Tuesday, April 17, 2018

Manifesto BN Martabat Agenda Islam, Manifesto PH Penuh Agenda DAP


DAP masih lagi dengan agenda Malaysian Malaysia. Tidak berubah sejak 1965 lagi. Agenda Malaysian Malaysia itu adalah untuk menghapuskan Perkara 153, Hak Istimewa Orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. 



Ini perjuangan DAP sejak dulu. Dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) agenda bumiputera diletakkan di tangga ke 30, manakala agenda BaitulMaqdis dan membela Rohingnya hanya berada di hujung manifesto. Hanya diletak untuk mengabui mata sahaja. 

Pakatan Harapan dalam manifesto mereka hanya pentingkan soal kuasa sahaja. Mahu hadkan jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal tetapi Guan Eng selepas dua penggal tidak mahu turun pun di Pulau Pinang. 

PH buat janji palsu mansuhkan GST dan U-turn tentang mansuhkan kutipan tol. Tiada janji dan agenda yang jelas berkaitan Islam dalam manifesto PH. 

Dalam Perlembagaan Persekutuan, agama Islam adalah agama bagi Persekutuan Malaysia dan ia adalah elemen paling mustahak dalam pentadbiran Malaysia.

Oleh sebab itu, selain pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang dibuat berlandaskan Maqasid Syariah, pembangunan Islam adalah antara agenda utama dalam Manifesto BN untuk PRU14 kali ini. Bagi PH, Islam bukanlah agenda utama mereka. PH tidak ada niat langsung untuk memperkasakan syiar Islam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sentiasa memastikan BN akan terus komited memperkasakan Islam dalam pentadbirannya. Tok imam, tok siak, bilal dan hafiz Al Quran dapat manfaat setiap kali Belanjawan dibentangkan oleh Dato Seri Najib. 

Dalam PH, mereka tidak ada sebarang perancangan untuk membangunkan Islam apatah lagi sistem pendidikan berlandaskan Islam kerana pembangkang berjuang dalam politik berteraskan prinsip mempertahankan kuasa yang ada dan populis sahaja. 

Manifesto PH dibuat dan dirangka oleh "think tank" DAP. Jika ada pun sebut mengenai Islam, ia hanya ditampal untuk mengumpan undi sahaja. 

DAP tidak pernah akan setuju mengenai dasar Islam. Lihat sahajalah bagaimana perangai Kit Siang menentang usul RUU355 dibentangkan dalam parlimen. Ramai orang masih ingat kenyataan Karpal Singh dulu, "langkah mayat saya dulu jika hendak buat negara Islam".

Berbeza dengan BN yang serius dalam soal memartabatkan Islam dalam manifesto apabila merancang untuk menubuhkan Universiti Al-Quran untuk melahirkan 125,000 graduan Huffaz iaitu golongan yang menghafaz Al-Quran yang lengkap dan mempunyai kepakaran profeosional. 

Mereka akan mempunyai kepakaran dalam bidang sains, perubatan, matematik dan kejuruteraan. Selain itu, sekolah tahfiz akan dilengkapkan dengan pendidikan kemahiran yang dijalankan oleh Giat MARA. BN berjanji akan meningkatkan kualiti pengurusan ibadah haji dan umrah serta menjaga kebajikan jemaah. 

Islam dimartabatkan bukan sahaja dalam aspek rohani tetapi juga dalam urusan perniagaan dan undang-undang, BN akan memperkenalkan Perjanjian Jual dan Beli Rumah yang Patuh Syariah. BN berakujanji untuk Menubuhkan Jawatankuasa untuk Memperkasa Mahkamah Syariah dan Jawatankuasa Menyedia Keharmonian Mahkamah Syariah dan Sivil.

Paling utama ialah dalam manifesto berteraskan Islam, kerajaan akan menyokong usaha mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara yang rasmi. Program Transformasi Masjid juga akan dilaksanakan. 

BN akan meningkatkan kualiti dan kepakaran pihak yang mempunyai kepentingan dalam pentadbiran Islam seperti Imam, guru agama, pegawai syariah dan Hakim Mahkamah Syariah. Kerajaan juga akan membentangkan prestasi dan pencapaian agenda memaratabatkan bangsa Melayu dan Islam di Parlimen setiap tahun. 

Ketika ini, setiap tahun Najib akan membentangkan Laporan Prestasi Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan, selepas ini beliau akan membentangkan pula program transformasi agenda berkaitan agama Islam.

Perjuangan memartabatkan Islam oleh BN terbukti apabila Najib menerima surat penghargaan dari Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis atas sokongan kerajaan dan rakyat Malaysia dalam perjuangan membela rakyat negara itu dan membebaskan Masjid Al-Aqsa daripada cengkaman rejim Israel.

Surat disampaikan oleh Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Sa'eed Sabri kepada Najib pada majlis sambutan Israk Mikraj peringkat Kebangsaan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya pada Sabtu lepas.

Sheikh Dr Ekrima yang merupakan bekas Mufti Palestin dalam ucapannya berkata pihaknya hargai sokongan dan bantuan kerajaan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

"Ingatan rakyat dan kerajaan Malaysia kepada peristiwa Israk Mikraj merupakan lambang kecintaan kepada Palestin dan Masjid Al-Aqsa. Kisah Israk Mikraj dirakamkan dalam al-Quran dan ini menunjukkan Al-Aqsa mempunyai hubungan rapat dengan langit dan umat Islam.

"Bagimanapun, dalam kita mengingati peristiwa Israk Mikraj hari ini, kita tidak harus lupa bahawa Al-Aqsa kini masih di bawah cengkaman rejim Zionis," kata beliau.

Najib turut mahu sambutan Israk Mikraj berkenaan menjadi acara tahunan di peringkat persekutuan dan negeri. Sabtu lalu, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), majlis berkenaan adalah yang pertama diadakan di peringkat kebangsaan. 

Berbeza dengan DAP dan pembangkang yang disokong oleh golongan Evangelis. Misalnya ada sebaran surat dari gereja dari Bishop Rt Rev Benard Paul yang menggesa rakyat Malaysia mengundi pembangkang. Gesaan gereja itu bertulis "Mark X For A Change & A Clean Malaysia".

Islam cara BN tidak ada dalam PH. Pembangkang hanya sekali sekala beri wang kepada Imam Bilal dan guru agama itu hanya beberapa ratus ringgit tetapi tidak ada pelan perancangan jangka panjang untuk membangunkan Islam. Malahan, parti DAP banyak mempertikaikan perkara berkaitan Islam.

Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok pernah mempertikai kedudukan wang zakat dan beliau mahu wang zakat turut diberikan kepada orang bukan Islam di negara ini bukan hanya dikhususkan untuk orang Islam. Di beberapa lokasi, penyokong DAP mempertikaikan penggunaan pembesar suara untuk azan di waktu Subuh dan mengaji. 

Islam tidak akan menjadi agenda utama PH kerana DAP berkuasa dan parti itu, DAP tidak mahu agama Islam dimartabatkan serta bangsa Melayu diperkasakan sampai bila-bila. Orang Melayu jangan termakan janji DAP. Perlu terus #BersamaBN #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #JomBN

4 comments:

  1. SELEPAS MAMAK MATDEY DIUMUMKAN BERTANDING DI LANGKAWI....ADA BERITA DIA TERTIDUR DAN TAK BERAPA SIHAT...DIAM2 BAWA KELUAR UNTUK RAWATAN.......

    HARI INI KAT TELUK INTAN MATDEY TAK TURUN BERCERAMAH...SEBAB TAK CUKUP REHAT...MASALAH KESIHATAN...

    MATDEY....CUKUP2 LAH TU...BAWAK2 BEREHAT...TAK CUKUP LAGI KE APA YG DAH ADA....NAK KUMPUL BANYAK HARTA...NAK BAWA KEMANA....BUKAN BOLEH DI BAWA MATI PUN....

    LAGI BANYAK BERCERAMAH...SEDIKIT SEBANYAK TANPA DISEDARI BOLEH MENDATANGKAN DOSA......

    BINI DAN ANAK BERANAK PUN SAMA IKUT....TAK BERI NASIHAT...

    GAH DIDUNIA .....FAHAM2 JER LAH...

    NAUZUBILLAH........

    ReplyDelete
  2. AKHIR ZAMAN ISLAM JADI AGAMA DAGANG
    CERAMAH MASYUK JADI SUMBER INCOME
    PLURALIS MURTAD COMANGO SUMA DIAM
    INI DASAR JELAS PKR DAJAL DIHAPUSKAN
    AKIDAH & IMAN BUKAN JADI MAINAN...!!!

    DASAR JELAS ANTARA UMNO.. PAS.. DAN LAHANAT SI MATA DAJJAL PKR...
    UMNO/PAS TOLAK COMANGO/G25/PLURALISMA MURTAD

    PKR MATA DAJAL SOKONG MURTAD/SEKSUAL MERDEKA/COMANGO/LGBT DAN GAY.... DASAR YG SESAT MENYESATKAN

    .... JOM UNDI ... JANGAN JADI ATAS PAGAR SEKIRA NYA ORG BAIK MENDIAMKAN DIRI TIDAK MENGUNDI KETAHUI LAH ORANG KAFIR/KUFUR/SYIAH/LIBERALIST/PLURALIST AKAN MENGUNDI DAN MENGUASAI NEGARA. ... NIAT YG BAIK BELUM DAPAT HASIL YG BAIK SEKIRANYA ORANG2 YG BAIK MEN"DIAM"KAN DIRI TIDAK MENGUNDI NEGARA MUNGKIN DIKUASAI KAUM YANG KUFUR/SESAT


    .... JANGAN BERDIRI ATAS PAGAR...

    ... JOM MENGUNDI....

    ReplyDelete
  3. anon 4.24....jangan lupa yek....

    pilih yg biru tua....

    jangan yg tua renta...


    hikihikihiki....

    ReplyDelete
  4. https://akarimomar.wordpress.com/2012/01/05/bahaya-fahaman-liberalisme-pluralisme/

    Ucapan Anwar Ibrahim di London School Economic ( LSE) pada 2010 yg membawa fahaman sesat pluralisma agama...Ismail Mina rakan Anwar Ibrahim semasa di ABIM

    ..... bahaya liberalism/pluralisma agama..

    ... selamat mengundi...

    ReplyDelete