KL CHRONICLE: Isu video viral petugas SPR bawa keluar kertas undi adalah fitnah jahat pembangkang #GE14 #PRU14 #TolakPH #BersamaBN

Monday, May 7, 2018

Isu video viral petugas SPR bawa keluar kertas undi adalah fitnah jahat pembangkang #GE14 #PRU14 #TolakPH #BersamaBN


SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA
Bil.44/2018

*ISU VIDEO TULAR PETUGAS SPR BAWA KELUAR KERTAS UNDI*

1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjelaskan bahawa video yang tular di media sosial sejak awal hari ini melibatkan seorang petugas pilihan raya yang ditahan oleh pihak tertentu kerana disyaki membawa keluar kertas undi bukannya berlaku semasa Hari Pengundian Awal pada 5 Mei 2018 (Sabtu). 




2. Hasil semakan SPR mendapati rakaman video tersebut merupakan kejadian yang berlaku semasa PRU-13 pada 2013. Video tersebut juga pernah disiar dan disebar menerusi laman media sosial Youtube dan beberapa laman facebook antara 4 hingga 7 Mei 2013 dan kini ia ditularkan kembali bagi membangkitkan suasana gempar dikalangan rakyat. 

3. SPR berharap orang ramai tidak terus mempercayai sebarang mesej atau visual yang tersebar di media sosial atau turut menyebarkannya secara perkongsian di laman media sosial. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan mengenai pilihan raya boleh merujuk kepada SPR dengan menghubungi talian hotline *03-88927018.* 

Sekian dan terima kasih.


*UNIT KOMUNIKASI KORPORAT*
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

PUTRAJAYA
Tarikh : 6 Mei 2018 / 20 Syaaban 1439H

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget