KL CHRONICLE: Pakatan Harapan pembohong mana muncul 4 juta pengundi Pos? Jumlah keseluruhan hanya 212, 834 orang sahaja #GE14 #PRU14

Sunday, May 6, 2018

Pakatan Harapan pembohong mana muncul 4 juta pengundi Pos? Jumlah keseluruhan hanya 212, 834 orang sahaja #GE14 #PRU14


SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA
Bil.43/2018

*212,834 PENGUNDI POS PADA PRU-14*

1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan pengundi pos pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini hanyalah berjumlah seramai 212,834 orang yang meliputi pelbagai kategori permohonan. Jumlah ini sekaligus menafikan dakwaan yang dibuat oleh pihak tertentu sebelum ini bahawa kononnya terdapat sehingga  4 juta orang pengundi pos pada PRU-14 ini. 


.
2. Jumlah pengundi pos tersebut merangkumi permohonan melalui Borang 1A seperti petugas pilihan raya, anggota tentera, anggota polis dan petugas media sebanyak 149,730 permohonan. Manakala bagi kategori permohonan melalui Borang 1B pula iaitu terdiri daripada warganegara Malaysia yang berada di luar negara adalah sebanyak 7,979 permohonan. Selain itu, permohonan melalui Borang 1C pula adalah pengundi pos yang terdiri daripada kalangan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Imigresen, anggota Polis Sukarelawan (PVR), petugas kesihatan di Hospital dan Klinik Kerajaan, anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, anggota Jabatan Penjara dan anggota Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) iaitu sebanyak 51,472 permohonan. Terdapat juga kategori Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara yang merupakan penjawat awam yang bertugas di luar negara dan pasangan serta pelajar sepenuh masa di luar negara dan pasangan iaitu sebanyak 3,653 permohonan. 

3. Dalam urusan pengundian pos, SPR juga menasihatkan semua pengundi pos agar segera mengembalikan kertas undi pos kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di bahagian pilihan raya masing-masing sebelum jam 5 petang pada Hari Mengundi iaitu pada 9 Mei 2018 (Rabu).

4. Dalam masa yang sama SPR menasihatkan semua pengundi pos agar tidak mempercayai mesej tular di media sosial yang mengesa supaya pengundi pos hanya mengembalikan kertas undi pos sahaja tanpa mengembalikan borang pengesahan identiti kerana kononnya undi tidak akan menjadi rahsia lagi. Pengundi pos adalah diingatkan sekiranya mereka tidak mengembalikan kertas undi beserta dengan borang tersebut kertas undi pos mereka tidak akan dikira dan ditolak kerana dianggap tidak ditanda oleh pemilih yang berdaftar. 

5. SPR akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menularkan mesej tidak benar yang berbentuk hasutan agar pengundi pos tidak mengembalikan borang pengesahan itu kerana ia boleh menyebabkan proses pengundian terjejas dan kertas undi tersebut tidak dikira dan ditolak. 

6. SPR memberi jaminan kepada semua pengundi termasuk pengundi pos bahawa undi mereka adalah RAHSIA dan tidak boleh diketahui oleh sesiapa pun. Sehubungan dengan itu, pengundi tidak perlu gusar dan khuatir undi mereka akan diketahui oleh pihak lain. 

Sekian dan terima kasih.


*TAN SRI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH*
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

PUTRAJAYA
Tarikh : 6 Mei 2018 / 20 Syaaban 1439H

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget