Monday, April 9, 2018

Sudah tiba Tiba Masa PKR Balas Dendam Pada Tun M #kltu #jbtu


Silaplah kalau ada orang luar yang rasa PKR bermurah hati sangat beri parti-parti lain dalam Pakatan guna logo mereka untuk PRU14. Begitu jugalah kerjasama PKR dengan PPBM dalam Pakatan. Sebenarnya parti mata lebam Anwar tu tengah susun langkah nak kenakan Tun M balik. 



Selepas Tun M jilat ludahnya kembali dengan bersedia pakai logo PKR dalam PRU14, bermacam kata-kata sinis pemimpin PKR beri kepada bekas musuh mereka ni. Azmin secara terang-terang perlekeh Tun M yang pernah kata jangka hayat PKR hanya ‘enam bulan’ selepas ia ditubuh pada 1998. 

Wan Azizah pun sengaja bangkitkan bagaimana ‘orang yang pernah panggil PKR dengan pelbagai nama’ secara tiba-tiba pakai lencana PKR di bajunya. Bukan itu sahaja, Tian Chua juga secara sinis mengungkit bagaimana PKR ditubuh kerana perjuangan di jalan raya melawan ketidakadilan pada suatu ketika dahulu.

Baru berapa hari setuju tumpang logo, dah mula main perli-perli. Esok-esok kalau calon PPBM kalah, makin teruklah sindirin PKR kepada Tun M. Jelaslah PKR, PPBM, DAP dan PAN berpakat kerana kepentingan politik semata-mata, bukan kerana perancangan masa depan. 

#TolakTunM #PakatanProDAP #TolakPakatanPRU14

No comments:

Post a Comment