KL CHRONICLE: PM @NajibRazak beri jaminan 4 projek mega akan tetap diteruskan #SPAD #Negaraku #Malaysia

Thursday, April 5, 2018

PM @NajibRazak beri jaminan 4 projek mega akan tetap diteruskan #SPAD #Negaraku #Malaysia



Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPA XVI) di hadapan lebih 10,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah memberi komitmen dan janji beliau bahawa pembangunan - pembangunan infra-rakyat akan diteruskan bagi kesenangan serta kesejahteraan rakyat di negara ini.

Memetik ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak : 


62. Lanjutan itu, Kerajaan juga sedang dan telah melaksanakan pembangunan infra-rakyat seperti projek MRT fasa pertama, yang telah mencipta sejarah apabila berjaya disiapkan lebih awal daripada yang dijadualkan, hingga menjimatkan 2 bilion ringgit. 
63. Manakala, bagi jajaran kedua MRT Sungai Buluh-Serdang-Putrajaya, yang sedang dibina dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2022. Kita juga sedang merangka pembinaan jajaran ketiga di bawah Klang Valley MRT Project atau KVMRT. 
64. Begitu dengan pembinaan projek  East Coast Rail Link atau ECRL, di sebelah Pantai Timur, yang akan menghubungkan dari Pelabuhan Klang hingga ke Tumpat, Kelantan. 
65. Selain itu, Kerajaan juga sedang rancak menjayakan projek High Speed Rail atau HSR yang bakal menghubungkan dari Kuala Lumpur ke Singapura, dan projek lebuhraya Pan Borneo tanpa tol, dengan jarak lebih 2 ribu kilometer, di Sabah dan Sarawak, yang sudah pasti bakal menjadi game changer, selain membuka peluang dan merangsang lebih banyak aktiviti ekonomi buat masyarakat di kawasan sekitarnya.
Bagi kami di #KLChronicle, YAB Perdana Menteri berani memberikan komitmen sedemikan rupa adalah kerana YAB PM yakin bahawa beliau mempunyai satu pasukan yang kuat untuk menyelia segala projek yang disebutkan di atas, terutamanya yang melibatkan pengangkutan awam darat seperti MRT, ECRL dan HSR. Pasukan yang kami maksudkan adalah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). 


Ini kerana, dari semua projek yang disenaraikan diatas, MRT, ECR serta HSR merupakan projek pengangkutan awam darat yang berada di bawah tanggungjawab dan seliaan SPAD. YAB PM tahu bahawa SPAD telah memainkan peranan yang diberi dengan sangat baik dan berkesan jesteru tidak ada masalah bagi SPAD meneruskan the good work yang telah mereka lakukan untuk MRT, ECRL dan HSR.

Pada pendapat pembaca, macam mana prestasi SPAD selama ini, adakah ianya memberangsangkan?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget