Sebentar tadi kami di #KLChronicle telah mendapat satu pesanan dari Aplikasi WhatsApp yang memberikan kami maklumat tentang lokasi - lokasi terkini pengambilan kad bantuan Teksi 1 Malaysia. Pusat - pusat pengambilan baru ini adalah untuk pemandu teksi yang masih belum mendapat kad bantuan Teksi 1 Malaysia hasil sumbangan kerajaan Barisan Nasional melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Maklumat serta mesej yang kami terima adalah seperti berikut:
Selamat pagi, kad bantuan Teksi 1Malaysia boleh diambil mula 9 pagi sehingga 4.30 petang hari ini di lokasi-lokasi berikut:
1. Stadium Kelana Jaya2. Pejabat SPAD P. Pinang3. UTC Kedah4. Pejabat SPAD Langkawi5. UTC Ipoh6 UTC Kota Bharu7. Pejabat SPAD Kuala Terengganu8. UTC Kuantan9. Pejabat SPAD Melaka10. Pejabat SPAD Johor Bahru
Sila bawa bersama anda kad pengenalan dan kad pemandu teksi anda untuk pengesahan.
Terima kasih
Di kesempatan ini juga, kami ingin berkongsi dengan pembaca kami tentang kad bantuan Teksi 1 Malaysia. Kami yakin ramai pembaca yang tertanya - tanya apa itu Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia. Setelah merujuk kepada laman web SPAD, ini adalah maklumat yang kami dapat:
Kad Bantuan Teksi 1Malaysia di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) adalah satu usaha Kerajaan Pusat untuk menghargai peranan pemandu teksi sebagai penyedia perkhidmatan di dalam sistem pengangkutan awam darat.
Kad Bantuan Teksi 1Malaysia yang disalurkan oleh SPAD bersama dengan Kad Mesra PETRONAS ini turut memberi perlindungan Insurans Kemalangan Peribadi sehingga RM50,000*
Skim ini akan disalurkan kepada 67,000 pemandu teksi di seluruh negara yang memiliki kad pemandu SPAD yang masih sah dan aktif. Dengan adanya bantuan ini, pihak Kerajaan berharap akan dapat membantu mengurangkan kos operasi pemandu teksi.
Malah, antara kelebihan - kelebihan kad bantuan Teksi 1 Malaysia adalah:
Kad Bantuan Teksi 1Malaysia sebanyak RM800 ini boleh digunakan untuk mengisi bahan api petrol dan NGV di seluruh negara.
Dalam bahasa mudahnya, Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia ini terdapat kredit sebanyak RM 800 yang boleh digunakan oleh pemandu teksi untuk isi minyak dan NGV.
Jadikah ada logik bila ada segelintir pemandu teksi dan pihak pembangkang yang mengatakan bahawa kerajaan BN tidak memandu pemandu teksi di Malaysia?
No comments:
Post a Comment