai 2017, sempena Hari Peneroka, kerajaan memberikan RM5 ribu seorang kepada 94,956 peneroka.
Total insentif ini sebanyak RM475 juta.

Bagi 1,626 peneroka yang telah selesai membayar hutang Felda, kerajaan memberikan insentif khas RM1,820 seorang.

Malah, sebagai tanda ehsan, kerajaan melupuskan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 bagi setiap peneroka. 

Total pelupusan ini mencecah RM519 juta.

Selain dilupus hutang, peneroka turut menerima Geran Khas
RM7,500 per hektar sehingga 2020.

Jadi ZMA dengan sekutu bekas penjajahnya di Sarawak Report tidak perlu mengkhianati Felda.

Oh lupa pula.ZMA memang ditugaskan sebagai macai Tun M untuk mengkhianati Felda. - 

1 comment:

Anonymous said...

Nak sokong pun pada2 le tuan...ZMA ditahan SPRM kes FELDA yang ada kaitan dengan Isa Samad sebab ZMA adalah PA kepada Isa Samad. Kalau dah bersalah, kenapa dia masih bebas dan boleh lagi bertanding di Pekan..mcm mana org nak sokong umno kalau taraf blogger macai MO1 ni post benda yang dia sendiri tak tahu...

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget