Menarik dan padat. Itu yang dapat disimpulkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang dibentangkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Semua agenda penting dan mustahak untuk tempoh lima tahun akan datang telah dibentang kepada rakyat. Agenda yang realistik untuk anak cucu akan datang berbanding manifesto pembangkang.
Berbeza dengan manifesto BN pada PRU13. Kali ini, BN memberikan keistimewaan untuk setiap negeri dengan mengikut keperluan rakyat di negeri terbabit. Tekad BN adalah untuk menyusun dan mengagihkan pembangunan yang lebih adil serta menyeluruh dari Perlis hinggalah ke Sabah.
Dan menariknya kali ini dalam manifesto bertajuk `Bersama BN Hebatkan Negaraku', ialah tambahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan sasar. Bayaran dua kali ganda diberikan kepada penerima-penerima yang layak, dengan pembayaran dicadangkan pada bulan Jun dan Ogos tahun ini.
Dua kategori baru diperkenalkan untuk BR1M iaitu mereka yang berpendapatan RM4,000 hingga RM5,000 akan mendapat RM700 dengan bayaran dibuat dua kali iaitu masing-masing sebanyak RM350.
Selain itu, sesuai dengan keprihatinan BN, sebanyak RM1,500 akan diberikan kepada anak-anak penerima BR1M yang akan mendaftar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Ia merupakan berita yang paling dinantikan oleh rakyat Malaysia sehinggakan BR1M menjadi "trending" di media sosial. Begitu berharga sekali BR1M bagi rakyat Malaysia hatta untuk penyokong pembangkang sekali pun.
Kali ini juga, pembentangan akujanji ini memberikan keutamaan kepada kaum `ibu' dan wanita di Malaysia hinggakan ia menjadi pembuka bicara Najib.
Ia bertujuan memberikan keutamaan kepada golongan berkenaan dengan matlamat meletakkan wanita di kedudukan paling tinggi dalam masyarakat sesuai dengan slogan `Dikaulah Ratu Hati Negaraku'.
Selain itu, keutamaan diberikan untuk perumahan, mencipta tiga juta pekerjaan, pembangunan di Sabah dan Sarawak, pengangkutan futuristik, memperkasakan digital/online untuk banteras rasuah, mengutamakan ekonomi hidup rakyat, pendidikan sesuai masa depan untuk revolusi industri 4.0, janji untuk orang muda TN50 dan polisi kanak-kanak universal.
Dalam akujanji PRU13 lalu, sebanyak 99.4 peratus janji telah dilaksanakan oleh BN. Maka kali ini, tidak perlu diragui lagi akan keupayaan BN untuk melaksanakan janji terbabit jika mandat diberikan lagi kepada BN.
Perlu diingatkan bahawa semua akujanji itu terutama BR1M akan dilaksanakan sekiranya rakyat memilih BN. Demi memastikan kesinambungan pembangunan negara dilaksana, tolaklah Pakatan Harapan yang hanya bermain retorik politik dengan agenda ekonomi "100 hari" sahaja.
`BR1M pun tak dapat, apa pun tak dapat jika mengundi selain daripada Barisan Nasional', ingat pesan Najib Tun Razak itu. Walaupun nampak ringkas tapi ia padat mengandungi maksud yang tersendiri.
Manifesto BN yang mengandungi 220 mukasurat dan 364 inisiatif ini lebih komprehensif dan praktikal untuk rakyat Malaysia berbanding manifesto pembangkang yang hanya ada 60 janji sahaja yang belum tentu ditunaikan.
Undi Barisan Nasional untuk merealisasikan semua manifesto ini.
#ManifestoBN
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
1 comment:
PLURALIST COMANGO AVRNGLISTA & SYIAH
'BERSATU' BAWAH PANJI KUFUR SI MATA DAJJAL
PRU 14 WAJIB RAKYAT HAPUS DAN NYAH DI BOMI BERTUAH
SELAMAT KAN AKIDAH DARI AJARAN SESAT YG SIAL...!!
BERAMBOSSSSS. ..
ASSMIN SAH MB PALING SINGKAT
PENDAKAP LEHER & GIGI DIA PAKAI
LEPAS PRU SUMA DIA TAK DAPAT
GI MAHKAMAH BILA KUASA DAH BARAI...
MOHON BERAMBOSSS DNG HORMAT ASSMIN.....
INI KALI LAH...
Post a Comment