Thursday, May 24, 2018

Laluan myBAS T202 dari MBKT ke Pekan Bukit Payung #kltu #jbtu


Terima Kasih diucapkan kepada pihak SPAD kerana berkongsi laluan myBAS T202 yang bermula dari Terminal MBKT ke Pekan Bukit Payung. Memetik juga kenyataan SPAD, selain melalui lokasi-lokasi utama, laluan ini membawa manfaat kepada pelajar-pelajar dari sembilan institusi pelajaran.



Bagi kami di #KLChronicle, MyBAS ini merupakan salah satu bukti kejayaan SPAD didalam memacu industri pengangkutan awam darat negara. Tanpa SPAD, kemudahan ini semua mungkin tidak akan terjadi.

Kami di #KLChronicle akui melalui SPAD banyak transformasi pengangkutan awam darat telah dilakukan malah jika kita lihat sekarang di Kuala Lumpur sahaja kita ada pelbagai mod pengangkutan yang sudah bertaraf dunia. Antara yang kami paling suka adalah MRT.

Kembali kepada myBAS Terengganu, kami yakin dengan adanya myBAS ini, lebih ramai pelancong akan mengunjungi Terengganu kerana mereka senang pergi ke satu tempat dan ke tempat yang lain dengan menggunakan myBAS. Apa pendapat pembaca?

No comments:

Post a Comment