KL CHRONICLE: Institusi Kewangan & Perbankan Mahu Barisan Nasional Kekal Di Putrajaya #kltu #jbtu

Saturday, April 21, 2018

Institusi Kewangan & Perbankan Mahu Barisan Nasional Kekal Di Putrajaya #kltu #jbtu


Institusi kewangan dan industri perbankan dalam negara mahu Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus kekal mentadbir negara dan menang pada PRU14 kerana kemenangan itu akan mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi di negara ini.



Ia berpandukan kepada kandungan manifesto BN yang realistik dan merangkumi semua aspek pembangunan dalam negara berbanding manifesto pembangkang dalam Pakatan Harapan (PH) yang disediakan secara populis dan khayalan semata mata.

Bank HSBC dalam laporan analisis ekonomi berkaitan PRU14, bertajuk "The Mother Of All Elections" bertarikh 11 April lepas, awal-awal lagi sudah menyatakan bahawa PH yang bertanding adalah pakatan yang sama dengan Pakatan Rakyat dulu tetapi nama sahaja berbeza tetapi tanpa parti PAS yang berpecah pada tahun 2015. 

Dengan perpecahan itu, laporan itu menyebut BN akan menang pada PRU14 dan mendapat kembali mendapat majoriti dua pertiga pada pilihan raya nanti. 

Dalam laporan itu, bank berkenaan mengambil janji memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh pakatan yang dijangkakan akan mengundang risiko ekonomi jika ianya dilaksanakan. 

HSBC menyebut jika pemansuhan GST digantikan oleh Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pun, ia akan meningkat risiko fiskal jika tiada mekanisme lain untuk kerajaan memperoleh pendapatan selepas ketiadaan cukai GST berkenaan. 

"GST diperkenalkan pada tahun 2015 ketika dividen kepada kerajaan berkaitan industri petroleum merudum.

"Ini membolehkan kerajaan Malaysia memulihkan semula secara perlahan risiko fiskal di samping terus menambah dana untuk perbelanjaan menguruskan negara," katanya.

Pakar percukaian juga membuat rumusan bahawa sukar bagi pembangkang untuk memansuhkan cukai GST. Baca dan lihat analisa yang dibuat oleh pakar percukaian ini : 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1739074216187527&id=1122306847864270

Pada tahun 2017, GST mewakili 21.3 peratus dari pendapatan negara berbanding hanya 13.1 peratus dari hasil dividen syarikat petroleum yang sebahagian besarnya dari Petronas. Turut dinyatakan, SST hanya memberikan pulangan pendapatan 7.5 peratus sahaja. Itu sebabnya kerajaan BN perlu kekal kerana pengurusan GST dijalankan dengan cekap dan efektif.

Dalam laporan Bank CIMB pula bertarikh 9 April, mereka menyatakan bahawa pasaran saham di negara menjangkakan BN akan kekal menang dengan majoriti selesa dua pertiga. 

"Kami melihat jangkaan kemenangan BN kini dari neutral kepada positif untuk pasaran saham. 

"Kedudukan pasaran saham selepas PRU14 akan bergandung kepada tekanan penjualan saham ketika waktu berkempen dan selepas keputusan diketahui," menurut laporan berkenaan yang disediakan oleh Ivy Ng Lee Fang, Michelle Chia dan Liyana Fuad.

Memetik Laporan Analisis Ekonomi Bank RHB pula, senario yang belum pernah terjadi pada negara ini membimbangkan pelabur asing untuk terus melabur yang akan mengakibatkan reaksi negatif teruk melalui kebimbangan mengenai penyerahan kuasa dan juga ketidakpastian dasar baharu. 

Pelabur juga akan ada kebimbangan dalam peningkatan kadar premium yang bakal dikenakan, risiko yang tinggi terhadap pelabur dalam urus aliran dana pelaburan. 

Jika berlaku pertukaran kerajaan dari BN ke PH, sudah pasti pelabur asing akan menarik keluar secara besar besaran pelaburan mereka di Malaysia. Lebih lebih lagi bila Pakatan Harapan mahu membatalkan projek ECRL dan HSR jika mereka berkuasa. 

Pelabur luar tidak yakin bahawa pembangkang dapat membentuk kerajaan yang kuat dengan cara pergolakan dalaman yang sedang berlaku sekarang sesama mereka. 

Laporan institusi kewangan yang komprehensif ini sudah menunjukkan #ManifestoBN akan membawa negara membangun dengan lebih pesat berbanding manifesto PH yang banyak menerapkan sistem lama yang akan turut membawa masalah lama ke dalam negara. 

BN adalah pilihan untuk kemajuan bersama, manakala PH pula hanya akan mengundang risiko dan masalah kepada ekonomi Malaysia. Tataplah #BersamaBN. Lagi 19 hari untuk hari pengundian. Undilah BN. 

#HebatkanNegaraku
#DahuluRakyat

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget